FOREVER

FOREVER

Isnin, 8 Julai 2013

GRILL RUMAH

Salam penuh ceria  buat sahabat2 ku semua....Moga hari ni adalah hari yang baik untuk anda semua.Wallaweiii skema gila ayat ai. Hari Isnin la katakan....mood lemau nak kerja ...kena la ceriakan diri sikit....tak gitu.

Hari ni tak nak citer panjang....just nak share gambar grill umah je. Layanzzzzzzzzzzzzzzzz.......



Pintu pagar.....yang asal kosong n warnanya kelabu....aku minta tauke grill ni cat balik kaler putih n buat sedikit deko seperti grill umah aku. Permintaan ditunaikan seperti yang diminta. Besi kat bawah tu hubby yang minta tambahkan supaya tak masuk kucing atau anjing.....yang penting sekali ialah free coz dah buat grill satu umah ngan dia.Tapi abang ni memang baik....senang berkerjasama...dia tahu apa yang kita nak...harga pun boleh dirunding.


Pandangan dari dalam umah. 


Grill tingkap. Ai pilih material wrought ion tp ai tak nak cat warna yang biasa rought iron guna ala2
gold+suasa+hitam tu...tp ai minta brader ni cat warna putih. Dan hasilnya memang memuaskan hati...warnanya putih shining coz aku minta besi ini di powdercoatkan dan masukkan kedalam oven sekali agar tahan berbelas tahun.


Bahagian sliding.....konsept autumn in my heart....Sebelum ni puas juga la aku duk pikirkan corak macamana yang nak....nak yang nice n simple. Puas juga aku duk design n tanya pendapat Kak Azila......corak ni sebelum ditercemahkan dalam bentuk grill, aku ada design n tunjuk kat beliau....beliaukata cantik...tunjuk lak drawing yang aku buat tu kat hubby, dia pun setuju....dah semua setuju, maka aku pun tempahlah seperti yang kita idamkan. Masa pekerja brader ni tgh dalam proses buat, aku ada gak jenguk kat kedai dia, sama ada memenuhi apa yang aku gambarkan atau tidak......dan alhamdulillah sangat2.....memang cantik dimata aku.


Pintu utama....ingat kaler pintu tu nak tukar kepada kaler putih gak....lau ada masa+rajin mengecat la.


Grill tingkap gak


Itu je nak share untuk hari ni.....i love white....look so suci sangat. Kalau nak tahu lebih detail...review balik entry yang ai buat sebelum ni...."Pemasangan Grill Rumah".


Tata...

1 ulasan:

  1. Assalam tuan / puan .sy membuat keje2 ubah suai rumah dan pejabat..seperti mnyambung rumah.plaster siling,pasang tile,buat porch,wayaring,plumbing,pagar dan autogate,vinyl floor,wallpaper,waterprofing,grill,landskap dan kolam hiasan.terbuka untuk kawasan bangi,kajang,serdang,putrajaya,bndr sri putra,sepang,nilai,cheras,puchong,semenyi dan kuala lumpur.hubungi sy d no 0192945175 atau wssp sy d no 01129110298

    BalasPadam