FOREVER

FOREVER

Rabu, 2 November 2016

BELI BUKU DI POPULAR

Minggu lepas anak dara akak balik bermalam kat rumah. Katanya nak beli buku latihan untuk persediaan peperiksaan akhir tahun kat maktab. Sempena popular bookstore ada buat sale.....maka kami pun menjengah la ke sana.
Setel beli barang anak dara....ahpaknya pula nak beli barang dia. Sambil duk nunggu bapak kat fitting room....kami dua beranak sibuk duk berwefie.

Nampak kerdil sangat gambar ni. Ini la jadinya bila ambil gambar dari atas...bukan dari bawah.


Yang ni ok sikit


Maknya tetap tak mahu kalah


Kakak punya kerja lah ni....sikit2 ajak bergambar....dah mak ko terinterprem



Ok...itu je lah nak citerr. 
Mesti tertanya-tanya mana hero akak lagi 2 ketul tu kan???   Sebenarnya depa tak mau ikut....nak duduk ngan mak sedara dia @ Usu....Mak sedara dia ada datang kat rumah hari minggu lepas.


Ok. Bye.





Rabu, 28 September 2016

BUAH MANGGA OH BUAH MANGGA


Balik kerja semalam.....naik kebun kat belakang rumah kejap. Niat nak jenguk buah mangga yang baru belajar berbuah tu. Ada la lebih kurang 8 biji rasanya.

Bila belek2 buah tu.....rasa kecur pula air liur. Rasa macam dah lama pula tak makan rojak mangga @ colek pauh. Dari niat nak jenguk2 terus rasa nak petik. Call shuben cakap nak petik mangga sebiji. Dia izinkan dan lau nak makan tu jangan lupa simpan untuk dia sekali. Hihihihihooo......dapat rasa mangga muda.

Yang lain tu akak simpan la.....tunggu betul2 masak. Akak petik sebiji je....buat hilangkan liur.




Pink kalerrr gituuu






Yang ni rasanya dah matang ni....tunggu waktu je ni




Akhirnya.......menjadi santapan.



Kebun ni terletak dibelakang rumah....kawasanyya berbukit sedikit. Jadi nak naik atas ni....ada tangga yang kami buat.

Hari minggu ni nampaknya kami akan habiskan masa di kebun kerana kebun dah semak. Kerja2 pembersihan harusla dilakukan.






Selasa, 27 September 2016

JALAN2 CUCI MATA DAN DOMPET

Hari Sabtu lepas akak kerja.....tengahari pula bergegas pergi jumpa kakak Aufa kat MRSM Muar. Dia nak outing katanya. Nak beli keperluan sekolah dan perut (makanan).

Lepas setel beli barangan dia, kami hantar semula dia kat mrsm. On the way balik, singgah kat masjid tepi jalan untuk solat Asar. Dah siap solat rasa lega sangat....boleh santai2 dalam kereta....
Kami singgah beli coconut shake dan burger tepi jalan....bersebelahan dengan tempat orang jual hasil pertukangan. Kebetulan memang dah lama niat nak singgah kat sini. Nak servay harga gazebo. Kebetulan hari ni kami tak ada apa2 aktiviti dan hari pun masih cerah....maka menyinggah la kami anak beranak.

Kami dah berkenan dengan satu gazebo kat sini. Tetus akak masukkan dlm wishlist. Tunguuu....pasti akan jadi milikku. Hehehehe....verangan lebih betul la kan?

Dah setel bertanyakan harga dan tengok design.......akak minta laki akak bawa akak ke Madam King....nak cari bekas makanan yang ada penutup. Kebetulan kat Madam King ada buat offer....terus kami ke Bandaraya pula.

Akak beli sembilan biji bekas makanan pelbagai size yang ada penutup tu. Akhirnya dah ada dalam koleksi sekarang. Senang bila nak hidangkan tetamu makan.



Yang berkenan di hati



Ala2 corell tapi sebenarnya opal. Akak beli yang corak simple tu....yg gambar kat atas. Akak beli setiap size 3 unit. Gambar yang 1.5L tak ada pula kat sini.

Itu je lah kisah hujung minggu kami......niat asal nak jalan2 cuci mata....tapi macam biasa la.....pasti akan tercuci dompet skali. 


Ok la....bye....bye....tata...titi.....titu.........



Khamis, 22 September 2016

TILE & AUTOGATE




Hola. Hari tu akak ada kata nak share pasal tile dan autogate kan? So hari ni akak tunaikanlah janjinya.

Plan nak buat outogate ni dah lama.......tapi checklist tu terpaksa dipostpone dari tahun ke tahun. Sebabnya ialah nak buat sekali dengan tile. Bila dah masuk tile ni....kewangannya pun kena lah diambil kira sebab kos untuk pasang tile ni agak besar jugalah bagi akak yang gaji tak berapa nak besar ni. 

Apabila kewangan dah mencukupi, maka selepas raya puasa hari tu...kerja-kerja pemasangan pun bermulalah. Mula2 panggil orang outogate untuk buat wiring dan pemasangan autogate....lepas tu baru panggil orang pasang tile. Untuk tile.....kami tak guna kontraktor. Kami beli barang2 sendiri dan cari orang untuk buat....just bayar upah je la kiranya. Jadi kosnya dapatlah dijimatkan di situ.

Gambar masa orang tengah buat wiring outogate akak lupa pula nak snap. Yang ada hanya proses pemasangan tile je. Pun bolehhhh la kan....




Pemasangan tile tengah rancak dijalankan. Hanya mengambil masa lebih kurang 3 hari sahaja....termasuklah pemasangan tile di tiang rumah dan pagar.



3 orang pekerja sahaja.



Sikit je lagi nak siap




Gambar setelah tile siap dipasang dan di basuh. Abaikan dinding yang belum dicatkan lagi tu yeee.
Design yang cukup simple. Tak mau yang pelik2...just line je.


Kaler yang akak dan shuben pilih ialah kelabu dan putih. Kat tiang pula kami sepakat pilih yang berbatu bata. Kalau ikut hati akak, akak nak kaler putih yang banyak, manakala line tu kaler kelabu. tapi shuben akak pula nak kaler kelabu banyak dan putih just buat line. Ding dong ding dong....kata sepakat diambil...maka terhasil la begini. Dia menang lah kiranya. Katanya asyik akak je yang pilih bila bab rumah....kali ni biar dia la pula yang pilih. Ok lah....kita kasi peluang dia pilih. Kan tak pasal2 nangis dalam almari lak. Susah tau bila orang tua merajuk ni. Mau nak kena buat pulut kuning bagai. Tak kuasa mak. Hahahhahah.





Rabu, 21 September 2016

SARDIN ROLL

Bila trobek balik gambar makanan ni....terus rasa meleleh air liur....lapaarrrr. Ini menu minum petang minggu lepas....sblm cuti raya haji.
Balik petang ni rasa nak buat.....tp lupa den tengah diet.....no sugar no karbo.....sedih.....menangis dalam hati menahan nafsu.

Sardin roll yang dah siap digoreng



Baru siap digulung



Intinya opkos la sardin....dah namanya sardin roll. Gila ke pa kalau namanya sardin roll tapi inti ayam. Sardin ni akak tumis dulu....tak nak bagi rasa hanyir ikan tu. Baru la rasanya mebeles.



Ini ialah roti yang hakak guna. Nak guna jenama apa pun terpulanglah....ikut selera masing2.
Nak guna kulit popia pun boleh.



Ok. Dah penat akak membebel. Buat lapar jeee.  Byee.


Isnin, 19 September 2016

DIET ON

Balik kg sempena Raya Haji baru ni, akak makan sampai lupa diri. Kejap2 makan.....kejap2 makan. Almaklumlah bukan selalu balik kampung kan, jadi akak manfaatkan diri dengan makan semua menu kegemaran. Tambahan pula bila berkumpul adik beradik....lagi la berselera makannya.

Maka apabila dah balik Melaka, eengan penuh sesalan dan nekad untuk diet. So hari ni diet akak pun bermula la.

Kat bawah ni ialah menu dinner akak. Telur gulung bersama timun. Balik kerja tadi nak cari salad sekali....tp dh habis la pula. Yang ada hanya timun je......timun pun timun la. Maka terhasilah egg roll cucumber.

Cayokkkk.....cayoookkkk....diet....diet....harap bertabah la hati ini.

Khamis, 8 September 2016

ROLLER BLADE


Gambar ni masa bulan puasa akak snap. Maknanya 2 bulan lepas la ni. Dah setel masak, akak lepak2 kat luar...sambil tengok anak main.

Diorang ni bukannya bangsa yang tahu penat ke....dahaga ke....puasa2 pun kemain ligat main...dah la cuaca panas. Lepas tu....bila kul 7 je....mula la buat hal....
mama...dahaga....mama.....tolong....kami tak larat. Masa main lupa semua tu. Heran mak kau ni.




With Ani Solehah....best fren dorang


Comel pula bakal menantu akak ni.....manis je orangnya.....
Bakal menantu untuk anak yang mana satu????  Hahahhahha...jeng....jeng....jeng.....untuk Adam. Sebenanrnya Ani ni tua setahun daripada Adam tapi Adam suka Ani. Mati la mak kau......mesti Adam marah mama ni sebab mama dah pecahkan rahsia. Harap Adam tak baca la entry ni bila dia dewasa kelak. Alahhhh kisah suka suki budakkkk. Hihihihi.....Shhhhhhhhh jangan cerita kat siapa2 tau.



ok. Bye . Itu je nak cerita.