FOREVER

FOREVER

Selasa, 2 Julai 2013

WALL PAPER

Ok, ni sambungan episod cerita pagi tadi....wah2....berepisod pula blog ai ni kan...hahaha..memang dasar gila glamour. Tapi yang ni ada penambahan watak selain watak jam iaitu watak wallpaper pula.

Whatever lah...janji blog ni terupdate....jom kita sambung cerita.....

Ai sebenarnya dah berangan lama...kalau dapat beli umah, ingat nak letakkan wallpaper kat rumah. So, bila dah ada umah sendiri dan duduk sendiri (sebenarnya aku ada umah lain kat Selangor tp sewakan) ...niat tu subur kembali. Apalagi, bila loan dah ditandatangani jeeee...kami laki bila pun jalan2 kat mana2 kedai yang buat promosi atau pun kami akan jenguk fair/ homefestival/ dan yang seangkatan dengannya. Kami akan buat penilaian yang mana lagi murah dan berkualiti....kalau dah berkenan, kami akan booking dulu dan buatlah bayaran sikit2 sehinggalah selesai. Macam wallpaper ni kami beli masa HomeDec tahun lepas...dan rasa berbaloi2 sgt sebab kebiasaannya, harga wallpaper yang jenis korea (saiz besar) ni harganya RM 350-400 (Harga yang aku selalu servay) satu gulung...tp kami dapat dengan harga RM880 untuk 3 gulung. Berbaloi2.

Cakap byk x guna...jom cuci mata.....




Proses pemasangan wallpaper di dalam bilik (yang ni laki ai yg pilih)....kawan2 hubby yang tolong pasangkan


Pemasangan ni ruang menonton


Wallpaper di ruang tamu....yang ni ai pilih corak yang simple dan warna yang lembut serta sesuai nak masuk dan dimatchkan dengan langsir atau perabut. Kalau jenis yang berwarna.....mungkin agak susah kita nak tukar langsir atau perabut...kalau nak tukar pun kena warna yang sama....nanti orang akan kata "tiap2 tahun tukar langsir...tp warna sama, yang lain cuma corak". Habis kalau wallpaper warna purple, takkkan langsir nak warna oren...tp kalau berani mencuba tak salah. Pilihan yang aku buat mengikut citarasa dan pemahaman aku....lain orang lain citarasa...tak gitu? 


Yang ni adalah wallpaper diruang menonton. Wallpaper ni ada shining...teruma apabila lampu dipasang...tp x adalah sampai menyakitkan mata....sebagai penyedap mata jeee. Yang dibahagian ini aku pilih warna yang boleh dikatakan gelap...sebab sesuailah untuk tempat menonton...supaya ada feel menonton kat pawagam...hahhahaha. Lagi satu, kalau kita pilih warna yang agak terang....boleh menyebabkan mata kita sakit apabila menonton akibat biasan warna didinding tadi...nanti tak fokus pula nak menonton kan?

Buat makluman kawan2...wallpaper ni kami pasang sendiri je, kalau upah, biasanya RM150-200 satu gulung orang akan ambil...sayang duit wooo. Kalau boleh dibuat sendiri, lebih baik kita buat sendiri. Sebelum pasang ni...jenuh juga la aku search kat internet cara2 pemasangan wallpaper ni. Dan hasilnya alhamdulillah bagi kami yang amatur ni.

Dan.....


Aku sambung cerita yang tengahari tadi iaitu.....jam di dinding.....akhirnya kami laki bini sepakat pilih jam ini....bulat, ada keta antik....dan masuk dengan wallpaper kami....Hooooreeeyyy umah dah ada jam.



P/S : Sorry gambar kelabu, guna hanphone cap ayam serama je.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan