FOREVER

FOREVER
Memaparkan catatan dengan label Makan-Makan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Makan-Makan. Papar semua catatan

Selasa, 30 Ogos 2016

SAMBUT MERDEKA WITH FAMILY

Malam ni kami kuar dinner together  sempena cuti merdeka esok (tapikan anak3 cakap....bukan ke hari2 kita dinner kat luar....oppssss sungguh kurang manis kata2nya itu....saje nk kutuk mama tak masak la tu). Oleh kerana semua anak3 ada....kami selebrate kat Johny. Anak pilih menu masing2. Akak dan apaknya pilih steamboat. Kami makan sampai lebam. Lepas makan terus akak menyesal. 

Byk kut yg kami oder.....rasa mcm dh tak blh kira kalorinya. Ohhhh tidakkkkkkk.
Setel makan, kami beriadah pula kat Dataran Ayer Keroh.....sambil layan anak2 main roller blade. Meriah sungguh kat sini. Ramai kanak2 yg duk main roller blade. Macam best la pula tengok. Nape la zaman hakak dulu tak ada semua ni. Akak cuma dapat main tarik pelepah kelapa je.....huhuhuhu...sedeehhh. Teringin juga nk main benda ni....tp takut org cakap org tua tak sedar diri....itu belum dikira sekiranya jatuh gedebuk ditengah khalayak ramai. Malu weeeehhhh. Konpem macam nangka busuk.

Malas nak citer panjang....layan gambar je lah yeee. Akak nk hirup udara segar jap....sambil tengok anak main.

Ok. Bye.


























Selamat bercuti semuaaaa.....






Sabtu, 13 Ogos 2016

BBQ TIME

Pagi mkn kedai....tengahari makan kt umah kawan......so malam opkos la ahkak masak.....
Tapi malam ni kami tak nak makan nasi......nak makan bakar2 je.
Lepas maghrib kami memulakan operasi hidupkan api dan bakar2. Kami berbbq kat laman rumah je.....sambil2 hirup udara segar.

Sebenarnya kami selalu berbbq bersama keluarga kecil kami. Anak2 pun happy. Bakar....makan panas2 sambil borak2.....sambil tengok anak2 main. Ini adalah salah satu cara kami eratkan hubungan wife.....husband and kiddos. Hari weekdays, masing2 dah sibuk kerja...anak2 sklh.....blk rumah petang dah penat.....jadi hari minggu haruslah manfaatkan masa sebaik mungkin dengan anak dan pasangan.

Perut dah kenyang sekarang ni. Jari pun dah malas nak menaip.....so kita layan gambar je lah ye.
Waktu ni gambar my kiddos tak ada lagi sebab dorang tengah bersiram.....huhuhuhu. Yang ada gambar ahpaknya ajeeer. Ahpak pun ahpak lah yerrr.



Encik Boss tengah memulakan operasi


Berbbq sambil hirup udara malam yang segar



Tempat BBQ ialah dalam pasu......kau hadoooooo....hahhaha lagend betul ni



Sosej and kambing marined....sos blackpapaer ang cili



Daging kambing pertama yang masak......



Itu jelah yang akak nak citerrr malam ni.....dah....masuk tidur semua....citer dah habis.



KENDURI DOA SELAMAT

Hari ni ahkak tak masak.......pagi pegi bekpes kt kedai......request dr anakanda.....
Tgh pula kami pergi ke kenduri doa selamat rumah kawan shuben. Kenduri sempena keberangkatannya ke Jepun utk sambung study.

Semoga  Muhyiddin selamat berangkat dan selamat menempuhi alam pengajian dan berjaya bawa pulang Phd.

Muhyiddin dan isterinya ni amat baik orangnya. Mesra dan peramah. Moga Allah berkati kalian. Amin....


Masa ni kami dah siap makan.....almaklumlah semuanya tengah lapar....jumpa je makanan terus makan tanpa toleh kiri dan kanan dahhhhh....dah siap baru teringat nak ambil gambar makanan.



Di sana makanannya.........amboi En.Bosss......senyum senang hati nampak....maklumlah 2 kali tambah


MAlas pula nak ulas gambar ni......huhuhuhu



Ini adalah menu yang disediakan.......Nasi kerabu power....laksa kelantan..........laksa penang



Ini wife Muhyiddin.....baik orangnya.




Perut sudah kenyang.....akak nak balik dulu lah yeee.....tattttaaa.......tiiittttiiii....tuuuuuttttuuuu





Khamis, 10 September 2015

MINUM PAGI

Hari ni aku n shuben masuk kerja lewat sikit....nak teman kakak yg tgh ambil UPSR. Nak bagi dia semangat.....nak bagi dia rasa tenang .....nak bagi dia tahu yang kami ambil berat tentang dia.

Biasalah....bila dh jadi mak2 ni.....perasaan tu lain macam sikit.
Sblm tu,aku n shuben pegi bekpes dulu....lama tak pekena roti canai ni....best juga.




Setle bkpes, aku pergi ke sekolah kakak.....bagi semangat kat dia...peluk dia....bagi dia rasa tenang.
Bila dia dah masuk kedalam dewan, aku balik ke rumah untuk bacakan Yassin. Kami suami isteri sama2 bacakan Yassin dan buat solat sunat Dhuha......nak bagi dia tenang sepanjang dia menduduki peperiksaan.

2 hari lepas aku dan suami just buat kat offis je....dan tugas menjenguk anak kat ekolah adalah tugas aku memandangkan my shuben kerja jauh.


Mama dan Abah harap kakak mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR.
Buat lah yang terbaik....berusaha sudah...berdoa pun sudah...sekarang kita hanya mampu berserah.



Tulus Kasih,
Qasih Mama













Tulus Kasih,
Qasih Mama


Rabu, 25 Mac 2015

BANYAK BENDA YANG NAK DI BUAT


Cerita ni masa first week school holiday. Hari Jumaat lau tak silap.

Kami semua ke Aeon Bandaraya.....tujuan utama ialah nak check mata Aniq...dia cakap cikgu dia suruh check mata...sebab macam nampak dia susah nak baca bila duduk bahagian belakang. Di samping tu, kami nak beli buku untuk anak3 dan nak dinner ikan bakar di Alai.

Petang lepas balik kerja, kami pun pergi la kat Aeon.


Jom kita servay kedai dulu....


Akak yang perasan retis



Teman anak3 beli buku.


Adam tengah servey buku yang nak dibeli


Akhirnya budak ni dah jumpa buku yang dia nak.




Ini lah buku yang kami dah belikan untuk anak2. 
Moga mereka manfaatkan semasa cuti sekolah.



Setle beli buku...pergi pula check mata Aniq. Dan alhamdulillah...hasil ujiannya...mata Aniq tak rabun.

Mungkin kat kelas Aniq duduk bahagian belakang dan kawan dia yang bahagian depan pula agak tinggi...itu yang menyebabkan dia akgak sukar nak tengok huruf dengan jelas. Now Aniq dah pindah duduk bahagian tengah. Masalah selesai.




Selesai je urusan di Aeon, kami pun bergerak pula ke Medan Selera Ikan Bakar di Alai.


Suami tengah pilih lauk untuk dimasak mengikut selera kami. Semuanya segar2.


Ketam masak bercili


Udang celup tepung


Lala masak kantonis stail


Ikan caru masak berlada


Ikan pari berempah


Nasi lemak


Dessert: Kelapa jelly


Teh 'O' Ais satu jag


Pencicah kicap


Nasi lemak anak3 yang makan...suami ambil nasi putih...akak tak ambil nasi...just ratah lauk pauk je.


Kemain semua makan...


Terima kasih sayang kerana belanja kami makan. Moga murah rezeki sayang...dan boleh belanja kami makan lagi.


Adam makan apa tu...sampai termoncong-moncong mulut.



Sesiapa yang teringin makan kat sini memang kami rekemen la...sebab makanan dia segar, sedap dan murah. Ini ialah total makanan yang kami makan tadi. Berbaloi-baloi....sebab setiap jenis makanan yang akak tunjuk tadi semuanya ada dua pinggang setiap satu kecuali ketam dan ikan jaket tu je...just satu pinggang.



Dah setle makan2, anak3 tak nak balik lagi. Mereka ajak pula jalan2 kat uptown bandar hilir.
Layan je la...lagipun esok cuti.


Dah puas jalan2 dan pusing2, kami pun gerak balik rumah. Penat tapi seronok....dapat luangkan masa with kiddos n hubby.





Ok, nanti kita sembang esok pula yeee.




Tulus Kasih,
Qasih Mama