FOREVER

FOREVER

Selasa, 24 November 2015

MENANAM RUMPUT KARPET



Hari ni teringin nak cerita tentang kami suami isteri menanam sendiri rumput karpet di laman rumah kami. Penat tu jangan ceritalah.....hanya tuhan je yang tahu. Macam nak patah tulang belulang.




Pagi-pagi lagi kami laki bini bangun....bersemangat sangat dah ni.....



Seminggu sebelum menanam rumput ni, shuben aku dan racun siap2 tanah ni


Pagi tu, perkara pertama yang kami buat ialah buang lapisan tanah bahagian atas 





Ini ialah rumput yang bakal kami tanam. Rumput karpet philipine namanya. Kami beli di Sungai Buloh RM1.30 sekeping (1x2)


Pada hari tu kami ada upah dua orang pekerja Indonesia untuk membuat tapak tempat lapik kerusi


Sementara mereka dengan kerja mereka, kami pula dengan kerja meratakan pasir di atas permukaan tanah yang telah dibuang tadi.

Ini ialah tapak tempat letak kerusi batu kami.


Ini ialah gambar sebelum dan selepas tanam rumput.
Kami snap gambar ni waktu maghrib....setelah selesai acara menanam.
Waktu ni nak jalan tegak pun dah tak boleh....bongkok semacam dah rasa.



Kami tanam berperingkat...
Memandangkan laman rumah kami agak luas juga, kami putuskan untuk buat tiga peringkat.
Gambar ni ialah penanaman peringkat kedua. Tinggal sikit lagi perlu kami habiskan. 
Yang hujung sana tu kami memang dah tanam awal2 lagi....masa cuti hari merdeka tempohari.


Di bawah ni pula ialah gambar rumput yang kami tanam yang berumur lebih kurang 2 bulan


Gambar ni diambil jam 9.00 malam


Gambar ni diambil jam 7.30 malam


Waktu ni jam 6.30 petang


Gambar ni pula ialah jam 5.30 petang.


Dulu kami pernah minta qoatation daripada beberapa buah nurseri....rata2nya rate yang diberi ialah antara RM3.5k hingga3.8k.

Bila kami buat sendiri.....kosnya adalah RM1k sahaja termasuk harga rumput dan pasir.
Jimat 2.5k.

Tapi penatnya hanya tuhan sahaja yang tahu. Walaupun begitu, kepuasan juga sukar untuk digambarkan. Memang teramat2 puas. Inilah yang dikatakan kepuasan mengatasi kepenatan.




Tulus Kasih,
Qasih Mama



5 ulasan:

  1. cantik laman.. pokok apa ye yg dalam pasu hitam tu. cam berkenan lak nga pokok tu. hiii

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya tak pasti namanya....tapi kawan suami kata pokok untuk bonsai. Kawan suami yang hadiahkan....masa tanam tu kecik lagi

      Padam
  2. sy pun cdg nk tnm rumput karpet ni...kwsn x la luas mana...sisi kanan dlm 26 kaki x 110 kaki, belakang 10 kaki x 90 kaki, tepi kiri 16 kaki x 110 kaki dan depan 90 kaki x 20 kaki...

    berbaloi x buat sendiri?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Besar sangat lamannya tu......lau buat beramai2....rasanya ok. Tapi lau buat sorang diri, mahu patah pinngang.

      Padam
    2. Besar sangat lamannya tu......lau buat beramai2....rasanya ok. Tapi lau buat sorang diri, mahu patah pinngang.

      Padam