FOREVER

FOREVER
Memaparkan catatan dengan label Home Sweet Home. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Home Sweet Home. Papar semua catatan

Khamis, 22 September 2016

TILE & AUTOGATE




Hola. Hari tu akak ada kata nak share pasal tile dan autogate kan? So hari ni akak tunaikanlah janjinya.

Plan nak buat outogate ni dah lama.......tapi checklist tu terpaksa dipostpone dari tahun ke tahun. Sebabnya ialah nak buat sekali dengan tile. Bila dah masuk tile ni....kewangannya pun kena lah diambil kira sebab kos untuk pasang tile ni agak besar jugalah bagi akak yang gaji tak berapa nak besar ni. 

Apabila kewangan dah mencukupi, maka selepas raya puasa hari tu...kerja-kerja pemasangan pun bermulalah. Mula2 panggil orang outogate untuk buat wiring dan pemasangan autogate....lepas tu baru panggil orang pasang tile. Untuk tile.....kami tak guna kontraktor. Kami beli barang2 sendiri dan cari orang untuk buat....just bayar upah je la kiranya. Jadi kosnya dapatlah dijimatkan di situ.

Gambar masa orang tengah buat wiring outogate akak lupa pula nak snap. Yang ada hanya proses pemasangan tile je. Pun bolehhhh la kan....




Pemasangan tile tengah rancak dijalankan. Hanya mengambil masa lebih kurang 3 hari sahaja....termasuklah pemasangan tile di tiang rumah dan pagar.



3 orang pekerja sahaja.



Sikit je lagi nak siap




Gambar setelah tile siap dipasang dan di basuh. Abaikan dinding yang belum dicatkan lagi tu yeee.
Design yang cukup simple. Tak mau yang pelik2...just line je.


Kaler yang akak dan shuben pilih ialah kelabu dan putih. Kat tiang pula kami sepakat pilih yang berbatu bata. Kalau ikut hati akak, akak nak kaler putih yang banyak, manakala line tu kaler kelabu. tapi shuben akak pula nak kaler kelabu banyak dan putih just buat line. Ding dong ding dong....kata sepakat diambil...maka terhasil la begini. Dia menang lah kiranya. Katanya asyik akak je yang pilih bila bab rumah....kali ni biar dia la pula yang pilih. Ok lah....kita kasi peluang dia pilih. Kan tak pasal2 nangis dalam almari lak. Susah tau bila orang tua merajuk ni. Mau nak kena buat pulut kuning bagai. Tak kuasa mak. Hahahhahah.





Rabu, 7 September 2016

RAK KASUT

Tak tahu la nak cerita pasal apa hari ni.....itu yang kuarkan topik rak kasut ni. Rak kasut kat rumah akak tu sebenarnya dah roboh pintunya. Bila buka je pintu, konpem tercabut. Dan terpaksa la pelan2 akak sendal balik. Sedeeeeehhh.

Bila dah berbulan2 dengan situasi cam tu, akak dah tak boleh tahan....dengan habuk pintu tu berterbangan...bersepah2 kat bawah tu.....oiiiii sakitnya mata turun di hati. Terus cakap ngan hubby nak buat rak kasut aluminium....tak nak kayu2 lagi....nanti cepat rosak...almaklumlah panas matahari dengan tempias hujan pasti akan buatkan kayu tak tahan lama.

Terus call orang aluminium datang ukur. RM 900 katanya. Tak tahu la mahal ke murah....tapi rasanya dah ok kut.....dengan material dia full aluminium dan panjang hampir 6 kaki. Oleh kerana rak kasut ni nak pasang kat luar, akak pilih kaler putih....kalau berhabuk pun tak la nampak sangat. Kalau warna hitam, konpem pagi lap....tengahari dah nampak habuk. Tak kuasa akak nak rajinkan diri dgn mengelap sejam sekali.

Gambar seperti di bawah la yeee. Masa diorang tengah buat kerja pemasangan, akak curi2 snap.....takut la pula dia kata akak sewel ke apa kan.


Gaya dah macam wanita james bond la pula akak ni....snap gambar curi2 sambil buat2 makan ais krim. Kononnya tak nak bagi diorang perasan.


Beginilah hasilnya....



Nampaknya kasut akak mendominasi rak ini....hahhahahhahahha beta sungguh bangga. 6 seksyen akak punya...mr hubby hanya 2. Opppsssss.....harap2 dia tak baca la entry ni, lau tak....konpem akak dikenakan sekatan pembelian kasut baru.

Rak ni just kasut yang biasa2 je. Lau yang mahal sikit tu, kita letak la kat rak kasut dalam rumah. Baru la selamat. Tak gitu   +_______________+







Jumaat, 26 Ogos 2016

TAMAN MINI

Hari Sabtu minggu lepas kami laki bini buat operasi ni. Kekononnya nak buat taman mini laaaa....

Perkara pertama yang dibuat ialah, kami pergi nurseri beli pokok bongsai, pokok hiasan, pasu, stand, tanah dan batu. Esoknya pula kami pergi order nbatu kerikil kat kedai hardware. 

Maka malam tu pun bermulalah operasi kami. Sabtu Malam Ahad lau tak silap. 




Mula2 kami punggah tapak batu asal....letak kat luar rumah.



Gambar setelah kawasan ni diclearkan. Lepas tu kami start punggah pula batu kerikil yang dibeli dan diletakkan dikawasan yang telah dibersihkan tu.



Kemudian kami mula letakkan pokok2 yang telah dibeli.



Dan......inilah hasilnya.....




Sebenarnya Taman Mini ni tak siap sepenuhnya lagi. Insyaallah lepas raya haji ni....akan ada tempayan dan mini air terjun. Tempayannya kami akan ambil kat kampung dan mini air terjun pula masih dalam proses mencari.

Kos seperti yang didalam gambar ni ialah:

Pasu Putih : RM 60
Stand : RM 10
Pokok Bongsai : RM 130
Pokok Kipas : RM 40
Pokok lily : RM 5
Pokok dalam pasu hitam : RM 5 satu (Beli dah lama...pokok kecil lagi)
Pasu hitam : RM 10 satu (dah lama beli)
Batu Hiasan  : RM 30 (3 Bag)
Batu Kerikil : RM 30
Pokok Keladi : Percuma (Jiran sebelah rumah bagi)
Bongkah batu : Percuma




Ini pula ialah.....air pancut mini yang dalam perhatian akak.



Cantik dan uniq.....love it


Simple tapi nice....tenang je nampak....less is more


Modern style.....





Insyaallah.....hope my dream come true......nak sangat suasana tenang sambil mengopi di taman.....dihembus bayu malam....sambil mendengar deruan air.....mata pula tenang melihat kehijauan alam....aduuuuhhhhh kuatnya akak verangan.....

Tapi, hidup ini perlu ada angan2 kan.....tanpa angan2 hidup tiada seri.


Ok....sekian dulu dari hakakkkkk. Ada masa kita berceloteh lagi yeeee.

Bye.





Rabu, 17 Ogos 2016

WET KITCHEN

Mcm yang hakak pernah cerita sebelum ni.....rumah akak ni ada dua dapur wet and dry kitchen.
Wet kitchen akak ni jenis yang open air.......memang dr dulu memang dh pasang impian nak buat mcm tu. Akak ni kan bangsa kampung, harus la ada port melepak masa memasak....makcik2 sgt dah aku ni kan?

Sebelah kiri dapur basah ialah laman rumah.....belakangnya pula kebun. Itu yang syok masak kat luar ni.....boleh hirup udara segar.....sambil2 tengok anak main kat laman dan suami berkebun kat atas.
Lagi satu suka masak kat sini coz senang nak capai kunyit ke....lengkuas ke....serai ke......semuanya sekeliling je....segar dr ladang. Bila nak guna baru petik.....huhuhuhu.....heaven....



Ini ialah hasil keras tangan me and hubby. Di perbuat daripada pallet kayu pine. Saja nak konsep rustik sikit kat area ni. Baru rasa feeling duk kampung.




Pandangan mengadap kebun kecil kami....nampak tak serai yang merimbun tu.....
kan akak cakap...nak masak baru ambil.



Pandangan sisi kebun kecil kami....adalah tanam dua tiga jenis pokok...nangka, rambutan, pisang, mangga king, mangga epal, mangga delight, nenas, manggis dll. 




Sebelah kiri pula tempat sidaian. Nampaknya dinding ni dah nak kena cat balik ni......dah scray tengok....


Selepas siadaian ialah laman rumah.....


Haaaaa....itu je lah yang nak kongsi ari ni. Ada masa dan ada kerajinan akak post lagi lah yeee.


Bye....salam sayang dari Kak Jah da Booooommmm.









Selasa, 16 Ogos 2016

LANGSIR BARU


"Pejam celik....pejam celik......rupa-rupanya dah empat tahun kita berpindah ke rumah ni ye bang. Maknanya juga....sudah empat tahun tak bertukar langsir......macamana nak basuh yeee....harus beli baru niiii. Beli bukan apa....sebab nak buat tukar2 ....tak adalah masa nak basuh langsir lama tu, rumah ni telanjang tak ada baju......apa pendapat awak bang?".....Ececeeeee...nampak tak permainannya disitu. Acah acah tanya pendapat padahal memang dah pasang niat nak tukar baru. Hantu punya bini....hahhahah.

Masa bulan Mei hari tu akak ada dapat duit return lebihan bayaran cukai......so apalagi....barangan dalam target harus dicapai cepat2 sebelum uwangnya melayang.

Masa pergi ambil anak yang outing asrama kat MRSM Muar tu....akak terus lajakkan ke Tangkak.....memang dah niat nak gi cari langsir. Satu Melaka akak cari kaler yang akak nak....semua tak memenuhi citarasa. Mungkin sebab langsir putih ni jarang orang pakai kot. Ada juga jumpa kain yang putih....tapi material dia pula yang akak tak berkenan. Akak lau boleh nak yang jenis berat dan jatuh bila dipasang tu. Heeeeee ngada2 sangat perangai ni....makin tua makin menjadi.

Nasib baik masa pergi ke kedai ni...akak jumpa la langsir kaler putih...kain berat. fuuuuuuhhhh tarik napas lega. Tak payah nak pusing kedai lagi. Terus setuju....bagi ukuran langsir...bayar deposit...setle.





Niat di hati nak macamni.....tapi nak dapat sebiji sebijun macam ni memang mustahil laaa....sebab ni aku minta dari pakcik google je.




Janji hitam putih.....iras2 sikit jeee....alaaaaa boleh la dari tak ada iras langsung tu kan???? Tapi tak jelas sgt gambar ni kan?




Day curtain yang kat dalam tu beli kat Nagoya.....jumlah total day curtain dengan upah ialah RM170
Manakala Night Curtain pula beli di Tangkak......total kain dan upah ialah RM600
Keseluruhannya ialah RM 770 untuk satu sliding door dan 4 panel tingkap 1 daun.


Jenis materialnya....


Yang ni pula yang dalamnya tuuuu.....




Dalam tepon nampak penuh langsir ni....bila tepek kat sini, nampak bawah la pula. Malas akak nak edit....so tengok jelah yang ni pun.






Huuhhhh lega. Akhirnya bertukar baju juga ruang ni setelah 4 tahun baju yang sama. Nannanannannnana....gembiranya hati. Dah korang boleh buat kerja masing2 ye....akak nak sambung nyanyi.



Tata.....






Jumaat, 12 Ogos 2016

LANTAI VINYL

Assalamualaikummmmmmmm.....Halloooo sista semua...ahkak dah kembali bersiaran.

Sebelum tu nak tarik nafas dalam2 dulu. Mengucap panjang bila tengok tarikh last update blog. Kena tarik hembussss....tarikkkkkkkk.....hembussssss. Semput akak tengok tarikh last tuuuuuu....gerun pun ada. Mau fengsaannnn ni. Nampak nau pemalas tahap gaban kan????? Last update tahun lepas....tahun ni dah nak nak menghala ke penghujung dah ni.

Laki akak banyak kali bebel....nape tak update blog......buka asyik benda yang sama je katanya. Ek elehhhhh...konon hari tu dia kata blog akak ni blog sendu....last2 yang sendu ni laaaaa yang dia duk rindu nak baca. 

Dah terlanjur update ni, akak nak citer la pasal akak pasang vynil floor kat umah akak. Akak pasang ni tahun lepas lagi...tapi tahun ni baru nak citerrr. Tak apalah kan, janji adoooooo. Akak bukan apa, masa akak nk buat outogate kat umah akak....punya lah akak cari info pasal jenis dan harga auto gate....tapi tak banyak update story yang akak dapat. Dan masa ni lah rasa terbit keinsafan di hati untuk update blog pasal apa sahaja info agar senang orang boleh rujuk. Macam kes akak tempohari....akak main beli je lah....sebab susah nau nak cari pengalaman orang yang dah pasang outogate. Ye lah....kita bukannya apa...just nak tahu jenis dia, baik buruk dia...harga dia.....agar tak tertipu. Tapi alhamdulillah akak dah selamat pasang dah pun. Story pasal autogate tu lain kali lah pula akak bercerita yeee.

Berbalik kepada kisah vynil tadi.......

Akak sebenarnya pasang vinyl ni tahun lepas...masa tu akak ke Home Dec. Malam minggu tu kami keboringan sebenarnya. So akak pun ajak la hubby jalan2 ke Home Dec. Niat asalnya just nak cuci mata je. Tak ada niat sebesar kuman pun nak beli apa2. Ye lah......saja2 nak jalan. Nak pasang vynil ni memang ada dalam wish list...tapi bukan dalam masa yang terdekat la....munkin 2-3 tahun akan datang. Setakat ni, yang keperluan dah penuh kat umah tu.....macam vynil floor ni just kehendak....so pelan2 la....n tak terfikir pun lagi.

Tapi...bila dah pergi tu.....tiba2 je terminat dengan lantai tiruan ni........masa tu juga bincang ngan my hubby....and cakap macam nk pasang je kat umah. Minta izin ngan hubby and akak janji yang pasal lanyai ni akak yang akan bertanggungjawab berkaitan bayarannya. Hahahaha...gitu. Minta izin itu perlu yeeeeee...hehehhee.

Kat both ni dia tawarkan macam2 jenis lantai....vynil atau kayu lamina. Dan masing2 ada macam2 jenis kreteria.......macam2 jaminan.....macam2 ketahanan.......macam2 ketebalan.....tepuk dada tanya selera je. So, akak putuskan nak yang jenis vynil....sebab....bukan sahaja kalis air malah dia juga tahan air...malah boleh jika nak pasang dalam bilik air sekalipun. Biasanya vynil ni orang pasang kat dapur je....tapi akak semua balun vynil ni pasang kat ruang tamu, ruang menonton dan wet kitchen. 

Memandangkan akak ni masih ada kanak2 ribena kat umah...so keputusan untuk pasang vynil ni memang tepat lah. Bila air tumpah pun....tak payah la nak bergegas lap...takut kayu kembang dan sebagainya. Sekarang ni pun  kayu lamina memang dah kalis air...tapi dia tak tahan air....lau tumpah air memang tak apa....tapi perlu mop segera la....takut dia masuk di celah2 penyambung....nanti lama2 sambungan antara lantai ni akak terjungkil...eh ke orang cakap apa ye....macam susah pula nak buat ayat. dan satu lagi...lau lamina flooring ni, lau nak mop dia, perlulah kain pengelap tu betul2 lembab...jangan basah...khuatir takut boleh rosakkan kayu tu. mungkin setahun dua ok....tapi bila dah selalu mop dengan kain basah, dikhuatiri boleh menjejaskan kayu tersebut. TAPI...bagi sesiapa yang nak pilih dan menyukai nilai estetika kayu....boleh la pilih lamina flooring. Baru betul2 boleh feel.....kekayuan tu. Gituuuuuu. Tapi akak ni jenis yang jenis tak ada nak kekalkan gaya estetika bagai....janji senang dijaga dan tahan lasak.

Anak2 akak ni bukannya boleh dipercayai sangat.....bila tumpahkan air tu.....cepat2 dia gi sapu......takut kita tahu....padahal sapunya acah2 je.....saki baki air tu bukannya bersih. Mana la tahu......dibuatnya kita tak perasan dia dah tumpahkan air kat cerok dinding....dibiarkan pula semalaman......mau bertempik akak.....So dengan vynil ni dah tak perlu risau la....kau nak siram air pun akak tak kisah...janji korang mop la sendiri ....hahahha. Hati pun tenang.......tak gitu.

Vynil ni ada dua jenis gak...yang klick ataupun yang jenis gam. Tapi akak pilih yang klick la. Bukan apa....andai kata la kita nak pindah atau nak tukar yang lain...dia boleh cabut dan tidak mengotorkan tile yang sedia ada. Harga dia mahal sikit daripada yang jenis gam. So kita boleh pilih la mengikut bajet kita. 

Dan satu lagi tips nak pilih harga lantai ni ialah......tanya dulu harga yang ditawarkan tu dah includes pemasangan dan alihkan barang dalam rumah kita tu. Setengah penjual tu memang dia letak harga rendah sikit, tapi harga transpotation lain, harga alih dan letakkan semula perabut tu lain. Bila dah kira2 jadi mahal. So jangan tertipu lah yeee. Tanya secara detail. Yang akak punya ni akak dah tak ingat berapa satu sf...almaklumlah...dah setahun berlalu. Tapi yang pasti harga keseluruhan ruang akak buat, kecuali bilik tidur ialah lebih kurang RM 5K.


Ini adalah antara koleksi yang ada....boleh pilih macam2 ada....


Ini pun sama.....



Sewaktu pemasangan diruang tamu dilakukan 



Yang ni pula bahagian wet kitcen


Taraaaa....ini kaler yang akak pilih......rustik.....akak memang nak kaler yang lembut dan cerah...agar efek ruang rumah nampak luas. So akak pilih kaler yang ala2 light grey in rustik sikit.



Yang ni pula kaler kat wet kitchen.....saje ambil kaler gelap sikit sebab kat dapur kan....tak nak nampak kotor tumpahan air la....percikan minyak or sebagainya lah.





Close up corak dan kaler ......wet kitchen





Close up corak dan kaler ......Ruang tamu dan menonton


Ok...itulah dulu mukaddimah celoteh akak pada tahun ini. Hamboooiiiiii...nampak tak tahap kerajinan akak di situ....mukaddimah (permulaan) entry tahun 2016 ialah pada bulan Ogos....kau hadooooo.



Jangan marahhhhhh....









Rabu, 25 November 2015

SOFABED


Lepas raya hari tu....kami suami isteri berpakat nak let go sofa L-Shape kami kepada sesiapa yang berminat....percuma jeee.

Dan alhamdulillah proses tersebut telah berjalan dengan lancar.


Aku memang dari dulu nak kawasan menonton ni lapang jeee...senang nak baring-baring. Tapi laki aku ni degil....sibuk nak juga sofa kat sini. Dah la sofa aku hari tu kemain gedabak. Tapi bagi memenuhi citarasa setiap penghuni kat dalam rumah ni, maka aku redho dengan kehendak dia.

Bila lama-lama....dia pun mula rasa bosan (setelah 2 tahun lebih kami pakai). Tapi sebenarnya aku yang kuat menghasut supaya kosongkan tempat ni....hihihihi. Jahatnya aku.

Aku bukanya tak nak sofa langsung kat sini.....tapi jenis yang simple n minimal sudah la. Tak mau yang bosau2 tu....kocik2 udah le.

Setelah 2 bulan sofa L-shape kami let go, laki aku ajak aku ke kedai perabut untuk servay harga tilam. Ingatnya nak gantikan tilam bilik boy n girl aku tu. Tilam yang sedia ada tu dah lama....kami angkut dari rumah lama lagi.

Dalam duk menjelajah kedai tu....mata aku ni tiba2 kerol dan terpandang sofabed. Ohhh...terus jatuh hati pandang pertama. Cakap dengan shuben...dia tak layan...hhuhuhuhu...sampai hati u tak layan i. Dia siap warning lagi...."ingat tujuan asal kita datang ke sini ye".
Terus aku simpankan saja niat di hati ini.

Tapi sumpah aku cakap....malam tu tidurku tak lena...terbayang2 sofa itu. Bagaikan melambai2 ke arahku. Mulalah sel2 otakku bersambung. Strategi harus dipasang. Pujukan harus dimulakan secepat mungkin dengan cara terancang.

Keesokkanya....aku wassap laki aku.....cakap yang aku amat berkenan sekali sofabed tersebut. Aku tanya dia cantik tak....dia cakap bolehla....
tak pe.....aku cuba lagi....aku kata lau letak kat ruang menonton mesti best n cantik coz boleh jadikan katil. Hasukan demi hasukan aku wasap kat dia. Dan akhirnya dia kata ..lau nak beli, beli je lah...tak payah nk cakap banyak. Dan dia cakap dia luluskan tanpa bajet....waaaaaaaaa.
Nak kena kuarkan duit sendiri la ni nampaknyya. Tapi dek berkenan punya pasal....terus tengahari tu juga aku pecut ke kedai perabut tersebut.

Petang tu perabut idaman hati pun selamat mendarat dirumah kami.
Hahahhahahah...beta gumbira.


Memaparkan 20150915_005037.jpg
Inilah yang berjaya mencuri mata aku tempohari


Kasi zoom sikit




Simple je kan.....i like


Dan aku letakkan 2 ketul beanbag kat sini
Inilah tempat lepak2 sambil tengok tv kami anak beranak.

Selasa, 24 November 2015

MENANAM RUMPUT KARPET



Hari ni teringin nak cerita tentang kami suami isteri menanam sendiri rumput karpet di laman rumah kami. Penat tu jangan ceritalah.....hanya tuhan je yang tahu. Macam nak patah tulang belulang.




Pagi-pagi lagi kami laki bini bangun....bersemangat sangat dah ni.....



Seminggu sebelum menanam rumput ni, shuben aku dan racun siap2 tanah ni


Pagi tu, perkara pertama yang kami buat ialah buang lapisan tanah bahagian atas 





Ini ialah rumput yang bakal kami tanam. Rumput karpet philipine namanya. Kami beli di Sungai Buloh RM1.30 sekeping (1x2)


Pada hari tu kami ada upah dua orang pekerja Indonesia untuk membuat tapak tempat lapik kerusi


Sementara mereka dengan kerja mereka, kami pula dengan kerja meratakan pasir di atas permukaan tanah yang telah dibuang tadi.

Ini ialah tapak tempat letak kerusi batu kami.


Ini ialah gambar sebelum dan selepas tanam rumput.
Kami snap gambar ni waktu maghrib....setelah selesai acara menanam.
Waktu ni nak jalan tegak pun dah tak boleh....bongkok semacam dah rasa.



Kami tanam berperingkat...
Memandangkan laman rumah kami agak luas juga, kami putuskan untuk buat tiga peringkat.
Gambar ni ialah penanaman peringkat kedua. Tinggal sikit lagi perlu kami habiskan. 
Yang hujung sana tu kami memang dah tanam awal2 lagi....masa cuti hari merdeka tempohari.


Di bawah ni pula ialah gambar rumput yang kami tanam yang berumur lebih kurang 2 bulan


Gambar ni diambil jam 9.00 malam


Gambar ni diambil jam 7.30 malam


Waktu ni jam 6.30 petang


Gambar ni pula ialah jam 5.30 petang.


Dulu kami pernah minta qoatation daripada beberapa buah nurseri....rata2nya rate yang diberi ialah antara RM3.5k hingga3.8k.

Bila kami buat sendiri.....kosnya adalah RM1k sahaja termasuk harga rumput dan pasir.
Jimat 2.5k.

Tapi penatnya hanya tuhan sahaja yang tahu. Walaupun begitu, kepuasan juga sukar untuk digambarkan. Memang teramat2 puas. Inilah yang dikatakan kepuasan mengatasi kepenatan.




Tulus Kasih,
Qasih Mama