FOREVER

FOREVER
Memaparkan catatan dengan label Membebel. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Membebel. Papar semua catatan

Isnin, 14 September 2015

DINNER BERSAMA PELAJAR KOMANDER

Ini kisah semalam.....

Aku pergi dinner Majlis Penghargaan Komander di Tanjung Bidara Beach Resort. Oleh kerana aku ni jenis bangsa yang tak boleh drive malam, maka aku tumpang kereta Kak Liza untuk ke sana. Kak Liza ni member satu ofis aku. Suami aku hantar aku ke rumah dia.

Majlis makan malam ni adalah untuk penghargaan kepada komander yang akan tamat pengajian. So far majlis berjalan dgn lanjar. 

Pelajar silih berganti datang dan pergi
...yang pasti aku masih setia di sini untuk mendidik mereka....dan membentuk kemahiran insaniah yang tinggi.


Selesai je majlis....ada sesi bergambar. Apa lagi....hakak kan ratu selpie.....layan je la.




Dengan salah seorang pelajar Komander. Mak aiii...bolatnya muka aku...dah macam mangkuk.



With Kak Liza....dia pun boleh tahan lau bab bergambar...kalah hakak tau



Me and her lagi


Dan lagi....


Versi penuh lak


And again


Dengan rakan sepejabat


Sebenarnya kat belakang tu berlatar belakangkan laut...tapi apakan daya...bila malam....hitam dan kelam semuanya...



Dengan sebahagian pelajar


Bersama dengan Timbalan Rektor HEP, staf dan jurulatih




Itu lah kisah semalam. Program habis pada pukul 10.30 malam. 
Aku terus bergerak pulang....dalam kepala ni ada macam2 nak buat. Kain baju tak gosok lagi...itu la , ini la....


Erm...itu lah tugas seorang ibu dan isteri...dalam waktu kerja, masih ingat kerja kat rumah....but i'm happy buat semua tu....rasa puas menjadi seorang ibu dan isteri.


Ok lah dulu yee.....nak buat kojo jap.





Tulus Kasih,
Qasih Mama






Rabu, 9 September 2015

ADUSSSS...BERSALAHNYA AKU

Mak aiii.....tak tahu nak ckp apa dh tahap kemalasan dan kebizian aku ni....sampai nak jenguk blog pun dah tak mampu....

Rindu bangat kat blog kesayangan niii....
Lama tak update kisah hidup.....macam2 cerita....macam2 kenangan aku tak coretkan dlm diari maya ni.
Mana yang ingat insyaalllah akan dimuat dlm ni....tp lau lupa.....maka selamatlah berkubur lah.
Ok ....itu dulu untuk mukaddimah hari ni. Nanti kita ketemu di lain siaran yaaaa.


Rabu, 15 April 2015

TERJEBAK DENGAN TUDUNG ADIJUMA


Wah....ayat terjebak tu yang tak menahan. Padahal beli bukan banyak pun.

Ini kisah Hari Sabtu. Hubby nak gi repair handfon kakak yang rosak tiba2. Tak boleh nak on.
Oleh kerana masih dalam waranti, maka kami pun pergi la ke Maydin Ayer Keroh sebab kami beli telefon tu dalam shop lot yang ada kat bangunan Mydin tu.

Suami ke kedai telefon manakala aku pula meninjau kain baju kat situ. Rambang mata kejap aku tengok. Dah la cantik2, harga pula  munasabah dan mampu milik. Duk aku asyik2 memilih baju kerja, suami aku cakap ada butik Adijuma kat situ...tapi kena ambil nombor giliran nak masuk dalam tu. Dia tanya aku nak ke tak...aku of course la cakap nak....tapi abang gi ambil nombor dulu, bagi saya pilih baju jap.

Aku minta laki aku yang belanja. Dia bagi duit kat aku, katanya pandai2 la pilih nak yang mana. Horeee...mari kita tepuk bintang.

Dah setle beli baju...maka gigihla aku beratur sebab nak masuk kat Adijuma Boutiq tu. Aku beli tak banyak pun....just 3 helai je. Kat rumah dah ada dua helai...itu pun laki yang beli buat hadiah. Hahahha.....lau harapkan aku memang aku tak beli la. Dia yang perkenalkan kat aku tudung Adijuma ni. Dah aku terjebak nak beli lagi sebab best bila pakai...terletak je rasa.


Ini adalah hasil tangkapan pada hari tu. Suami aku cakap, duit dia nak belanja beg Bonia untuk aku, dia kena kurangkan sebab dah belanja aku beli kain baju.....huwaaaa....ini sungguh tak adil.

Nak juga beg dan kasut Bonia. Please...please...please....sayang. Tunaikan lah hasrat dan keinginan isterimu ini.


Ikhlas, Dari isterimu yang bajet comel. Hahahaha.






Tulus Kasih,
Qasih Mama





Selasa, 14 April 2015

LUNCH WITH MY KIDDOS


Semalam kakak Aufa tak sekolah ...sakit kaki katanya. Sabtu dan Ahad lepas dia mengikuti Kem Motivasi yang di anjurkan pihak sekolah. Balik dengan gembiranya tunjuk kat akak dia dapat hadiah pelajar/ peserta terbaik. Bangga kejap mak kau.

Tapi........yang tak bestnya, hari Isnin tu merengek minta cuti ngan mama...alasannya sakit kaki, tak boleh nak jalan. Apa lagi...ahkak bagi la turpedo satu das....

" Pergi kem motivasi, ingat bertambah la motivasi dan kerajinan dalam diri...alih2 minta cuti lak. Tak berbaloi pergi tau  ... jangan nak manja sangat la kakak oiii setakat sakit kaki je......bla...bla....bla......(macam2 lagi la yang aku bebel". Habis cerita aku zaman kanak2 ribena aku ungkit. Biar aku pula yang bagi motivasi. Bagi dia terkagum sikit dengan sejarah kehidupan mamanya ni.

Tapi dah namanya mak....anak merenget sakit, minta cuti....tak sampai hati pula nak paksa. Manalah tahu dia sakit betul2.

Dah tengahari tu aku bawa dia gi klinik. Dah alang2 keluar, aku bawa Aniq dan Adam sekali. Sementara menunggu nombor giliran, kami pergi mencekik KFC kat depan klinik tu kejap.


Aniq baru balik dari sekolah waktu ni....terus makan lunch KFC. Habis dua ketul dak ni makan.


Dak kecik ni makan wedges dan ayam seketul pun tak habis.

Orang sakit makan habis dua ketul ayam dan ayam adam yang tak habis pun dia yang tibai. Hebat sangat dah anak aku ni lau bab makan.
Dia kata kaki je yang sakit...mulut tak sakit. Cissss alasan kau tu je kak. Tak yah nak kelentong mama la. Mama ni dah lama makan garam dari awak.

Dah setle makan, kami terus masuk ke klinik. sedang elok duduk tak lama je, nama di panggil.
Aku pun cerita la pasal kaki anak aku yang sakit ni....Nak tahu Dr. cakap apa?
Dia kata kakak ni kena diet sikit.....baru la kaki tu tak penat sangat nak tampung berat badah. Kah...kah....kah....kan dah kena.


Ok itu je aku nak cerita ari ni. Bye.




Tulus Kasih,
Qasih Mama




Khamis, 2 April 2015

PERASAN CINDERELLA SANGAT


Hari Ahad petang kami anak beranak ke Jusco. Jalan2...makan2.

Dalam duk berwindow shopping tu....ternampak la satu fotobooth kat ruang legar...
Anak dara akak ajak tangkap gambar. Mamanya yang sememangnya rajin melayan ni pun ikutlah.


Kasut Cinderella in the Jusco yoo!!!


Kakak dan Abang nak bergambar dengan kasut. 


Zoom in my kiddos


Mana boleh anak3 je bergambar...mama pun nak hokey....nak bayangkan tengah jadi cinderella yang naik kereta kuda untuk ke majlis tari menari di raja...aouuwww lempang 4x baru sedar diri ni.



Hahaha...anakku yang jakun...tak pernah naik kereta kuda.


Wanita melayu terakhir mana la...yang berada didalam kereta kuda itu.....


Setle bergambar...(amboii ayat...macamla bergambar untuk majalah)..kui...kui...kui
Adam request nak makan sushi..
Dia ni memang hantu sushi...dia lek je habiskan semua tu.


Dah habis window shopping...kami pun balik la....
Itu je la aktiviti kami hujung minggu ni. Tak buat apa2 pun.




Tulus Kasih,
Qasih Mama






Khamis, 26 Mac 2015

SERVISE KERETA


MAsih lagi dengan cerita minggu lepas. Hari Sabtu pula.

Suami dah janji dengan kawannya nak service kereta kat rumah kawan dia di bandaraya. Memandangkan petang tu kami nak dinner di Ar-Rahman Seafood, maka suami bawa terus aku ngan anak3. Tak payah patah balik ambil aku dengan kiddos katanya. Sebab tempat makan dengan rumah kawan dia tu tak jauh sangat.


Termenung seorang diri.....
Amboiii perasan

Sebenarnya rumah kawan hubby ni dipinggir bandar. Kampung dalam bandar. Sebab tu terserlah kawasan kampung di situ.


Kakak berselfie dengan adik2nya



Mama pun join sekali


Ini style mama punya idea.


Eksen je lebih.


Nampak sangat kami ni tengah boring menunggu kan? 
Memang boring pun tunggu service kereta ni.


Mama, Aniq dan Adam


Mama, Aufa, Aniq dan Adam




Mak ngan anak yang sama gila2.


Kakak Aufa yang suka posing.




Kakak dan adik-adiknya....kesayangan ku


Bajet comel lateww.

Peace....kereta dah siap...kami pergi dinner dulu. Makanan tidak diambil...suami warning jangan ambil gambar makanan...nanti dia terbantut nak makan. Masing2 dah kebulur.

Esoknya kami pergi pula ke Port Dickson rumah SIL. Pergi tanpa dirancang. Saje je nak bawa anak3 main dengan cousin dia. Pun gambar tidak ada. Malas nak snap.

Hehhehe...itu je la dulu yang nak diceritakan.

Nanti lau ada masa akak cerita kisah Chinese New Year hari tu.....pasal my gathering with my family. Harap2 esok akak rajin nak selongkar phone cari gambar.

Yang pasti kena masukkan juga gambar tu dalam blog. Nak abadikan kisah ni. Biar lambat janji ada.



See u soon...bye.


Tulus Kasih,
Qasih Mama








Selasa, 24 Mac 2015

JOM.....BOWLING


Ok, ini sambungan kisah semalam. Akak ada cakap akak teman laki main bowling kan? Meh kita layan gambar. Tapi ni gambar 3 or 4 hari lepas. Boleh la.....janji ada kan???


Kita teman orang ni la....
Nampak....bowling ditangan...gaya dah ada...menang kalah belakang kira


Sementara tu kakak ajak selfie....jom jangan ditolak


Us


Macam2 gaya


Gaya gedik dari dua beranak.
 Kakak yang suruh mama buat duck face...layan...jom la kita jadi itik kejap



Anak2 yang happy.



Us again



Muka dah ngantuk semuanya. 

Bapa sibuk main bowling...mak ngan anak sibuk berwefie.
Pun Bolehhh...kan?






Isnin, 23 Mac 2015

HUJUNG MINGGU KAMI...FUTSAL



Bismillahirrahmanirrahimmmmmm...........

Rindu serindu rindunya nak menaip...rindu nak tengok blog.....akhirnya rindu terurai sudah.
Mood rajin telah kembali (rajin pun tak berapa nak rajin sangat lah...)

Oleh kerana hari ni ada sedikit kerajinan, marilah akak cerita tentang aktiviti kami dihujung minggu.
Kalau tak tulis....konpem sampai kesudah la akak simpan buat jeruk.

Hari Rabu hingga hari Sabtu suami akak outstation ke Perak....so memang tak kemana-mana la walaupun cuti sekolah. Lagi pun Kakak Aufa ada kelas tambahan....dia kan akan duduki UPSR tahun ni. Cuti pun macam tak cuti la....tetap kena ke sekolah juga.

Malam Sabtu baru Hubby balik. Pagi Ahad tu macam biasa akak buat sarapan untuk my family...dan selesaikan apa2 kerja rumah yang patut. Pukul 2.00 petang Hubby ajak teman dia lawan Futsal. Tempat dia lawan futsal ialah di Klebang. Dah alang2 ke sana...apa lagi kita pekena coconut shake Klebang la dulu...nyummm.....nyummmm.




My anak dara berselfie atas kereta


Menunggu dengan penuh setia
Bagi sokongan padu kat laki....kalau tak menang juga tak tahu la niii.


Laki duk main futsal kat court, aku pula sibuk posing kat jaring...nasib baik tak lekat kaki kat jaring tuuu.


Laki ku dah nak mula main
Kena tepuk tangan kuat2 ni.


Laki akak yang pakai jersi no.6...yang cekak pinggang tu tengah bagi taklimat. Dia sebenarnya selaku pengurus pasukan bagi team UiTM Jasin...tapi dengan dia sekali main.

Lebih kurang pukul 5 ptg acara pun berakhir....team laki akak dapat no.3 daripada 6. Bolehla...
Yang pasti, team dari kampus akak iaitu UiTM Alor Gajah dapat no.1. Hehehe...lompat bintang akak.

Itu pun nak lompat sambil tepuk tangan takut laki kecil hati...hahhaa....aku kerja kat Kampus Alor Gajah...harus la sokong kan.

Laki pula kerja kat Kampus Jasin....takkkan tak sokong pula laki sendiri main. Last sekali akak duk layan anak2 lagi best...main zombi-zombi. Hahahha....Hebat tak akak.


Setle dia main futsal....kami pun terus menuju ke restoran berhampiran rumah kami...nak isi perut dulu...coz lepas maghrib nak teman Hubby training bowling lak. Nak masak dah malas...sebab lauk semua tak keluarkan. Nak tunggu cair, baru nak masak.....berdangdut la nampaknya perut kami. Penyelesainya....jom kita makan kedai je la.

Oh lupa pula nak cerita, ....sebelum dia pergi Perak, aku ada teman dia lawan bola sepak...pun dapat tempat ketiga (gambar lupa pula nak ambil). Sebenarnya....ada banyak juga acara yang dipertandingkan sempena Sukan Muhinbbah UiTM Melaka (lawan 3 penjuru iaitu Alor Gajah, Jasin dan Bandaraya).Laki akak masuk dalam 3 acara iaitu bola sepak, futsal dan bowling....akak????? Hahahha...satu pun tak. Sila tepuk tangan semua...hebat tak akak?


Ok , itu dulu untuk hari ni...nanti esok aku update pasal teman laki training bowling pula.




Tulus Kasih,
Qasih Mama


Rabu, 4 Mac 2015

IKAN PELIHARAAN


Dah lama kan akak tak jengok laman ni......
nak cakap busy tak juga tapi lebih kepada mood yang tak berapa rajin. Bila dah berusia ni....maca ni lah jadinya.....huhuhu tetiba lak salahkan usia.

Alang-alang dah jenguk kat laman ni...meh la akak story sikit....bukan pasal orang lain...tp anak2 akak ni la.

 Seperti yang diketahui...Aniq ni pets lovers sikit. Kat rumah aku ni ada sebiji akuarium.....dalam tu ada la lebih kurang 8 ekor ikan kut. Aniq bising kat bapanya suruh bapanya cuci akuarium....dah berkeladak hijau. Dia kata kesian kat ikan, hidup dalam dunia kotor. Oleh kerana bapa dia sedikit busy...maka asyik bertangguh je la nak cuci akuarium tu. 

Hujung minggu bulan lepas, bapanya pun cuci la akuarium. Setle je cuci.....ikan2 tu pun dengan gumbiranya berenang kehulu ke hilir....tetiba 2 ekor ikan macam pening dan tak boleh berenang...
Husband pun masukkan tangan ke dalam akuarium untuk betulkan oksigen...sekali rasa tangan macam kena karen. Rupa2nya motor oksigen tu rosak....bagi menyelamatkan ikan yang ada kat rumah tu, maka suami ambil keputusan untuk lepaskan kat parit besar di kawasasan perumahan aku tu. Apa lagi....terus la Aniq sentap..... sedih la dia sebab bapanya nak lepaskan ikan dia. Terus nangis dan masuk mandi hampir sejam kat dalam bilik air. Konon lepas perasaan la tu.

Sedih pula aku tengok gelagat si Aniq. Hari minggu berikutnya terus bawa Aniq cari ikan yang tak guna oksigen. Bukan main happy lagi dia dapat ikan baru.


Taraaaa....inilah ikannya...comelkan. Ada la lebih kurang 15 ekor anak ikan


Siap beli perhiasan dalam mini akuarium ni lagi. Ehhh...ini mak yang over.


Muka budak happy. Mama pun tumpang happy bila kamu happy sayang.


Sekian kisah kami.



Tulus Kasih,
Qasih Mama