FOREVER

FOREVER
Memaparkan catatan dengan label Kebun. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kebun. Papar semua catatan

Rabu, 28 September 2016

BUAH MANGGA OH BUAH MANGGA


Balik kerja semalam.....naik kebun kat belakang rumah kejap. Niat nak jenguk buah mangga yang baru belajar berbuah tu. Ada la lebih kurang 8 biji rasanya.

Bila belek2 buah tu.....rasa kecur pula air liur. Rasa macam dah lama pula tak makan rojak mangga @ colek pauh. Dari niat nak jenguk2 terus rasa nak petik. Call shuben cakap nak petik mangga sebiji. Dia izinkan dan lau nak makan tu jangan lupa simpan untuk dia sekali. Hihihihihooo......dapat rasa mangga muda.

Yang lain tu akak simpan la.....tunggu betul2 masak. Akak petik sebiji je....buat hilangkan liur.




Pink kalerrr gituuu






Yang ni rasanya dah matang ni....tunggu waktu je ni




Akhirnya.......menjadi santapan.



Kebun ni terletak dibelakang rumah....kawasanyya berbukit sedikit. Jadi nak naik atas ni....ada tangga yang kami buat.

Hari minggu ni nampaknya kami akan habiskan masa di kebun kerana kebun dah semak. Kerja2 pembersihan harusla dilakukan.






Rabu, 31 Ogos 2016

NANGKA MADU

Alhamdulillah......rezeki hari merdeka. Nangka madu di kebun kecil hakak dah masak.
Sempena cuti merdeka, kami tak kemana2...... Rehat kat rumah je. Petang tadi pula kami bersihkan kebun. Masa tengah berkebun tadi, hakak jenguk la pokok nangka.....sekali macam terhidu bau....manis2 macam tu. Akak terus cium buah nangka tu. Sahhhh......konpem nangka akak dah masak. Melompak la akak.....almaklumlah, ini buah sulung..
Minta shuben belah nangka tu. Wahhhhh sekali lagi teruja. Buahnya cukup manis. Alhamdulillah....rezeki di hari merdeka.


Isinya oren.....manis sekali



Hasil dari sebiji nangka.







Masa masih belum masak



Harap pokok ni rajin berbuah dan dapat kuarkan hasil yang banyak. Insyaallah bolehlah kami kongsi rezeki dengan jiran2 dan kawan2 pula.




Aminnnnnn....Syukur.







Jumaat, 17 Januari 2014

KEBUN KAMI


Semalam janji nak upkan entry kebun kan? So ari ni akak tunaikan janji. Akak kongsikan kebun sekangkang kera kami. Tapi ok la kan dari tak ada. Sekurang2nya boleh la kami kuarkan peluh dan penuhkan aktiviti cuti hujung minggu dengan melepak kat sini.


Ini ialah kebun saya. Maaf gambar agak kekuningan sedikit sebab ambil waktu senja. Tinggi kan kebun akak.


Tak apa, ada tangga nak naik. Jom daki.


Daki je tangga, pokok ni dulu yang kita hadap bahagian atas sebelah tepi. Pokok delima yang diapit oleh pokok nenas


Ini pula pokok limau purut


Naik tingkat atas ialah pokok jambu batu. Dahan pokok ni laki den dah cantas bagi pendek.


Sebelahnya pula ialah pokok nangka madu. Di antara pokok jambu batu dan pokok nangka madu ni akak tak tanam apa2 sebab bercadang nak buat pondok tempat lepak petang2. Sebab tu kami tanam 2 jenis pokok ni dikiri dan kanan agar bila besar nanti poleh buat teduhan.


Ini pandangan tingkat kedua dan ketiga


Ni ialah view pokok nangka madu yang akak duk sibuk cerita panjang lebar tadi. Dah makin segar.


Hahaha...ini ialah mangga epal...mangga orang mengandung.


Kat atas sebelah kanan tebing tinggi, akak tanam pokok limau kasturi. Dah berbuah dah pun. Comel je kan?


Ada pokok lada juga.


 Ini ialah pokok mangga king.


Oleh kerana akak ni memang orang kampung, maka ubi kayu pun akak belasah tanam.


Pokong pisang tidak dilupa. Pisang tanduk kalau tak salah. Ada 2 pokok kesemuanya. Ingat nak tambah 2 pokok lagi.


Ada pokok rambutan juga. Kami tanam 2 jenis, yang masak merah dan masak kuning tu. Nama memang akak fail sikit bab nak ingat ni. Yang penting ia memang pokok rambutan.


Ini buah peberat akak, maka haruslah ditanam. Pokok ni agak lambat sedikit tumbesarannya...sampaikan kami risau dan tanya orang nursery kenapa pokok ni tak besar2. Orang nurseri cakap pokok ni tak poleh duduk bawah panas yang terik. . Tapi dia cakap jangan risau sebab tumbesaran memang lambat sikit pokok ni. Lega dengar.


Ini pula pokok Longan.


Pokok longan dah berbuah buat pertama kalinya. Terasa macam pekebun yang hebat pula bila tanaman mula keluarkan hasil. Hahaha...riak sudah datang. Astaghfirullahal'azim.


Akak memang penggemar air kelapa. Jasdi pokok ni wajib tanam juga. Tanam kat tebing paling atas sekali sebanyak 2 pokok. Kelapa pandan namanya.


 Mangga lagi...tapi yang ni lain jenis. Namanya mangga delight


Pandangan dari atas fous sebelah kanan. Haaa...nenas pun akak tanam juga.


Pandangan dari atas juga tapi fokus sebelah kiri lak. Kalau perasan la...kat tempat ada akak sidai baju tu ialah dapur basah akak...more to open kitchen. Memang open pun...dan ahkak memang suka main masak2 kat situ sebab udara yang segar serta ada angin sepoi2 bahasa. Nak tahu cerita lebih, akak review pasal tu lain kali la. Hari ni pasal kebun dulu.


Perasan tak yang tanah akak ni bertingkek-tingkek. Ada sebabnya tu. Masa rumah ni belum siap dan masih dalam pembinaan, akak ada buat lawatan tapak. Kebetulan projek manager ada kat situ...so akak minta la dia tereskan sikit kawasan berbukit ni untuk buat pondok. Kalau tak teres, tinggi nau nak manjatnya. Agak bahaya sebab curam. Anak2 pun bahaya nak naik sini kalau tak di tereskan....lagi pun kami fikir bila dah usia 40-an esok2...takut tak larat nak manjat.....Tak pasal2 kuar surat khabar "Pasangan warga emas koma kerana terjatuh dari tebing tinggi". Maka atas faktor tersebut maka terhasil la begini. Nanti lau ada bajet, kawasan tanah yang rendah tu nak buat pondok. Tempat pekena kopi dan makan ubi kayu rebus petang2. Oh nikmatnya.


Ini pula tempat nak bakar sisa2 rumput dan sebagainya


Pemandangan tepi rumah akak. Ni ambil gambar dari bukit kat atas tu. Bila la nak tanam rumput kat situ.


Kat sebelah kiri tangga ni akak ada menanam gak


Akak tanam serai


Tanam juga pokok halia. Kalau tak kenal tak tahu la nak cakap apa.


Ini pula pokok kunyit. Hidup segan mati tak mahu. Ini semua kerja laki den la ni....tgh syok mesin rumput, dia termesin pokok ni sekali. Sadis sungguh.


Kita view pokok delima dekat2 sikit. Hari tu dah kuar buah sebiji, tapi gugur dipertengahan jalan. Tak sempat besar pun lagi. Tak apa, tuan mu ini tetap setia menunggu.


Itu je lah kut cerita tentang kebun kami sekeluarga. Tak sabar nak tunggu semua pokok2 ni besar. Selalu je berangan ngan hubby ...... bila semua pokok ni dah besar dan tinggi, kami nak sangat bawah pokok2 ni semua bersih je tanpa rumput yang panjang dan sampah sarap. Nanti petang2, sambil teman hubby berkebun aku masak la kat open kitchen ku itu dan bawa minum petang kat pondok sambil borak2 dan dikelilingi anak cucu. Pasti cucuku akan rasa seakan2 suasana kampung.


Berangan mesti mau lebih.




Tulus Kasih,
Qasih Mama





Selasa, 3 Disember 2013

POKOK DAN TANAMAN

Jom cuci mata pokok yang ahkak tanam dulu dah makin subur, ada yang dah berbunga dan ada yang dah berbuah.


Pokok Kemboja Pink dah berbunga....pokok Kemboja Putih lupa nak snap lak


Ini aku tak tahu pokok apa...tp aku panggil pokok sejuta daun. Masa beli, pokok ni kecik cinonek je...tp sekarang kemain merimbun


Pokok bongsai laki ai


Pokok ong atau duit2. Masa beli dulu hanyalah dua batang sahaja...sekarang rasanya nak kena tukar pasu dah ni.


Ini pun aku tak tahu pokok apa...tp biasanya orang letak kat tepi kolam


Pokok lada besar pun dah berbuah


Pokok lada ni aku semai benihnya.....bila dah tumbuh banyak, aku beri lah kat jiran2 dan kakak iparku


Pokok bendi...


Lada burung pun dah berbuah.



Nanti lau ada masa, aku tepek la gambar kebun buah-buahan kami kat belakang rumah, gambar pokok bunga kat depan rumah dan gambar serai, kunyit dan halia pula.



Ok, itu dulu cerita untuk hari ni.