Alhamdulillah.......debaran untuk pelajar dan parent yg ada anak ambil UPSR telah berakhir.
Macam aku pula....ni first time anak ambil peperiksaan lagilah nerbes. Kakak Aufa ni adalah satu-satunya anak perempuan aku dan merangkap anak sulung aku.
Sehari sebelum tarikh keputusan UPSR keluar, guru besar call shuben aku bagi tahu agar kami hadir ke Kolej Yayasan Saad untuk ambil result. Lagilah kami suspend. Katanya semua guru besar akan berkumpul di sana kerana kementerian akan serahkan keputusan di sana kepada semua wakil sekolah.
??????? Apa ni...aku tak faham. Guru Besar bagitahu, kementerian yang call dia dan minta anak aku Siti Syaza Aufa untuk hadir ke Majlis tersebut. Bertambah2 debarannya.
Hari yang ditunggu pun tiba. Awal pagi lagi kami bergerak ke sana. Sampai je kat sana.....ada beberapa pegawai ucap tahniah kerana anakku cemerlang. Masih suspend lagi ni sebab result masih tak tahu lagi.
Lebih kurang pukul 9.30 pagi, kami pun dijemput ke dalam dewan. Sesi penyampaian result kepada guru besar sekolah2 di Melaka bermuala. Kini tibalah nama anakku dipanggil....rupanya anak aku ni antara pelajar cemerlang Negeri Melaka. Lebih kurang 10 orang pelajar cemerlang yang dipanggil untuk menerima result dan Sijil daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.
Syukur Alhamdulillah....rupanya anakku adalah antara yang terbaik.
Kami suami isteri dan Guru Besar sekolah anakku dijemput ke pentas untuk sesi penyampaian sijil.
Sedondon betul pakaian aku dan shuben.
Malam tu.....muka kami keluar di saluran Astro Awani
Aku pun pihak media temuramah....
Kakak yang sedang ditemuramah oleh wartawan.
Kemain dia petah bercakap.
Mama amat bangga dengan kakak. Hanya tuhan sahaja yang tahu perasaan Mama ketika ini.
Esoknya...muka kami anak beranak kuar paper satu mukasurat besar....ooooo glamer mak sekejap
Selesai terima sijil...kami bergegas pula ke sekolah anak untuk ucapkan terima kasih kepada guru2 yang mengajar anak aku. Kakak pun nak jumpa juga dengan kawan2 dia yang lain...mereka semua ambil keputusan di sekolah.
Kakak dan guru-gurunya.
Semua guru bangga atas kejayaan Kakak.....
dia telah mengharumkan nama sekolah.
Mama dan Abah?????
Sudah tentulah orang yang paling gembira atas kejayaan Kakak. Kakak adalah pembakar semngat kepada adik-adik. Terima kasih Kakak Aufa.
Tulus Kasih,
Qasih Mama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan