FOREVER

FOREVER
Memaparkan catatan dengan label Heart Feeling. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Heart Feeling. Papar semua catatan

Isnin, 23 November 2015

KEBANGGAAN KAMI



Alhamdulillah.......debaran untuk pelajar dan parent yg ada anak ambil UPSR telah berakhir.
Macam aku pula....ni first time anak ambil peperiksaan lagilah nerbes. Kakak Aufa ni adalah satu-satunya anak perempuan aku dan merangkap anak sulung aku.

Sehari sebelum tarikh keputusan UPSR keluar, guru besar call shuben aku bagi tahu agar kami hadir ke Kolej Yayasan Saad untuk ambil result. Lagilah kami suspend. Katanya semua guru besar akan berkumpul di sana kerana kementerian akan serahkan keputusan di sana kepada semua wakil sekolah.

??????? Apa ni...aku tak faham. Guru Besar bagitahu, kementerian yang call dia dan minta anak aku Siti Syaza Aufa untuk hadir ke Majlis tersebut. Bertambah2 debarannya.

Hari yang ditunggu pun tiba. Awal pagi lagi kami bergerak ke sana. Sampai je kat sana.....ada beberapa pegawai ucap tahniah kerana anakku cemerlang. Masih suspend lagi ni sebab result masih tak tahu lagi.

Lebih kurang pukul 9.30 pagi, kami pun dijemput ke dalam dewan. Sesi penyampaian result kepada guru besar sekolah2 di Melaka bermuala. Kini tibalah nama anakku dipanggil....rupanya anak aku ni antara pelajar cemerlang Negeri Melaka. Lebih kurang 10 orang pelajar cemerlang yang dipanggil untuk menerima result dan Sijil daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.

Syukur Alhamdulillah....rupanya anakku adalah antara yang terbaik.



Kami suami isteri dan Guru Besar sekolah anakku dijemput ke pentas untuk sesi penyampaian sijil.


Sedondon betul pakaian aku dan shuben.



Malam tu.....muka kami keluar di saluran Astro Awani



Aku pun pihak media temuramah....



Kakak yang sedang ditemuramah oleh wartawan.
Kemain dia petah bercakap.


Mama amat bangga dengan kakak. Hanya tuhan sahaja yang tahu perasaan Mama ketika ini.


Esoknya...muka kami anak beranak kuar paper satu mukasurat besar....ooooo glamer mak sekejap




Selesai terima sijil...kami bergegas pula ke sekolah anak untuk ucapkan terima kasih kepada guru2 yang mengajar anak aku. Kakak pun nak jumpa juga dengan kawan2 dia yang lain...mereka semua ambil keputusan di sekolah.



Kakak dan guru-gurunya.

Semua guru bangga atas kejayaan Kakak.....
dia telah mengharumkan nama sekolah.

Mama dan Abah?????
Sudah tentulah orang yang paling gembira atas kejayaan Kakak. Kakak adalah pembakar semngat kepada adik-adik. Terima kasih Kakak Aufa.





Tulus Kasih,
Qasih Mama






Jumaat, 6 Mac 2015

DINNER N DATING


Malam minggu last week, akak n husband tinggalkan kiddos dengan cousin dia yang datang ke rumah. Niat nak cari barang dapur sikit....coz my family nak datang bercuti sempena Chines New Year kat Melaka. So Mak dari kampung, adik dari Johor , Pahang dan anak buah dari KL akan berkumpul kat rumah aku. Esoknya mereka akan sampai. 

So akak n husband nak kuar beli barang sikit untuk buat gathering bersama family...malamnya pula nak buat BBQ.

Dah alang2 keluar berdua....meh la kita gi dating jap....dinner together-gether...hihihi.

Tak nak cerita panjang..... nak hayati dinner.




Jagan kacau...orang tengah dating tuuuu.



Pasal cerita gathering bersama my family kita cerita kemudian yee....malas nak pilih gambar...banyak sangat.




 Tulus Kasih,
Qasih Mama




Isnin, 26 Januari 2015

SESI PERSEKOLAHAN BARU


Akak dah over busy sangat dah ni ye...ke akak buat2 busy....sampai anak dah masuk sekolah hampir dua minggu baru nak update kisah sesi persekolahan baru.

Ok la tu...daripada tak ada cerita nak tampal kat sini....sekurang2nya adooo.

Macam biasa, sesi awal persekolahan, akak ambil cuti. Motif akak cuti pun akak tak tahu...padahal anak3, akak just hantar je...lepas tu terus akak balik. Bukan perlu tunggu ke apa. Aufa dah darjah 6, Aniq darjah 3 dan Adam dah masuk Pra Sekolah. Masing2 dah biasa dengan sekolah tu.

Anak ok je pergi sekolah...mak je yang gedik nak cutiii....saja nak rasa kemeriahan ibu bapa hantar anak sekolah di awal tahun....hehehhee. Aku pun tak paham dengan diri aku ni. So korang tak payah la berusaha nak paham....buat2 paham sudah la yeee.

Masa hantar anak tu...sempat la ambil gambar suasana persekolahan terutama gelagat mak ayah dan anak2 yang baru memasuki alam persekolahan. Teringat pula waktu aku alami dulu. Teruja...happy...perasaan yang bercampur baur. Kadang2 terfikir bolehkah mereka berdikari. Macamana mereka nak beli makanan....ke tak pandai. Alamak...macamana ni...kan kebulur anak aku.....heiii macam2 yang aku pikir dulu. Dalam masa yang sama rasa bangga dan happy bila anak dah jejak kaki ke alam persejkolahan. Rasa macam ibu yang hebat sangat.Eeeee over kan aku ni.




Antara senario yang sempat disnap.


Parent yang memerhati dari jauh anak masing2. Hati ibu bapa mana yang tak risau bila berjauhan dengan anak. Nak tinggalkan anak ditempat yang asing baginya. Bukan mudah...dan akak pun faham. Teremo la pula. Tapi itulah hakikatnya.

Mari lah kita doakan anak2 kita mampu mengaut sebanyak mana ilmu yang guru2 nya ajar...dan jadikan ilmu itu sebagai bekalan untuk berjaya di dunia dan akhirat. Aminnn





Tulus Kasih,

Qasih Mama

Selasa, 14 Oktober 2014

LIKE MOTHER LIKE DAUGHTER


Bila anak2 dah besar panjang ni.....macam ni la jadinya. Nak bergaya je kerjanya. Lau aku beli shawl, dia nak shawl....kalau aku beli dress dia nak beli dress. Pantang tengok aku beli sesuatu pasti dia nak juga. Suka sangat dengki dengan mak tau. So sekarang ni bila aku beli apa2 untuk diri aku, mesti akan belikan juga untuk dia.



Kakak yang dah besar panjang....makin ayu. Kalau dia tahu aku puji dia ni....mau dia riak. Korang jangan pandai2 nak bagi tahu yee. Hahahha.


 Sibuk minta aku ambil gambar dia. Almaklumlah....First time pakai shawl gi kuar jalan2.


Aku pun apa kurangnya...bergaya dengan shawl yang baru beli.


Minta kakak yang snapkan gambar sementara tunggu bapanya setlekan urusan. Berbulu je kakak nak layan karenah mamanya yang ngada2 ni.





Ini ialah gambar yang kakak snap malam sebelumnya. Malam tu kami gi dinner kat tesco....kiddos nak makan chicken chop...dah alang2 ke sana, aku termasuk ke kedai tudung (ke aku saje2 nak masuk)...dah aku terbeli 3...4 jenis shawl . Belikan untuk kakak sekali. Esoknya aku tengok Handphone aku penuh dengan gambar trial pakai tudung oleh kakak. 

Kemain kau kan kak......menyelpie je kerjanya.

Inilah anak dara kesayangan ku.....dialah anak tempat aku bermanja, dialah kawan tempat aku mengadu, dia lah musuh tempat aku bergaduh.....huhuhu...seribu satu cerita bersama dia.


Mama Sayang KAKAK Selamanya....hingga ke Syurga.



Tulus Kasih,
Qasih Mama


Selasa, 7 Oktober 2014

RAJUK HATI


Lately ni aku perasan aku cepat terasa sikit....cepat merajuk. Entah apa2 kan? Asyik nak sentap menyentap je.Jangan salah sangka yee...aku cepat merajuk ngan laki je. Ngan orang lain macam biasa. 

Mungkin sebabnya laki aku sekarang ni agak busy sikit...kurang sikit perhatiannya kat aku. Balik kerja dah lewat......asal kul 10 je dah nak tidur...penat katanya. Hari2 lak tu dia balik lewat. Sementara tunggu dia balik, aku sorang je handle anak3. Rasa macam ibu tunggal lak.

Aku tak biasa dengan situasi ni...aku kan jenis yang nak manja2...nak tengok tv sama2....nak buat apa2 pun nak buat sama2. Ai is manja ok....tak boleh tak ada laki kat sebelah.

So bila keadaan ni terjadi, situasi rajuk pun tercipta lah. Wasup kat dia ayat2 touching...bagi dia rasa bersalah sikit. Yang pasti dia memang rasa bersalah. Hahahaha...pandaikan permainanya kat situ.

Hari minggu katanya nak spend masa ngan family jee. Memang happy....penuhi masa dengan bergurau senda...berpelukan...peluk je tau...jangan pandai2 nak fikir lebih2. Tapi boleh dikatakan weekend tu dia memang spend time betul2. Rasa bersalah kah???

Katanya, semester ijazah ni dia kurang sikit sibuk n dia akan balik awal. Yeeehoooo...bestnya.

Aku memang jenis manusia yang sensitip....laki tak mesage atau call tanya khabar pun tak boleh.....dalam sehari wajib tanya khabar ok. Dulu dia kejap2 call...kejap2 mesage...sampai aku naik rimas n bebel balik kat dia. So bila dia dah tak buat semua tu...aku rasa kehilangan....sebab dah terbiasa dengan situasi macam tu. Itu pun bukan dia tak call langsung...cuma tak kerap. Kalau dia tak call langsung...mahu sawan aku.

Aku faham dia sibuk...tapi biasala...perempuan kan emo dia lebih sikit. Kalau boleh...dalam rumahtangga ni....aku nak dia kekalkan apa yang dia telah buat zaman bercinta sampailah dah ada cucu cicit sekalipun. Tetap sama...tiada yang berubah. Kejamkah?

Mungkin bagi orang lain biasa je kut perkara macam ni. Silap2 apa yang aku tulis ni orang cakap perempuan gila mana la yang duk meroyan kat blog sebab laki tak call or masage....bukan berbulan pun....beberapa jam je kut. Sebab kita kerja 8 jam ofis hour....dia biasa call tgh...dan petang dalam kul 5.30. Aku memang balik awal...tapi dia balik kul 7.00 mlm sekarang ni. So,dari kul 8.00 pg hingga 7.00 malam tu 2 kali lah dia call...bahagi lah sendiri berapa jam. Tapi aku tetap tak boleh ye....sebab biasanya dua jam sekali atau 3 jam sekali dia akan call or masage.

Lain orang lain caranya alam rumahtangga mereka. Mungkin ini cara aku....nak sentiasa diberi perhatian. Kalau dia nak keluar pergi kerja (dia keluar awal dari aku sebab tempat kerja dia jauh), Aku dan dia akan pastikan kami akan cium tangan, pipi, dahi, mulut dan berpelukan terlebih dahulu (itu wajib)....kalau tak buat semua tu, rasa macam tak lengkap je. Gitula kaedahnya permulaan hari kami.

Sekarang ni my hubby dah balik awal sikit sebab semester ni student tak ramai...kerja pun habis awal.

Lepas isyak biasanya kami dinner kat luar sama2. Ai is malas sekarang ni nak masak....dah  2 bulan rasanya aku tak masak dinner...bukan saje2 tau...sebab aku balik rumah dah lewat...tugas ambil anak sekolah agama telah diamanahkan kepada aku sebab Mr. Hubby busy n balik lewat. Bila balik rumah dah kul 6.30....waktu tu dah penat nak masak. (Alasan sangat kan).

Ok...kita sambung cerita pasal dinner....asal lepas isyak je...laki ajak dinner. Kadang2 aku macam malas nak pergi sebab tak nak makan pun...dia n anak3 je yang nak makan. Tapi dia memang tak boleh...tetap nak suruh aku teman. Siap sound aku lak tu...."Saya kan tak boleh tak ada isteri di sisi.....nanti lau saya tinggal awak sorang2 kat umah kata terbiar lak." Amboiii ayat perli nampak.

Ha....itu kisah kehidupan berumahtangga aku la. Lain padang lain belalangnya...

Harapan aku...agar apa yang telah aku ciptakan dengan suami dari zaman belajar akan berkekalan sampai bila2. Tak nak sikit pun berubah. Moga sifat caring n loving dia akan kekal sampai akhir hayat dan dijadikan pedoman oleh anak2 lak. 



Aku yang ingin bahagia sampai bila2.


Saya sayang awak sangat-sangat.






Tulus Kasih,
Qasih Mama







Selasa, 8 April 2014

FOTOSHOOT

Hari Ahad lepas bawa anak3 jalan kat Pantai Klebang...nak main layang2 kata mereka. Oleh kerana tak ada buat apa2 kat rumah, petang tu kami gerak la ke sana. Lagi pun this year aku tak pergi lagi pun ke Pantai Klebang.

Cerita pasal anak3 n layang2 ahkak cerita lain kali ye. Hari ni nak story pasal fotoshoot dulu. Kahwin dah berbelas tahun tp tak pernah buat fotoshoot kt tepi pantai. Mari lah kita tunaikan hasrat hati. Gedikss kan?


Auwww...lomantiknya.
Nak dapat pic cam ni pun penat tau aku arah dia posing. Kayu betul la laki aku ni. Apa2 pun, ai tetap sayang u till jannah. Moga kita kekal bahagia n happy ever after. Amin


Bie...jangan la pandang ai lama2...malu ai. Ai tahu la ai jelita. (Tolong jangan muntah)


Menunggu hari nan senja, melontarkan pandangan , mengira usia. Perjalanan masih jauh....sampai bila ia terhenti, kita sendiri tak pasti. 
(Agak2 aku boleh jadi sasterawan tak...hahaha)


Cantikkan pemandangannya.


Gambar daku...muka nak senyum tak nak senyum


Me again versi jarak jauh



 Aku yang perasan


Dan tak lupa....gambar kaki. Bang, maaf kan dinda....memang hobby ai ambil pic kaki.



Gaya harus kalahkan anak dara....Mak dara tak sedar diri


Kami yang ingin bahagia hingga hujung nyawa





Selesai sudah fotoshoot poyo kami.




Tulus Kasih,
Qasih Mama

Rabu, 26 Mac 2014

BERAT MATA MEMANDANG, BERAT LAGI BAHU MEMIKUL # MH370

Allahuakbar...tak tahu nak cakap apa. Masa dengar berita yang diumumkan PM, terus air mata ni mengalir. Tiap2 hari aku ikuti perkembangan MH370 dan dalam hati ni tak putus berdoa semoga mereka semua selamat. Tuhan lebih menyayangi mereka. Salam takziah buat semua ahli keluarga mangsa.

Pada malam Jumaat lepas, aku kuar pergi beli barang dapur bersama Hubby....ada satu papan "Pray For MH370" ramai yang duk tulis harapan kat situ...tak terkecuali aku dan Hubby.


Suami dulu yang tulis


Dengan penuh harapan


Ini apa yang aku tulis (tulisan purple)


Dari Dia kita datang, kepada Dia kita kembali. Yang pasti, mati itu pasti.





Tulus Kasih,
Qasih Mama

Isnin, 17 Mac 2014

AKHIRNYA DIA KEMBALI

Alhamdulillah......syukur pada Mu Tuhan kerana engkau buat perjalanan hidupku lebih indah. Sepanjang dua tahun ini aku cuba kuatkan hati dan semangat untuk meneruskan hidup di perantauan tanpa suami disisi.

Akhirnya penantian aku tak sia-sia. Kembalinya dia kepangkuan aku dan anak3  melengkapkan lagi kehidupan kami sekeluarga. Aku cukup bahagia. Aku cukup bersyukur. Bukan kebendaan yang ku pinta tapi pelengkap keluarga yanga ku damba......bahagia yang ku cari telah ku temui. Terima kasih Ya ALLAH.

Akhirnya pada 3 Februari 2014 suami ku selamat melaporkan diri ditempat kerjanya di UiTM Kampus Jasin. Sekarang bermulalah semula tugasku sebagai isteri. Sebelum ni hanya handle anak3 je...sekarang handle suami dan anak3 pula. Beban tugas memang sah la bertambah......tapi ada ringannya juga.

Rindu nak gaduh2 manja ngan dia, nak gurau bodoh, nak kena marah, nak membebel kat dia, nak buli, nak kena buli, banyak lagi lah.......banyak yang aku rindu. 

Dia seorang bapa yang penyayang dan seorang suami yang caring.



I LOVE U SAYANG.

Thank u coz be a part of my life. Without u i lost my heart, disappear my soul.




Tulus Kasih,
Qasih Mama

Khamis, 23 Januari 2014

BERDIKARI


Tiba2 teringat kat Adam.


Senyum tak ikhlas sebab mama paksa....tapi tangan tetap peace yo.


Muka keletihan.


Dia cukup seronok pergi ke sekolah. Alhamdulillah, setakat hari ni dia tak pernah merungut, menangis ataupun susah bangun pagi. Kejut je, buka mata n terus ke bilik air.

Anak3 semua aku ajar berdikari, dari Aufa, Aniq hinggalah ke Adam. Contohnya Adam, aku memang tak ambil dia dari sekolah. Aku hanya hantar sebelah pagi sahaja itupun sebab on the way ke tempat kerja. Aku bayar van untuk ambil dia kat sekolah dan hantar dia kat taska. Aku akan pergi ambil dia kat taska bila balik dari kerja.

Bukan tak sayang anak....tapi tuntutan kerja. Kadang2 kita kena bagi kepercayaan kepada orang lain untuk tolong jaga anak kita. Dan selalulah berdoa supaya anak kita dia akan jaga baik2. Kita kena salurkan aura positif kat mereka agar mereka laksanakan kerja mereka juga dengan cara yang positif. Jangan tanamkan sifat syak  wasangka dalam diri. Kalau nak tegur apa yang kurang atau sebagainya, gunakanlah cara yang penuh hemah. Biar mereka senangi cara kita, insyaallah mereka akan jaga anak kita sebaik mungkin. Amboi jadi ustajah pula hari ni. Bukan apa, aku kongsi apa yang aku buat. Tu jeee.

Biarlah anak3 aku berdikari sikit...apa salahnya. Anak3 tak boleh manjakan sangat. Kadang2 mereka tak faham kenapa...tapi bila dia dah besar mereka akan faham kenapa dan mengapa kita buat semua tu. Apa yang aku lalui rasanya lebih rumit...dari kecil sudah di ajar berdikari.

Darjah dua dah start kayuh basikal dari rumah ke sekolah. Bukan dekat ye kawan2. Dalam 10 kilometer juga rasanya. Bila pulang dari sekolah, dengan terik mataharinya, dahaganya....memang rasa nak pitam. Tapi kuatkan dan gagahkan juga kaki ...dalam kepala selalu je cakap,....sikit je lagi...sabar...sabar. Bila dah sampai rumah, terus meluru minum air. Letak je kepala terus tertidur. Sebelah petang pula buat kerja sekolah. Kalau dulu buat kerja sekolah sendirian berhad yeee. Tak ada cikgu sandaran (mak ayah) kat sebelah. Tak macam sekarang, bila anak3 buat kerja sekolah, kita yang ada disebelahnya untuk jadi cikgu sandaran. Bila anak tak faham dia akan tanya. Dah la mata pelajaran sekarang ni susah gila...sesetengah matapelajaran tu aku kena study dulu baru boleh ajar anak. Dasyatttt.

Zaman aku dulu, semua dibahu sendiri. Aku tak ada sesiapa untuk jadi guru...kakak aku kahwin awal lagipun umur kami jarak jauh juga...sebab tu aku kecil dia dah kawin. Abang pula berada jauh diperantauan sebab menuntut ilmu...jadi tinggalllah aku terkontang kanting. Yang ada hanya adik2...apa yang boleh dia ajar...ajar conteng boleh la. Mak ayah sibuk dengan dunia mereka demi mencari sesuap nasi kami adik beradik. Lagipun mak ayah aku buta huruf...apa je lah yang dia boleh bantu.

Bila baca cerita Abak, tiba2 aku teringatkan nostalgia aku zaman kecil2 dulu. Mak aku sama perangai ngan Ummi dia. Gila tak sama, dah Ummi dia tu anak mak aku. Kauorang paham tak...maknanya mak dia tu kakak aku la. Satu2nya kakak yang aku ada. Mereka hidup dalam dunia mereka, tak endahkan keperluan dan kehendak sendiri.Aku pula tak mengerti apa2 masa tu.

Aku masih ingat lagi bila cikgu kata sekolah ada buat latihan rumah sukan. Masa tu aku Rumah Biru. Aku tak ada seluar sukan dan baju t-shirt. Aku balik mengadu dengan kakakku. Kakak aku suruh je aku pakai baju yang beropol2 yang dia ada jahitkan. Baju tu sebenarnya baju untuk jalan sebab beriben dan beropol. Masa tu kakak aku baru belajar menjahit....bila ada lebihan kain, dia jahitkanlah kat aku. Maka aku pakailah baju tu dengan seluar trek yang dah lusuh dan agak senteng. Nak cakap ngan mak ayah tak berani...takut susahkan mereka. Korang boleh bayangkan tak rupa aku bila pakai baju ropol2 dengan seluar senteng tengah kayuh basikal...hahhaha. Dah la hari latihan sukan sekolah dua hari seminggu....memang baju itu lah yang aku gilirkan. Sehinggalah ayah aku perasan dan kesian agaknya, dia belikan aku sehelai seluar dah sehelai baju. Baju tu memang murah kerana tak berkualiti...nipis dan cepat berbulu. Tapi uku tak pandang semua tu...janji ada. Itu pun dah cukup teruja. Habis kat semua kawan2 aku cerita aku dpat baju baru. Nak cakap betapa susahnya nak beli baju.

Kalau bab makan kami memang mewah sebab mak aku ada kedai runcit. Pagi ayah aku jaga kedai runcit manakala mak aku pergi menoreh. Bila tengahari hingga malam, mak aku yang jaga kedai runcit manakala ayah akan ke kedai beli barang keperluan kedai. Mereka agak sibuk nak besarkan anak2 waktu tu. Di waktu itu aku tak faham kenapa tapi bila aku dewasa baru aku faham kenapa. Bila tengok mak ayah orang lain hantar dan ambil anak di sekolah aku rasa hiba. Kenapa mak dan ayah aku tak buat macam tu. Kawan2 aku banyak masa bersama mak dan ayah sedangkan aku banyak waktu menguruskan diri sendiri.

Ingat lagi bila waktu aku darjah enam, aku ada kelas tambahan. Habis kelas pukul 5 kalau tak silap. Waktu tu aku seorang diri yang kayuh basikal. Nak dijadikan cerita, basikal aku pancit. Maka aku seretlah basikal tu berjalan kaki dengan beg dan buku2 yang ampun beratnya. Perjalanan masih jauh, hari dah makin gelap. Sepanjang perjalanan, aku berharap ayah akan datang ambil sebab dah terlalu penat kerana dari pagi lagi aku ke sekolah dan tak pulang kerana nak sambung ke kelas tambahan . Kawan yang lain semua pulang untuk mandi dan makan bila tengahari dan datang semula untuk ke kelas tambahan kerana mereka ada banyak masa. Mak ayah mereka yang pergi ambil dan hantar. Kalau aku, memang tak ada masa nak balik sebab kelas tambahan bermula pukul 2.30. Kalau habis sekolah aku balik dan datang semula, memang tak la sebab perjalanan dari rumah aku ke sekolah jika kayuh basikal ialah sejam. Kalau dah sejam balik dan sejam datang...bila masa nak makan dan mandi. Jadi memang habis sesi persekolahan aku akan terus tunggu kat sekolah untuk masuk kelas tambahan. Ok berbalik kepada cerita basikal aku yang pancit tuuuu....memang sampai ke rumah la aku heret. Masa tu dah azan maghrib aku masih kat jalan lagi. Masa tu terfikir kenapa la mak tak pergi ambil aku bila tahu aku tak sampai lagi walaupun hari dah nak maghrib. Rasa sedih sangat....dah la keletihan. Rupa2nya ayah aku tak ada kat rumah, mak aku pula tak ada kenderaan nak pergi jengok aku kat tengah jalan kenapa balik lambat.

Aku memang boleh dikatakan hidup berdikari sebab, dari sekolah rendah lagi aku buat semua sendiri. Bila masuk tingkatan satu, aku dah tinggal asrama sehinggalah tingkatan lima. Habis tingkatan 5, aku dah masuk universiti. Habis je belajar kat universiti, aku kawin. Gatal. Masa bersama keluarga agak pendek. Kebanyakkannya aku sendiri...segalanya sendiri. Aku rasa macam tak puas nak teguk kasih sayang dari mak dan ayah. Aku dah terlepas banyak moment2 yang patut aku ciptakan bersama mereka. Tapi aku percaya pasti ada hikmahnya.

Tapi aku bersyukur sebab bila zaman adik2 aku, mereka dah tak lalui apa yang aku lalui. Mereka sempat merasai zaman kesenangan. Aku gembira bagi pihak mereka. Apa yang mereka hajati, insyaallah dapat...mungkin lambat dan cepat je.

Sekarang bila dah jadi mak2 ni....kalau boleh, apa yang aku lalui dulu aku tak nak anak3 aku lalui. Aku cuba tutup kekurangan dulu dengan cuba buat yang terbaik untuk anak3. Aku tahu aku bukanlah ibu yang baik...tapi berusaha untuk jadi yang terbaik. Aku akan cuba penuhi masa mereka dengan kasih sayang, perhatian dan keperluan. Duit dan harta boleh dicari..... tapi kasih sayang tak boleh dijual beli. Kenangan yang dah terlepas pasti berlalu....tiada alat yang boleh undurkan masa. Yang lalu pasti akan berlalu....dan sebab itu juga aku tak nak ianya berlalu dengan kosong tanpa ada cerita.

Kalau korang perasan kenapa aku suka jalan2 hari minggu, bawa anak makan2, bawa anak jalan2......sebab aku nak bagi mereka rasa kasih sayang aku....nak eratkan hubungan....nak dalami perasaan anak3. Hari2 lain aku dah sibuk bekerja, balik dah petang....fokus hal mengurus rumah tangga, malam dah tidur. Tak sempat sangat nak manjakan dan bagi perhatian kat diorang. Lagi satu aku takut aku akan kehilangan moment indah melihat mereka membesar depan mata aku. Kalau boleh aku tak nak terlepas walaupun satu kenangan perkembangan hidup mereka. Mereka ialah amanah yang telah pinjamkan kepada aku...jadi memang menjadi tanggungjawab aku untuk didik dan jaga mereka sebaik mungkin. Blog ini tercipta juga sebab mereka. Aku nak sangat bila aku dah tua dan mereka dah dewasa, mereka baca blog ni dan akan sentiasa ingat apa yang mereka telah lalui bersama-sama aku semasa mereka membesar. Blog ini akan simpan semua memori suka dan duka kehidupan kami sekeluarga.

Bila dah tua macam ni....cuma satu sahaja harapan aku....agar anak3 aku nanti akan berjaya di dunia dan di akhirat. Hidup yang penuh barakah. Amin. Tiba2 teremosi pula...padahal asalnya nak cerita tentang kerinduan kat Adam yang tengah melalui zaman awal persekolahan. Biasa la...bila dah tahap makcik2 ni....cepat sikit teremosi.



MAMA SAYANG KORANG KETAT-KETAT. LOVE U TILL JANNAH



Buat IBU DAN AYAH ku....terima kasih kerana telah membesarkan ku hingga berjaya. Jasa kalian tak mungkin aku lupa sampai bila2. Kerana didikan dan asuhanmu juga aku menjadi insan yang kuat untuk hadapi cabaran dunia. Baru aku faham kenapa mereka lepaskan aku untuk berdikari sedari awal............kerana ingin lihat aku berjaya....dan menjadi manusia yang tabah. Terima kasih, terima kasih dan terima kasih.

Walau ibu jauh dimata...aku dokan dikau dalam keadaan sejahtera. Buat ayahda yang telah kembali kepada Penciptanya.....anakmu hanya mampu kirimkan doa. Semoga dikau aman di sana. Amin.









Tulus Kasih,

Qasih Mama











Isnin, 28 Oktober 2013

PRESENT DARI JEJAKA ITU

Auwwwww....moood gedikss melanda....happy. Tak nak cerita banyak....kita review gambar je ya....


Nampak tak ada sesuatu dalam gambar niiii


Tadaaa...ini lah dia idaman hati....kini telah ku miliki


Selamat dipakai....emas putih


Kasi zoooooom sikit. Cincin bulat ada berlian tu sepasang dengan rantai putih...tp yang tu aku tak tunjuk la....sebab dah pakai kat leher...malas nk buka2.


Tq u for your present, love, honesty and happy u given me.


Jumaat, 31 Mei 2013

BERDATING DENGAN SUAMI

Dua hari lepas, tanpa dirancang aku n hubby kuar berdating. Anak3 aku tinggalkan dengan mak saudaranya (Usu). Kami keluar lepas iyak...lebih kurang pukul 9.00 malam. Planning nak tgk wayang...citer Fast n Furious 6....sampai je Aeon Bandaraya Melaka...terus menuju ke kaunter tiket....waktu terdekat masa tayangan yang ada ialah 10.10 mlm n 10.45 mlm....so kami pilih 10.40 mlm.

Saje je  pilih waktu tu sebab planning nk jalan2 n makan2 jap. Turun bawah, tgk Padini Concept tgh bt sale hingga 70%. Masuk kejap tgk apa yg murah....oleh kerana dah tinggalkan anak3...rasa bersalah la pula sebab tak biasa tinggalkan mereka...biasanya mana kami pergi mereka kami bawa sekali. Tapi hari ni kami saje decide nak berdua-duan...kadang2 kita suami isteri perlu juga ada ruang untuk berdua-duan tanpa gangguan...baru bertambah lomantik...tak gitu.

Oleh kerana dah tinggalkan mereka, maka kami pun belikanlah hadiah untuk mereka. Nasib baik mereka tak menangis nak ikut. Tp kakak dah faham dia tahu mama ngan bapanya nk kuar dating. Lepas beli hadiah untuk mereka...kami pegi makan2 dan lepak 2 kat Burger King lak sementara menunggu waktu tayangan. Malam tu memang lomantik habis lah.


 Bersiap nak g dating (abaikan bilik yg bersepah...almaklumlah baru pindah...tak sempat nak kemas)

 Makanan yang diorder

 Hadiah untuk anak3

 Canti + berkualiti + murah = Berbaloi-baloi

 Tiket kami

 Jom makan dulu

 Gelojohnya...laki sape la tu...

Yang ni aku punya


Sebenarnya kami kuar berdua-duaan ni pun sempena nk sambut belated birthday aku....lambat sambut sebab masing2 sibuk + duduk berjauhan. 

Tatata...jumpa lain siaran yek....nanti kita story mory lagi.