FOREVER

FOREVER
Memaparkan catatan dengan label Jalan-Jalan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Jalan-Jalan. Papar semua catatan

Rabu, 2 November 2016

BELI BUKU DI POPULAR

Minggu lepas anak dara akak balik bermalam kat rumah. Katanya nak beli buku latihan untuk persediaan peperiksaan akhir tahun kat maktab. Sempena popular bookstore ada buat sale.....maka kami pun menjengah la ke sana.
Setel beli barang anak dara....ahpaknya pula nak beli barang dia. Sambil duk nunggu bapak kat fitting room....kami dua beranak sibuk duk berwefie.

Nampak kerdil sangat gambar ni. Ini la jadinya bila ambil gambar dari atas...bukan dari bawah.


Yang ni ok sikit


Maknya tetap tak mahu kalah


Kakak punya kerja lah ni....sikit2 ajak bergambar....dah mak ko terinterprem



Ok...itu je lah nak citerr. 
Mesti tertanya-tanya mana hero akak lagi 2 ketul tu kan???   Sebenarnya depa tak mau ikut....nak duduk ngan mak sedara dia @ Usu....Mak sedara dia ada datang kat rumah hari minggu lepas.


Ok. Bye.





Selasa, 27 September 2016

JALAN2 CUCI MATA DAN DOMPET

Hari Sabtu lepas akak kerja.....tengahari pula bergegas pergi jumpa kakak Aufa kat MRSM Muar. Dia nak outing katanya. Nak beli keperluan sekolah dan perut (makanan).

Lepas setel beli barangan dia, kami hantar semula dia kat mrsm. On the way balik, singgah kat masjid tepi jalan untuk solat Asar. Dah siap solat rasa lega sangat....boleh santai2 dalam kereta....
Kami singgah beli coconut shake dan burger tepi jalan....bersebelahan dengan tempat orang jual hasil pertukangan. Kebetulan memang dah lama niat nak singgah kat sini. Nak servay harga gazebo. Kebetulan hari ni kami tak ada apa2 aktiviti dan hari pun masih cerah....maka menyinggah la kami anak beranak.

Kami dah berkenan dengan satu gazebo kat sini. Tetus akak masukkan dlm wishlist. Tunguuu....pasti akan jadi milikku. Hehehehe....verangan lebih betul la kan?

Dah setel bertanyakan harga dan tengok design.......akak minta laki akak bawa akak ke Madam King....nak cari bekas makanan yang ada penutup. Kebetulan kat Madam King ada buat offer....terus kami ke Bandaraya pula.

Akak beli sembilan biji bekas makanan pelbagai size yang ada penutup tu. Akhirnya dah ada dalam koleksi sekarang. Senang bila nak hidangkan tetamu makan.



Yang berkenan di hati



Ala2 corell tapi sebenarnya opal. Akak beli yang corak simple tu....yg gambar kat atas. Akak beli setiap size 3 unit. Gambar yang 1.5L tak ada pula kat sini.

Itu je lah kisah hujung minggu kami......niat asal nak jalan2 cuci mata....tapi macam biasa la.....pasti akan tercuci dompet skali. 


Ok la....bye....bye....tata...titi.....titu.........



Rabu, 25 Mac 2015

BANYAK BENDA YANG NAK DI BUAT


Cerita ni masa first week school holiday. Hari Jumaat lau tak silap.

Kami semua ke Aeon Bandaraya.....tujuan utama ialah nak check mata Aniq...dia cakap cikgu dia suruh check mata...sebab macam nampak dia susah nak baca bila duduk bahagian belakang. Di samping tu, kami nak beli buku untuk anak3 dan nak dinner ikan bakar di Alai.

Petang lepas balik kerja, kami pun pergi la kat Aeon.


Jom kita servay kedai dulu....


Akak yang perasan retis



Teman anak3 beli buku.


Adam tengah servey buku yang nak dibeli


Akhirnya budak ni dah jumpa buku yang dia nak.




Ini lah buku yang kami dah belikan untuk anak2. 
Moga mereka manfaatkan semasa cuti sekolah.



Setle beli buku...pergi pula check mata Aniq. Dan alhamdulillah...hasil ujiannya...mata Aniq tak rabun.

Mungkin kat kelas Aniq duduk bahagian belakang dan kawan dia yang bahagian depan pula agak tinggi...itu yang menyebabkan dia akgak sukar nak tengok huruf dengan jelas. Now Aniq dah pindah duduk bahagian tengah. Masalah selesai.




Selesai je urusan di Aeon, kami pun bergerak pula ke Medan Selera Ikan Bakar di Alai.


Suami tengah pilih lauk untuk dimasak mengikut selera kami. Semuanya segar2.


Ketam masak bercili


Udang celup tepung


Lala masak kantonis stail


Ikan caru masak berlada


Ikan pari berempah


Nasi lemak


Dessert: Kelapa jelly


Teh 'O' Ais satu jag


Pencicah kicap


Nasi lemak anak3 yang makan...suami ambil nasi putih...akak tak ambil nasi...just ratah lauk pauk je.


Kemain semua makan...


Terima kasih sayang kerana belanja kami makan. Moga murah rezeki sayang...dan boleh belanja kami makan lagi.


Adam makan apa tu...sampai termoncong-moncong mulut.



Sesiapa yang teringin makan kat sini memang kami rekemen la...sebab makanan dia segar, sedap dan murah. Ini ialah total makanan yang kami makan tadi. Berbaloi-baloi....sebab setiap jenis makanan yang akak tunjuk tadi semuanya ada dua pinggang setiap satu kecuali ketam dan ikan jaket tu je...just satu pinggang.



Dah setle makan2, anak3 tak nak balik lagi. Mereka ajak pula jalan2 kat uptown bandar hilir.
Layan je la...lagipun esok cuti.


Dah puas jalan2 dan pusing2, kami pun gerak balik rumah. Penat tapi seronok....dapat luangkan masa with kiddos n hubby.





Ok, nanti kita sembang esok pula yeee.




Tulus Kasih,
Qasih Mama



Khamis, 15 Januari 2015

NIGHT SAFARI AT MELAKA

Lama dah tak berceritakan? Meh la kita sembang sat. Cerita last month before end of school holiday. Tahun ni tak bawa anak jalan jauh2...paling jauh pun kat Shah Alam je. So bagi memenuhi masa cuti sekolah, me decide nak bawa anak ke Night Safari kat Melaka ni je. Almaklumlah...pindah kat Melaka ni dah masuk 3 tahun tapi masih belum jejak kat Zoo Melaka lagi. Maka hujung minggu tu kami pun ke sana la. Saja pilih Night Safari coz nak bagi kelainan sikit suasananya kat anak3 (Padahal mamanya takut kena panas lau pergi sebelah siang). I jaga kulit uolls..almaklumlah, kulit retis sangat kan...hahahh.....pangg satu kali baru sedar diri.



Jom kita beramah mesra dengan warga yang ada didalam ni....yeeehaaa


Sebelum tu kita beli sikit cenderamata yang dijual di sini. 
Amboiii seksi sangat ahpaknya dengan gaya tertonggeng-tonggeng tu.



Kesayangan yang menceriakan hari-hari ku.


My beloved Kiddos. Bergaya dengan topi haiwan masing-masing. Nak ambil mood katanya.


Budak yang teruja nak tengok haiwan


Kami dah bersedia nak menjelajahi alam. Yabedabedabedoooo


Kemain muka happy masing-masing.


Kami naik train yang disediakan.
Gambar2 ni aku dah masukkan kt FB sblm letak dlm blog. Kawan husband aku kata yang kat belakang tulah safari yang sebenarnya...hahahha


Tuan tanah pun gedik nak bergambar gaksss...ahaakkks


Lepas naik train kami jalan...ada slot jalan2 tgk haiwan dan akan ada seorang guider yang akan bagi info kat kita berkaitan haiwan yang ada.


Lebih kurang pukul 10 malam kalau tak silap, ada animal show. So meh la kita layannn.....
Anak3 memang happy la.


Alhamdulillah.....dapat jugalah aku penuhi keinginan anak2 nak pergi ke Night Safari.....
Sebenarnya dah lama mereka minta nak pergi...tapi parent dia yang sibut bercampur dgn malas...itu yang jadi sampai 3 tahun baru berkelapangan untuk pergi.


Ok, itulah dulu kisah pengembaraan kami sekeluarga....Hehehe...mengembara lah sangat...tangankatbahumatakeatas.


Ok. Bye uolls....muah..muah


Tulus Kasih,
Qasih Mama

Selasa, 16 Disember 2014

KONVOKESYEN ANAK SAUDARA


Hallooo...hari ni aku sambung entry semalam yeee. Hari ni kisah konvo lak yee.

Konvo Amirul, anak BIL aku ni berlangsung pada hari Ahad sidang petang.


Oleh kerana waktu ni lebih kurang pukul 3.00 petang, anak aku sampai tertidur menunggu. Lagi pun memang time dia tidur waktu ni.


Bangun je dari tidur....terus aktif....berlari di perkarangan Dewan 


Seronok dapat bermain buih belon.




Acara Konvo siap lebih kurang pukul 6.00 petang. Masa ni baru lepas hujan.
Bergambar dengan orang yang dirai...Amiryo Naufal


Tak tahu apa yang masing2 duk kecoh...nak ambil gambar je kut.


Kak Za a.k.a biras dan anak nya yang bongsu....Farhana


Jangan gelak ye semua...ni ialah graduan senior yang baru grad....hahahaha. 
Aku paksa laki aku pakai jubah anak buah dia. Nak pula dia ikut permintaan isterinya yang homeii ni.


Selesai je Majlis Konvokesyen, kami dinner di restoran Thai Seafood.
Lepas makan, masing2 bawa haluan masing2. Aku ke Melaka BIL aku ke Kelantan.


Habiss daaaa.......jumpa next entry yeee.



Tulus Kasih,
Qasih Mama