FOREVER

FOREVER
Memaparkan catatan dengan label Percutian. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Percutian. Papar semua catatan

Khamis, 15 Januari 2015

NIGHT SAFARI AT MELAKA

Lama dah tak berceritakan? Meh la kita sembang sat. Cerita last month before end of school holiday. Tahun ni tak bawa anak jalan jauh2...paling jauh pun kat Shah Alam je. So bagi memenuhi masa cuti sekolah, me decide nak bawa anak ke Night Safari kat Melaka ni je. Almaklumlah...pindah kat Melaka ni dah masuk 3 tahun tapi masih belum jejak kat Zoo Melaka lagi. Maka hujung minggu tu kami pun ke sana la. Saja pilih Night Safari coz nak bagi kelainan sikit suasananya kat anak3 (Padahal mamanya takut kena panas lau pergi sebelah siang). I jaga kulit uolls..almaklumlah, kulit retis sangat kan...hahahh.....pangg satu kali baru sedar diri.



Jom kita beramah mesra dengan warga yang ada didalam ni....yeeehaaa


Sebelum tu kita beli sikit cenderamata yang dijual di sini. 
Amboiii seksi sangat ahpaknya dengan gaya tertonggeng-tonggeng tu.



Kesayangan yang menceriakan hari-hari ku.


My beloved Kiddos. Bergaya dengan topi haiwan masing-masing. Nak ambil mood katanya.


Budak yang teruja nak tengok haiwan


Kami dah bersedia nak menjelajahi alam. Yabedabedabedoooo


Kemain muka happy masing-masing.


Kami naik train yang disediakan.
Gambar2 ni aku dah masukkan kt FB sblm letak dlm blog. Kawan husband aku kata yang kat belakang tulah safari yang sebenarnya...hahahha


Tuan tanah pun gedik nak bergambar gaksss...ahaakkks


Lepas naik train kami jalan...ada slot jalan2 tgk haiwan dan akan ada seorang guider yang akan bagi info kat kita berkaitan haiwan yang ada.


Lebih kurang pukul 10 malam kalau tak silap, ada animal show. So meh la kita layannn.....
Anak3 memang happy la.


Alhamdulillah.....dapat jugalah aku penuhi keinginan anak2 nak pergi ke Night Safari.....
Sebenarnya dah lama mereka minta nak pergi...tapi parent dia yang sibut bercampur dgn malas...itu yang jadi sampai 3 tahun baru berkelapangan untuk pergi.


Ok, itulah dulu kisah pengembaraan kami sekeluarga....Hehehe...mengembara lah sangat...tangankatbahumatakeatas.


Ok. Bye uolls....muah..muah


Tulus Kasih,
Qasih Mama

Selasa, 7 Januari 2014

PANGKOR DAY 3


Ha...ini ialah cerita hari terakhir percutian kami di Pangkor. Hari ini tak ada bengkel bagai....aktiviti bebas katanya. Aku pakat ngan isteri bos aku untuk jalan2 sekitar pangkor.
Selesai je sarapan...masing2 naik bilik untuk siapkan diri....kami janji nak tunggu kat lobby hotel.


Untuk ronda2 kat Pangkor ni, kami menaiki van iaitu RM 80 untuk pusing2 ke tempat menarik kat sini


Kami dibawa menikmati keindahan hutan dan jalan yang berbukit terlebih dahulu


Kemudian kami dibawa pula ke tempat perusahaan membuat kapal dan boat. Kata pemandu pelancong tu, harga boat yang dah siap tetapi not add furnish ialah 780 ribu....kalau fully furnish ialah 1 juta lebih


Selepas itu kami dibawa pula ke kilang memproses makanan laut.


Pekerja tengah menyiang ikan


Laju gila dia buang tulang ikan


Sebelah kilang tu, ialah kedai untuk kita beli dan borong hasil laut yang dah siap


Hasil borongan pertama. Ini just untuk makan2 masa ronda2 n naik feri masa balik je ni.


Suasana kedai


Selesai je memborong kat kilang tadi, kami di bawa ke Tembok Besar Cina versi Malaysia pula....
Kat tepi2 jalan tu ada dijual magnet n keychain. Memang murah.


Magnetik binatang ni ialah 7 biji RM 10 ringgit + free 2 magnetik comel. Kat Pangkor ialah 3 biji RM 10. Berbeza yang amat harganya kan?


Inilah tembok besar yang aku cerita tu. Kami semua tak naik pun sebab nak kejar masa untuk balik hotel sebelum 12.30.


Pemandangan dari bawah. Just ambil gambar je.


Dalam nak cepat tu, sempat lagi singgah di Galeri Sejarah Pangkor


Adam dan lampu ajaib


Me n anak terunaku


Tajamnya jelingan anak daraku...setajam mata gambar puteri dalam potret tu.


Tiga orang lelaki yang penting dalam hidupku


Oh...ayunya wanita itu....dan handsomenya lelaki sebelah itu (kena puji gak dia..kan tak pasal2 hentak kaki sentap ngan ahkak lak)


Aku Cinta Kamu Seorang


Dah habis gaya posing ke kak? Macam nak tahan berak je mama tengok


Me yang gojes..auwww. mati la kena kutuk ..puji diri sendiri


Akhirnya kami sampai semula kat hotel ngam2 kul 12.30 tgh. Sebenarnya banyak tempat yang pemandu pelancong tu nak bawa kami tapi kami skip kan je sebab masa tak ada.


Bye2...itulah van yang kami naiki. Pink colour gitu. 


Selesai makan, van datang pik up kami dan bawa ke jeti.
Masa ni kat jeti jem sebab semua yang datang holiday dah nak balik...lagipun waktu tu 29 haribulan (Ahad) dah penghujung tahun bebenor....masa nak sambut tahun baru dan buka sekolah pula.


My laling tengah tunggu giliran


Akhirnya kami sampai juga ke Jeti Lumut. Perjalanan yang memenatkan.


Sambil tunggu bas datang pick up kami, beli ais krim dulu untuk basahkan tekak.

Kami menaiki bas lebih kurang pukul 5.00 petang dan sampai ke Melaka lebih kurang kul 1.00 pagi.

Penat wehhh...tapi ok la sebab anak3 happy.

Ok itu je cerita pasal Pangkor




PANGKOR DAY 2

Hollla....kembali lagi kita berbicara tentang kisah yang tak sudah...Pangkor Day 2 lah pula. Bukan tak nak update sehari dua ni...tapi busy dengan karenah anak3 yang memasuki alam persekolahan semula setelah bercuti panjang. Perihal sekolah nanti kemudian kita cerita yee.

Berbalik kepada tajuk....
Pagi Sabtu, aktiviti kursus ku bermula dengan Senamrobik (kata kursus jom sihat) maka haruslah sihatkan diri dulu. Anak3 bapanya yang uruskan....nak tahu apa aktiviti mereka ketika aku sedang berbengkel....????



Lihatlah anak2 ku....mandi manda dengan baju tidur...kau mampu????


Tetap peace walaupun dalam kesejukan


Abang Aniq n the gang


2 beradik


Kakak dan kawannya


Dari jauh aku pandang kolam ni...Sebenarnya aku tengah berbengkel kat tingkat atas, so aku snap lah. View kolam renang hotel ni nampak dari tempatku sedang berbengkel.


Kolam....tunggu aku datang!!!


Ini pula apa yang aku sedang bengkelkan.


Siap ambil gambo kau


Penceramah sedang memberi taklimat bagaimana cara membuat CPR kepada mangsa lemas


Sekarang kita buat praktikal.....kat patung la....bukan mangsa yang tengah berlakon tuuu

Selesai je berbengkel, aku masuk lepak kat bilik jap n turun lunch ngan family n friends. Petang ni ada aktiviti sukaneka....boleh bawa family sekali.


Apa2 pun kita makan dulu


Menunggu Rakan2 yang lain di lobby hotel


Posing dulu....nape gambar aku nampak gemoksss gila...mesti kedudukan tu yang buat aku gemuk (cisss ayat cover tak boleh terima hakikat la ni)


Us....kakak Aufa tak masuk dalam gambar sebab jadi fotografer


Kami berdua lak


Berjalan menuju ke Pantai Pasir Bogak.....50 meter dari hotel je


Sambil dengar arahan, sambil posing


Kami lagi...bila lagi nak tunjung kasih sayang...sekarang la


Anak jantanku sibuk main pasir


Bapanya tengah nak mulakan game terompah gergasi


Aku pun main sama...tapi aku tak nak group sekali ngan laki aku.....hahahha


Group aku...3 mak dara pingitan


Pertandingan bermula


Anak aku siap buat monster dengan pasir lagi tuuu


Giliran kakak pula....bawa bola dengan gelung


Hasil tangan Aniq


Adam tolong bawakan pasir untuk abangnya


Aniq dikambus oleh bapanya


Giliran Adam pula


2 orang hero ku


Aku dan dia..
Laki aku cakap kaki aku tak cantik, tak macam kakai dia. Dia kata kaki dia cantik berseni sebab ada urat yang timbul. Yang tak boleh belah dia kutuk kuku aku senget. Vanggang sungguh laki aku. Kuangajo kan, kutuk kaki bini? Padahal kan main tulus mulus kaki ku itu...berbanding kakinya yang berurat dan betis berbulu itu (eh aku pula yang terkutuk dia)



Masa ni kami dah start masuk dalam air


Tengah tengok apa tu????
ooooo saje2  posing cam tuuuu


Lebih kurang pukul 5.30, kami balik semula kat hotel dan sambung mandi manda kat swimming pool lak.
Mandi lah korang puas2.


Siap bermandi manda, naik bilik...mandi dalam bath tab pula. Macam tak pernah jumpa air setahun anak2ku ini. Menjerit2 aku kat dalam bilik suruh dioarang siapkan diri sebab malam tu ada dinner dan majlis penutup kursus.


Di meja makan


Majlis bermula


Antara sisa makanan yang sempat di snap. Masa makanan sampai, memang lupa ingatan jap nak snap....macam2 ada. Memang berBBQ lah malam tu...

Ok...itu dulu cerita untuk Day 2.....nanti kita sambung lagi yee....tak boleh nak merepek banyak sangat ni...tenet slow giloss