FOREVER

FOREVER

Jumaat, 31 Oktober 2014

GAMBAR MAKANAN JEE


Oleh kerana hari ni hari Jumaat dan kebetulan perut tengah lapar, jom la kita cuci mata tengok makanan yang telah selamat aku makan .



Chicken Chop makan di foodcourt dalam Tesco


Sup sayur makan di Cafetaria depan kampus ni jeee.


Spagheeti...ini masak sendiri


Mihun tomyam makan di Restoran Naiman di Ayer Keroh. 


Makan Nasi goreng paprik di Restoran depan Bomba Alor Gajah...lupa nama restorannya.


Makan di Ayer Keroh


Mee Bandung di Restoran Rahmat Seafood




Ohhhhh laparrrr.......ok lah uollsss aiolls nak gi cari makan dulu.



Salam Jumaat.



Tulus Kasih,
Qasih Mama


Khamis, 30 Oktober 2014

SELFUS


Ini semalam punya cerita....Sementara menunggu anak bujang aku habis kelas agama, aku ngan anak daraku berselfus dulu. Kakak tak pergi kelas agama sebab dia kata dah tak belajar sangat sebab dia baru habis periksa UPKK...jadi waktu dia bersuka ria la..

Abang Aniq pula tengah buat Ujian akhir tahun sekolah agama...so tak boleh nak ponteng2.
Sementara menunggu...kami anak beranak bergambar perasan la dulu.

Adoiii ini idea anak dara aku la ni. Aku sebenarnya tak suka nak berselfie. Thats why mana ada gambar berselfie dalam fb aku....dalam blog lak...baru sekali rasanya.

Tapi demi anak...maknya ngikut laa.....



Kakak kata aku tak cantik pakai tudung ni.....nampak tua dari usia katanya. Ada ke macam tu....
Siap warning aku lagi...lain kali mama tak payah pakai tudung ni. Amboii...ini sudah lebih...kau kutuk mak kau depan2 yee. Sungguh kurang asam di situ.



Me n Kakak Aufa.....sedang berselfus atas kereta.


Sekian daaaaa





Tulus Kasih,
Qasih Mama






MAT REMPIT VS MINAH REMPIT


Minggu lepas aku ada pergi Johor Bharu rumah adik beradik aku. Kalau korang ikut blog aku, pasti korang tahu yang adik beradik, sepupu sepapat, saudara mara aku ramai tinggal kat sana. Aku pergi sana atas urusan kekeluargaan. Pergi pun satu malam je. Tak gi jalan mana2...melepak dalam rumah, bagi anak3 bermain dgn their cousin...mengeratkan silaturrahim. Kemain seronok budak3 tu.

Tengah-tengah dia main, sempat aku curi snap gambar anak bujang aku ngan anak dara adik aku merempit....kemain korang yee.



Amboi, amboi....kemain bonceng anak dara orang yee



Ek eleh....main jeling2 lak. Lempang nak...gaya menggoda sangat tu Adam oiii.



Adam tengah kontrol macho bila dia dah perasan aku snap gambar dia.
Siap suruh si Zara ni pegang pinggang dia lagi. Yang si Zara lak ngikut je arahan abang sepupunya. Ini sudah lebih. Ini tak adil...Abang, bila kita nak bonceng motor cam ni juga yeee. Uwaaaa...Ayang nak juga.



Tarik napas dalam2 mak kau ni.


Wau aksi manja dari Zara pula...abang macho tetap kontrol kemachoannya.


Sempat lagi si Adam jeling tengok tv. Hehehe...cerita hagimaru je pun.


Gaya yang tersangat la awesome dari mereka berdua. Teringat pula zaman muda2 dulu. Auww gedikss sangatkan.


Ok lah...itu je nak cerita. Akak nak sambung mengimbau kembali nostalgia zaman bonceng membonceng ni....lallalaalalala.






Tulus Kasih,
Qasih Mama



Rabu, 29 Oktober 2014

MALAS ATAU SEBALIKNYA


Bestnya.....lama bercuti daripada update blog. Wahhahahaha....
Aku ni jenis tak boleh malas update....lau dah start malas tu....berminggu la aku tak update. Usahkan nak update, nak buka pun malas. Jenis apa la perangai cam ni. Sengal memanjang.

Aku memang solute la kat rakan2 yang rajin update blog sehari boleh cecah 3 or 4 entry dia update. Bila baca blog orang, rasa nak lempang diri sendiri je.....nape la kau ni malas sangat Kak Jah oiii.

Hari ni aku gagahkan diri untuk update...tapi tak tahu nak story about apa. Aku main taip je la dulu ni...sebelum idea datang. Maaf lah ye korang...tak pasal2 pagi2 cam ni terpaksa baca tulisan merapu aku.

Errrmmm idea tak datang lagi....meh kita cari gambar mana yang belum tepek kat blog ni lagi. Jap yeee...akak cari dulu.

Ok....dah jumpa. Permulaan entry kita buka dengan acara makan2 dulu ye. Kisah ni awal bulan rasanya. Tapi ok la....masih dalam bulan yang sama kan???



Kami anak beranak gi makan KFC kat Tesco....sambil nak gi cari barang dapur sikit. Amboii...dengar je akak gi cari barang dapur terus buka mata besar2 ...tapi korang tak payah la nak terkagum sangat....bukan gi cari barang untuk masak pun....just pergi beli susu segar, air coklat, cornflek, cococrunch, roti, jem, nugget.....dan yang seangkatan dengannya (yg tak payah nak masak) hehehe. Yang nak kena masak akak malas nak beli....kan laki akak smash atas muka jeee "Beli pandai, masak malas". Tak pasal2 pula akak sentap. So, janganlah kita sentapkan diri sendiri.....beli yang senang2 je. Buka mulut, terus ngap...tak payah nak bersilat bagai kat dapur tu.


Kata nak diet...tak nak heavy dinner....tapi terpaksa bila makanan dah didepan mata.
Terpaksaaaa la sangat kan. Hahahaha



Adam tak gemar sangat KFC...dia more to Pizza. Lau dia boleh habiskan satu peha ayam, mau melompat aku tepuk tangan...eh tak...itu dah over sangat. Tapi yang pastinya aku cakap la "good boy". Lepas tu kemain dia riakkan diri yang dia dah habiskan seketul ayam. Perangai tu ngikut sangat.



My family


Actually kami memang suka dinner kat luar. Sebabnya....

1. Boleh borak-borak.....dengar masalah among each other....secara tak langsung boleh mengeratkan hubungan.

2. Boleh tukar2 menu (nampak sangat mamanya tak berapa pandai masak...asyik masak menu yang sama)

3. Bila kita makan kat luar...rasa kelainan di situ sebab bukan di rumah sendiri....sambil hirup udara luar. (lain eh udara kat umah dengan udara kat kedai)

4. Demi keseronokan anak2. Budak2 ni dia suka bila kita bawa dioarang kuar jalan2 cari makan.

5. Dan yang paling penting  mamanya tak penat. (Tepuk tangan semua). 

Korang bayangkan lah yee....balik je dari kerja, kita pun akan masuk dapur...pungpang pungpang...kul 7.00 baru siap. Lepas tu makan.....lepas makan, anak2 berlari gi tgk tv....bapanya gi smooking kat luar...maknya masih didapur ye...mengemas meja makan, basuh periuk belanga, mengemop lantai. Penat terjadi di situ...dan kita juga kurang berkomunikasi dengan anak2 n suami sebab asyik buat kerja jee....lepas satu, satu kerja yang perlu dibuat.

Tapi bila makan kat luar....kita just jerit kat anak2 pergi bersiap, suami drive, mamanya order....n makan together sambil borak2 bergurau senda, dengar masalah anak2 dan suami....
Siap makan, terus balik umah n teman anak study. Lepas anak study, teman suami tengok tv.
Rasanya di situ kurang la sikit beban kat diri ini. Waktu yang sepatutnya kita masak tu...kita dah boleh buat kerja lain. So rasa macam kita ada banyak masa untuk bersama mereka.

Tapi akak tak ada la kejam sangat....hari Sabtu dan Ahad memang akak akan masak dari breakfast, lunch hinggalah dinner. Sebab hari minggu kita banyak masa. Bila hari kerja, kita seakan-akan terkejar-kejar nak siapkan kerja rumah. Ya lah....aku sampai rumah dah 6.30 petang....mana nak masak, nak basuh baju, nak mengemas, nak menyapu, nak tengok2kan anak buat kerja sekolah, nak gosok baju lagi....eeee  macam2 la.

Jadi.....aku perlu hargai diri sendiri...aku kerja untuk apa sekiranya tak gunakan duit itu untuk menyenangkan kerja kita dan demi nak dapatkan masa berharga bersama-sama keluarga tercinta.
Kalau balik dari kerja, tapi masih bekerja...kesian kat anak2 rasanya. Mungkin bagi orang lain, lain pemikiranya dan caranya.

Hari bekerja pun tak ada lah aku memanjang nak makan kat luar...sesekali tu bila kerajinan melanda atau ada request dari anak or suami, aku tetap masak untuk mereka. Mereka kan syurga aku kat dunia ni.

Itu lah alkisah kehidupan aku sakarang. Kat depan hari tak boleh nak cerita lagi...manalah tahu...esok2 jadi rajin gilaa memasak....kita tak tahu kan. Mungkin ya mungkin tidak. Masa tu anak2 dah besar, dah boleh berdikari sendiri dah boleh basuh baju, sidai baju dan tolong mengemas rumah....jadi kita boleh luangkan banyak masa kat dapur....tak mustahil tu....
Tungggguuuuuuuuuuuuuu





Tulus Kasih,
Qasih Mama








Jumaat, 17 Oktober 2014

SYOKNYA TIDUR


Hari tu masa aku on the way dari kampung ke Melaka, kami konvoi. bukan ramai pun....aku n kakak ipar je pun. Oleh kerana kami sehaluan, maka anak SIL aku nak naik kereta aku kononnya ada kawan...Aniq n Adam.

Ya ampunnnn.....punya la bising dalam kereta bila berjumpa sedare...tak boleh nak cerita. Masing2 pot pet pot pet bercerita....lepas tu gelak...lepas tu bergurau lepas tu cerita balik....makan.....gelak...macam2 gaya macam2 perangai. Biarkanlah....janji happy dan tak melalak sudah.

Tengah2 duk bising tu....tiba-tiba aku rasa macam terputus siaran...senyap sunyi je. Sekali aku pusing ke belakang.....ermmmm tengoklah sendiri....




Terbongkang tengah buat tahi mata...patut la sunyi sepi.




Hehehehe....suka tengok gelagat anak. Tengok diorang tido pun buatkan rasa happy. Sengal sungguh aku ni. Ek eleh....korang jangan pepandai nak juihkan bibir kat Kak Jah yee...korang pun mesti sama.

Anak permata hati...dialah penyeri dan pengubat sepi. Terima kasih sayang kerana buatkan Mama sentiasa bahagia dan tersenyum. Sayang ualls ketat-ketat.



Tulus Kasih,
Qasih Mama

MUSIM BUNGA


Seperti yang sedia maklum, hobi Kak Jah sekarang ni ialah tanam bunga. Asal balik kerja je ngadap bunga...asal buka pintu rumah je ngadap bunga....sampaikan anak3 Kak Jah cakap yang akak ni lagi sayang pokok bunga berbanding dengan mereka. Ada ke dia bandingkan anak dengan bunga.

Sayang anak3 lain.....sayang pokok lain....mana boleh sama. Tapi lately ni akak memang suka ngadap bunga tambahan pula sekarang ni pokok tengah galak berbunga. Cantik...tenang je tengok. Suka 3333x

Tak caya.....nah akak belanja gambar bunga hari ni.



Pokok bunga kertas


Antara beberapa jenis pokok yang sedang berbunga


Pokok ni orang panggil YTT iaitu Yesterday, Today n Tomorrow. Pokok ni mengeluarkan haruman yang amat wangi.


Dalam satu pokok ada 2 kaler...satu putih, satu purple. Sebenarnya pokok YTT ni akan kuar bunga purple...lepas dua tiga hari dia akan bertukar jadi putih. Sebab tu la uolls tengok ada 2 version kaler. Gitulah kekdah ceritanya.



Sekian sudah kisah bunga. Nanti kita cerita lagi yeee.




Tulus Kasih,
Qasih Mama


Khamis, 16 Oktober 2014

KITCHEN DULU & SEKARANG

Hehehehehe....tajuk ngada2 sangat kan? Dulu dan sekarang konon...padahal baru tahun lepas buat kc.
Tak ada perubahan besar sangat pun.....setakat tambah eksesori sikit jeee.

Meh kita intai dapur Kak Jah jap yeee.....


Dulu


Sekarang......aku tampal wallpaper lebihan yang ditampal dalam bilik tidur aku.



Dulu....


Sekarang.....
Aku tambahkan pintu di tempat built in oven & microwave. Asalnya nak letakkan built in oven & microwave, tetapi memandangkan aku tak pernah gunapun oven yang ada sekarang...maka aku batalkanlah niat nak beli yang ribu riban tu....sebab yang kecil ni pun aku buat hiasan je. Yang selalu guna pun microwave jee....tapi aku beli yang kecil je la...tak buult in pun...janji ada. So, jalan penyelesaian supaya tak nampak rongga....kita tutup guna pintu. Hehehheee. Selamat.


Dulu.....kosong je.


Sekarang ....
Dah meriah. Dan aku juga letakkan alas patchwork kat situ supaya selesa dan lembut untuk dipijak. Nak jaga kaki uollls supaya tak kematu. Maklumlah rajin bebenor masak...24 jam duk kat situ (sila jangan percaya) hahha. Kalau laki aku baca ni, mahu dia hakkktuii je apa yang aku cakap ni. 
Ai rajin la masak.....eh salah...beli yang dah masak. Hahahaha


Di serikan sikit dengan hiasan. Pasu dari Ikea, bunga dari Kaison. Tak mampu uollss nak ber SFF sangat.



Dan disemakkan lagi dengan perkakas dapur.


Hehehe...inilah dapurku seadanya...setelah setahun kududuki.


Tatata...





Tulus Kasih,
Qasih Mama


Rabu, 15 Oktober 2014

MR.D.I.Y


Hari Jumaat Melaka cuti. Pagi macam biasa siapkan bekpes untuk my family...kemas rumah n masak luch sekali. Petang rehatkan badan jap. Bangun tidur..ajak hubby ke Mahkota Prade...nak cuci mata kat Mr. D.I.Y. Hubby kata tak nak kuar petang sangat coz nak tengok bola malam tu. Dia kata lau nak pergi kena awal. Huhuhu....ai biasanya kuar dah dekat kul 6 ptg n bawa kemalam. Hari tu terpaksa kuar sebelum asar n balik umah sebelum maghrib. 

Ai ok je B asalkan u bawa ai ke Mr. D.I.Y. Jom anak3 kita kuar.


Menuju ke Mr. D.I.Y


Sedang elok nak masuk ke kedai aku nak tuju....laju je laki aku melangkah masuk kedai Sport.
Ikut je lah bos besar. Yang ni gambar bos kecik...nak posing dulu  katanya.


Aniq nak posing ala patung display. Macam2 depa ni tau. Pening kepala cheq.


Adam kata baju dia dah matching ngan patung tu...merah biru n siap ada gambar bola lagi.
Nak bergabung jadi satu team. Dia kata abang Aniq tak boleh join sebab baju tak sama. Dah si abang terpaksa sorokkan badan dia.


Nak suruh patung peluk dia pula. Hadoii pening layan kiddos. Bapak pula sibuk pilih sandle. Dah terpaksa aku yang handle budak dua ketul ni.


Kakak yang snap....bergegar. Kena belajar lagi ni kakak.


Gambar yang ni dah elok....tiba2 cinonet ni datang berlari bawa bola. Apa pun tak boleh tau.


Dah...minum air kelapa ni...duduk diam2 mama nak tengok apa yang bapak korang tengah buat tu.


Ooooo...dia pergi beli selipar ni rupanya. Siap ofer kat aku suruh ambil satu. Aku cakap aku tak boleh pakai selipar Adidas...nanti gatal kaki. Kaki aku ni tahap selipar Abibas je Huhuhu.


Anak bapa....berkepit jeee.


Konpius jap....siapa yang bertujuan  datang Mp ni ye...Aku ke Dia?


Dah setle urusan dia...meh selesaikan urusan akak lak ye. Sampai sudah ke Mr. DIY.....sebelah kedai Al Ikhsan je pun....


Kaki melangkah...
Terus teruja. Niat nak cuci mata...rupanya terus cuci dompet. Hehehe. Inilah wanita...realitinya di sini.....tagline baru...ingat akademi fantasia je ke ada tagline. Akak pun ada tau.

Setle pergi Mr. DIY, ajak laki ke Kaison pula.... nak beli bunga sikit. Setle ke kaison, pergi lak ke Daiso...pergi cari bekas abu rokok (ashtray) laki aku lak. Yang sedia ada dah pecah. Kita ganti baru. Lau tak...berbulu je mata aku ni nampak kelibat abu rokok dia. Kadang dalam singki...lau tak sempat nak buang dalam tong sambah...tercicir atas lantai. He nak marah dah besar panjang....tapi berleter tetap kena...biar bernanah sikit telinga dia. Last sekali minta aku tolong belikan yang baru.
See...itu pun akak yang kena beli. Merokok pandai....beli tak pandai. Bak sini duit ganti balik. Apa????? upah jadi driver bawa ke MP. Ok, fine...bolehlah.


Setle sudah kehendak di hati. Boleh tidur aman ni. Hiihihi.



Tulus Kasih,
Qasih Mama




Selasa, 14 Oktober 2014

LIKE MOTHER LIKE DAUGHTER


Bila anak2 dah besar panjang ni.....macam ni la jadinya. Nak bergaya je kerjanya. Lau aku beli shawl, dia nak shawl....kalau aku beli dress dia nak beli dress. Pantang tengok aku beli sesuatu pasti dia nak juga. Suka sangat dengki dengan mak tau. So sekarang ni bila aku beli apa2 untuk diri aku, mesti akan belikan juga untuk dia.



Kakak yang dah besar panjang....makin ayu. Kalau dia tahu aku puji dia ni....mau dia riak. Korang jangan pandai2 nak bagi tahu yee. Hahahha.


 Sibuk minta aku ambil gambar dia. Almaklumlah....First time pakai shawl gi kuar jalan2.


Aku pun apa kurangnya...bergaya dengan shawl yang baru beli.


Minta kakak yang snapkan gambar sementara tunggu bapanya setlekan urusan. Berbulu je kakak nak layan karenah mamanya yang ngada2 ni.





Ini ialah gambar yang kakak snap malam sebelumnya. Malam tu kami gi dinner kat tesco....kiddos nak makan chicken chop...dah alang2 ke sana, aku termasuk ke kedai tudung (ke aku saje2 nak masuk)...dah aku terbeli 3...4 jenis shawl . Belikan untuk kakak sekali. Esoknya aku tengok Handphone aku penuh dengan gambar trial pakai tudung oleh kakak. 

Kemain kau kan kak......menyelpie je kerjanya.

Inilah anak dara kesayangan ku.....dialah anak tempat aku bermanja, dialah kawan tempat aku mengadu, dia lah musuh tempat aku bergaduh.....huhuhu...seribu satu cerita bersama dia.


Mama Sayang KAKAK Selamanya....hingga ke Syurga.



Tulus Kasih,
Qasih Mama