FOREVER

FOREVER
Memaparkan catatan dengan label Menonton. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Menonton. Papar semua catatan

Isnin, 15 Ogos 2016

TB MEWAYANG CITER HOTEL TRANSLVANIA

Duk belek2 tepon....tiba2 terjumpa gambar2 last year...rasanya masa tu baru balik dari kampung selepas Raya Haji. Masa tu kami sampai petang....so malam tu kami ke AEON....nak release tantion....kononnya penat travel jauh.


Me and kakak.....rindu budak bucuk ni....sekarang dah duduk asrama. Rindu pula nak gaduh ngan dia.



Kakak selalu cakap...nape dia ikut muka abah.....tak ikut muka mama.
Ahkak cakap leerrrr kat dia ...."kakak jangan la rungsing....bila dah besar nanti cerah la kulit tu....sekarang kan masih sekolah....macam2 aktiviti kena attand. Bila masanya nak cerah." Bila dah besar nanti pepandai la jaga muka.



My Sweet Heart.....love u all so much.




Saje aku usik kakak....cakap dia macam mumia kat belakang tu....ada pertalian darah ke?.....Punyala dia marah....hahhaha....mak pun sewel....suka sangat ngusik dia.






















Jumaat, 11 September 2015

MEWAYANG SEMPENA CUTI MERDEKA

Cuti sempena merdeka baru3 ni, family aku berkumpul kat umah aku. Hari Jumaat petang, adik aku n anak saudara aku dh sampai. Yang lain2nya akan sampai hati Sabtu

Kami dinner sama2. Lepas solat Isyak, aku minta adik aku tolong jaga my kiddos......coz aku n shuben nak gi dating.

Kami gerak dari rumah lbh kurang kul 10 mlm. Sampai je Aeon, kami terus terjah Gsc. Nak tgk midnight movie.....layan citer M.I. masa tayangan yang kami pilih ialah 12 am. Masih byk masa lagi untuk merayau....dan makan2.

Dlm merayau rayau tuu...aku terembat satu baju,aku satu baju. Sedang elok selesai shoping....wayang dah nak start.

Sementara menunggu waktu tayangan....sempat lagi tu bergambar.

Layan......



Kesayangan Hamba



Aku insan yang gedikksss


Dia dan Aku....in love





Tulus Kasih,
Qasih Mama


Isnin, 26 Januari 2015

HABISKAN SISA MASA DI HUJUNG MINGGU


Hujung minggu ialah masa bersama keluarga. Wajib...tak boleh tidak ...itu bagi my family la. Tak kira la duk rumah buat aktiviti bersama anak3 ataupun kuar jalan2.

Tiga minggu lepas bawa anak2 tengok wayang.....citer The Hobbit.

Sibuk request nak tengok cerita ni ialah Aniq. Oleh kerana minggu ni bapanya free maka bolehlah layan permintaan anak.

Sampai je terus tuju ke tempat tiket...almaklumlah malam tahun baru...kalau tak beli awal2...maknanya kena tengok midnight la. Lau tengok midnight...jawabnya semua masuk buat tahi mata bukan tengok wayang.

Setle beli tiket, kami masuk jusco dulu untuk bayar eon kredit. Dah setle semua....bapanya sibuk nak isi perut...lapar katanya.


Tengah tunggu giliran.


Anak dan Bapak. Alahaiii...dah kenapa muka monyok macam lepas kena sawan tu apaknya!!!


Toon....toon...toonnn....masa untuk menonton.


Adam dengan gaya muka terpaksa...Aniq pula dengan gaya tengah cari mana kamera.
Apa pun boleh....Jom kita nonton dulu.




Tulus Kasih,

Qasih Mama


Rabu, 16 Julai 2014

MOVIE TIME...TRANSFORMERS

Ghairah tak ghairah....hari pertama transformer ditayangkan...kita orang dah pergi rasmi tengok. Tiket laki aku dah beli awal seminggu....kononnya takut tiket habis coz malam minggu. Kebetulannya 2 hari lagi nak puasa...so harus tengok cepat2...takkan bulan2 puasa nak gi tengok wayang katanya. Tak menyempat betul laki aku ni. Kepoh.

Dua bulan sebelum citer transformer akan ditayangkan lagi laki aku dah cakap awal2 yang dia nak tgk citer ni kat pawagam. Lepas tu asyik tanya aku bila tranformers akan ditayangkan. Asyik2 tanya jeee. Hampeeh.

Masa on the way nak gi tgk citer ni...laki aku cakap dia bawa kitaorang tgk wayang ni coz nak tunaikan hasrat anak2. Terus aku cakap...cisss tak yah nak cover la.....padahal dia yang kemaruk nak tengok lepas tu letak atas kepala anak pula. Tak payah nak membongak la sayang oiii...ai dah kenal siapa laki ai ni.

Apa2 pun kami memang happy la. Dan cerita ni memang tak membosankan. Siapa dah follow citer ni dari awal memang akan menjadi peminat setia.....tengok laki aku sudah cukup. Malam tu siap pakai baju transformer lagi. Apa2 je lah bang oiii...janji u happy.


Ghairah tengok dinosor.... citer tranformer tiba2 kali ni ada dinosor


Posing time


Bergambar kenang-kenangan.


Happy together ....family forever....


Tulus Kasih,
Qasih Mama


Rabu, 25 Jun 2014

TENGOK WAYANG BERJEMAAH

Masa ni anak3 nak tengok citer spiderman 2 kat pawagam. Janji dengan anak3 nak bawa mereka waktu weekend. Kebetulan anak buah aku kata nak datang Melaka minggu tu. Dah alang2 dia datang, aku cal lak adik aku yang tgh belajar gak untuk datang...best sikit tengok wayang beramai2. Seperti yang dirancang, hujung minggu tu semua berkumpul.

Malam minggu tu kami pun kuar. Saja pilih waktu malam untuk tengok wayang....sebab dah terbiasa kut.



Sementara tunggu ahpaknya beli tiket, meh kita bergambar dulu. 
Yang perempuan (pejam mata) tu adik aku, yang lelakinya tu anak buah aku.


Sekarang akak pula menyelit. Tinggi nya anak sedara aku sorang ni....ke memang aku yang katik


Dah setle beli tiket, kita pergi isi perut dulu. Sementara tunggu waktu tayangan, sempat la dulu bersembang.


Makanan yang diorder


Giliran tuan blog pula bergambar


Waktu ni tengah khusyuk makan....jangan nak pandai2 minta akak posing.


Setle makan, naik semula kat atas . Aniq sempat posing sebelum masuk.


Dua beradik yang teruja nak tengok spidy. 


Adam bergaya macho....tapi tangan tetap gaya yang sama.
Semua anak2 aku paksa bawa sweater. Dah la masuk panggung...malam lak tu. Jadi, bagi mengelak mereka kesejukan...memang aku paksa. Suka ke tak suka ke...lantak lah....janji aku tak dengar perkatan "Mama...sejuk la..."


Kakak pun nak posing gak....ambil gambar kenangan katanya.


Aku lak gi posing kat kedai Daiso sementara menunggu bapaknya beli popcorn.

Jangan terpedaya ye semua....cerita spidy ni lau tak silap aku bulan Mei....tapi aku yang baru nak terhegeh update cerita. 

Jangan kauorang salahkan aku lak. Kang tak pasal2 korang gi minta nak beli tiket citer spidy...memang tak ada la....


Hahaha.....memang best bila layan cerita anak2...pergi lak beramai2.

Indahnya kehidupan...dapat bersama menikmati saat indah dalam hidup.



Nanti kita nyembang lagi ye...akak nak buat kerja sikit.



Tulus Kasih,
Qasih Mama



Khamis, 26 Disember 2013

TENGOK WAYANG CITER THE HOBBIT

Tahun lepas dah janji ngan anak3 (masa citer the hobbit 1)...nanti lau citer the hobbit 2 keluar tahun depan, kita tengok kat wayang lagi. So...harusla mak tunaikan janji. Lagi pun kesian kat depa tuuu...cuti sekolah tak pegi ke mana2 pun...minggu lepas pegi ke Port Dickson pun sebab temankan maknya yang ayu ni pergi run program kat sana...kalau tak, nan adoooo.

Sebenarnya malam tu, kami laki bini mengemas rumah selepas buat plaster siling n tilekan dapur basah. Memang penat oiii...pukul 2 pagi baru siap. Nasib baik dapat laki pun sama sewel...mengemas malam2 buta...tak boleh tunggu esok. Memang pasangan yang secocok sungguh.

Jadi, sempena menghargai penat lelah sendiri...maka esoknya kami keluar bergumbira. Perjalanan hari tu agak panjang...mula2 pergi setlekan keperluan sekolah anak....kemudian beli sedikit keperluan dapur. Selepas setle semua, baru kami menuju ke AEON Bandaraya. Masa sampai sana ialah 9.00 malam. Tengok Show time chart...citer the hobbit  start kul 9.20 mlm dan 11.00 mlm...dalam hati kata memang tiket kul 9.20 memang tak ada...lau ada pun mesti seat depan sekali...kalau nak tengok kena dongak 90 darjah...tak mau la.

Nak beratur satu hal la pula....kemain ramai lautan manusia...maklumlah musim perayaan krismas. Tapi harungilah juga...demi sebuah janji...**gila tak boleh belah dengar ayat cam tu...macam poyo je kan**

Dan...memang sah tiket yang ada ialah kul 11.00 malam. Tanya anak3 diorang sanggup ke? Kalau masuk dalam panggung setakat nak buat taik mata, baik tak payah...rugi duit je. Masing3 janji tak nak tidur...tapi dalam hati aku tak berapa yakin...kalau tak mereka, mungkin aku...hahahaha.


Oleh kerana waktu tayangan lambat lagi....kita jalan2 cari makan dulu. Waktu ni lebih kurang pukul 10.00 malam...tapi mak dengan rasa tak bersalah telan KFC....camana tak mokk lau memalam pun bedal ayam goreng. Ya Allah...bantulah hamba mu ini kurangkan 6 kilo.....mau badan macam sebelum pindah ke Melaka. Minta pandai, usaha nan adooo.


Masing2 dengan gaya gedikkss...yang paling gediksss ialah sifu yang bertudung itu....paksa anak buat free stye...sekali aku punya style...kembangkan tangan kat muka jeee...tak kreatif langsung.



Apa yang Adam bagi warning tuu. 


Adam minta nak naik rusa...aku cakap mana boleh...itu untuk hiasan jee. Nasib baik dia dengar...lau tak urut dada mak kau ni.


Jom la kita naik layan citer lak.


Sepanjang tengok movie ni, nasib baik kami berjaya tengok dengan jayanya....kalau tak memang rugi. Yang buat taik mata ialah Adam sorang jee. Cerita ni habis kul 1.45 pagi...gila kematu bontot. 

Apa2 pun anak3 memang happy...dan sekali lagi mereka paksa aku buat janji nak tengok the hobbit 3 tahun depan...last episode katanya. Nanti kauorang tunggu la aku update citer ni lagi tahun depan yee. Apa2 pun citer ni memang best untuk di layan.



Tata

Isnin, 19 Ogos 2013

THE SMURF 2

Hari sabtu petang kita satu family gi tengok citer The Smurf 2.....dah janji ngan anak3 masa bulan puasa lagi, so terpaksa la tunaikan...lau tak pagi petang siang malam la mereka dok cakap benda yang sama. Kemain lagi kami rushing ke GSC mahkota Prade....citer start kul 6.15, kul 5.15 kami masih kat umah...rasa cam dah malas, tapi anak3 beria pula ngajak...pegi jugalah demi anak3. 

Sebelah pagi, aku n laki aku mengejat bahagian dapur basah...siap buat deko kat bahagian tu, aku pegi masak2 lak....dah setle masak2, kami sekeluarga pun melantak lah....bila dah melantak, paham2 je lah...mata pun mula la mengantuk...jadi masing2 terbongkang dalam bilik masing2. Sedar2 jam dah dekat kul 5...apa lagi, kelam kabut la semuanya bersiap. Masa nak pegi dah la kena menempuhi byk trafik light, jem lagi, mana nak cari parking lagi....nasib baik sampai kat kaunter tiket ngam2 kul 6.15...sempat la anak3 tengok citer tu.

Kami tak sempat nak bergambar sebelum citer bermula cam biasa...tapi kami tetap bergambar...kali ni selepas habis citer lak....hahaha...dasar gila bergambar sungguh keluarga aku ni.


My Heros


3 Lelaki pujaanku 

 

Demi anak3, bapa terpaksa layan tgk citer kanak2 riang


Aniq


Adam


Aufa


My Kiddos


Pengarang jantung hati mama


Penambahan permintaan dari anak3...nak tgk citer planes lak.....(garu kepala yg tak gatal)


Dah besar anak3 mama


Rileks jap kat dataran sambil makan ice krim...gaya paling macho la tu konon


Suka sangat lepak malam2


Bapa lak rilek jap untk smoking


My gegirl...kemain lagi