Semalam kakak Aufa tak sekolah ...sakit kaki katanya. Sabtu dan Ahad lepas dia mengikuti Kem Motivasi yang di anjurkan pihak sekolah. Balik dengan gembiranya tunjuk kat akak dia dapat hadiah pelajar/ peserta terbaik. Bangga kejap mak kau.
Tapi........yang tak bestnya, hari Isnin tu merengek minta cuti ngan mama...alasannya sakit kaki, tak boleh nak jalan. Apa lagi...ahkak bagi la turpedo satu das....
" Pergi kem motivasi, ingat bertambah la motivasi dan kerajinan dalam diri...alih2 minta cuti lak. Tak berbaloi pergi tau ... jangan nak manja sangat la kakak oiii setakat sakit kaki je......bla...bla....bla......(macam2 lagi la yang aku bebel". Habis cerita aku zaman kanak2 ribena aku ungkit. Biar aku pula yang bagi motivasi. Bagi dia terkagum sikit dengan sejarah kehidupan mamanya ni.
Tapi dah namanya mak....anak merenget sakit, minta cuti....tak sampai hati pula nak paksa. Manalah tahu dia sakit betul2.
Dah tengahari tu aku bawa dia gi klinik. Dah alang2 keluar, aku bawa Aniq dan Adam sekali. Sementara menunggu nombor giliran, kami pergi mencekik KFC kat depan klinik tu kejap.
Aniq baru balik dari sekolah waktu ni....terus makan lunch KFC. Habis dua ketul dak ni makan.
Dak kecik ni makan wedges dan ayam seketul pun tak habis.
Orang sakit makan habis dua ketul ayam dan ayam adam yang tak habis pun dia yang tibai. Hebat sangat dah anak aku ni lau bab makan.
Dia kata kaki je yang sakit...mulut tak sakit. Cissss alasan kau tu je kak. Tak yah nak kelentong mama la. Mama ni dah lama makan garam dari awak.
Dah setle makan, kami terus masuk ke klinik. sedang elok duduk tak lama je, nama di panggil.
Aku pun cerita la pasal kaki anak aku yang sakit ni....Nak tahu Dr. cakap apa?
Dia kata kakak ni kena diet sikit.....baru la kaki tu tak penat sangat nak tampung berat badah. Kah...kah....kah....kan dah kena.
Ok itu je aku nak cerita ari ni. Bye.
Tulus Kasih,
Qasih Mama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan