FOREVER

FOREVER

Jumaat, 17 Oktober 2014

MUSIM BUNGA


Seperti yang sedia maklum, hobi Kak Jah sekarang ni ialah tanam bunga. Asal balik kerja je ngadap bunga...asal buka pintu rumah je ngadap bunga....sampaikan anak3 Kak Jah cakap yang akak ni lagi sayang pokok bunga berbanding dengan mereka. Ada ke dia bandingkan anak dengan bunga.

Sayang anak3 lain.....sayang pokok lain....mana boleh sama. Tapi lately ni akak memang suka ngadap bunga tambahan pula sekarang ni pokok tengah galak berbunga. Cantik...tenang je tengok. Suka 3333x

Tak caya.....nah akak belanja gambar bunga hari ni.



Pokok bunga kertas


Antara beberapa jenis pokok yang sedang berbunga


Pokok ni orang panggil YTT iaitu Yesterday, Today n Tomorrow. Pokok ni mengeluarkan haruman yang amat wangi.


Dalam satu pokok ada 2 kaler...satu putih, satu purple. Sebenarnya pokok YTT ni akan kuar bunga purple...lepas dua tiga hari dia akan bertukar jadi putih. Sebab tu la uolls tengok ada 2 version kaler. Gitulah kekdah ceritanya.



Sekian sudah kisah bunga. Nanti kita cerita lagi yeee.




Tulus Kasih,
Qasih Mama


Tiada ulasan:

Catat Ulasan