Hari Jumaat Melaka cuti. Pagi macam biasa siapkan bekpes untuk my family...kemas rumah n masak luch sekali. Petang rehatkan badan jap. Bangun tidur..ajak hubby ke Mahkota Prade...nak cuci mata kat Mr. D.I.Y. Hubby kata tak nak kuar petang sangat coz nak tengok bola malam tu. Dia kata lau nak pergi kena awal. Huhuhu....ai biasanya kuar dah dekat kul 6 ptg n bawa kemalam. Hari tu terpaksa kuar sebelum asar n balik umah sebelum maghrib.
Ai ok je B asalkan u bawa ai ke Mr. D.I.Y. Jom anak3 kita kuar.
Menuju ke Mr. D.I.Y
Sedang elok nak masuk ke kedai aku nak tuju....laju je laki aku melangkah masuk kedai Sport.
Ikut je lah bos besar. Yang ni gambar bos kecik...nak posing dulu katanya.
Aniq nak posing ala patung display. Macam2 depa ni tau. Pening kepala cheq.
Adam kata baju dia dah matching ngan patung tu...merah biru n siap ada gambar bola lagi.
Nak bergabung jadi satu team. Dia kata abang Aniq tak boleh join sebab baju tak sama. Dah si abang terpaksa sorokkan badan dia.
Nak suruh patung peluk dia pula. Hadoii pening layan kiddos. Bapak pula sibuk pilih sandle. Dah terpaksa aku yang handle budak dua ketul ni.
Kakak yang snap....bergegar. Kena belajar lagi ni kakak.
Gambar yang ni dah elok....tiba2 cinonet ni datang berlari bawa bola. Apa pun tak boleh tau.
Dah...minum air kelapa ni...duduk diam2 mama nak tengok apa yang bapak korang tengah buat tu.
Ooooo...dia pergi beli selipar ni rupanya. Siap ofer kat aku suruh ambil satu. Aku cakap aku tak boleh pakai selipar Adidas...nanti gatal kaki. Kaki aku ni tahap selipar Abibas je Huhuhu.
Anak bapa....berkepit jeee.
Konpius jap....siapa yang bertujuan datang Mp ni ye...Aku ke Dia?
Dah setle urusan dia...meh selesaikan urusan akak lak ye. Sampai sudah ke Mr. DIY.....sebelah kedai Al Ikhsan je pun....
Kaki melangkah...
Terus teruja. Niat nak cuci mata...rupanya terus cuci dompet. Hehehe. Inilah wanita...realitinya di sini.....tagline baru...ingat akademi fantasia je ke ada tagline. Akak pun ada tau.
Setle pergi Mr. DIY, ajak laki ke Kaison pula.... nak beli bunga sikit. Setle ke kaison, pergi lak ke Daiso...pergi cari bekas abu rokok (ashtray) laki aku lak. Yang sedia ada dah pecah. Kita ganti baru. Lau tak...berbulu je mata aku ni nampak kelibat abu rokok dia. Kadang dalam singki...lau tak sempat nak buang dalam tong sambah...tercicir atas lantai. He nak marah dah besar panjang....tapi berleter tetap kena...biar bernanah sikit telinga dia. Last sekali minta aku tolong belikan yang baru.
See...itu pun akak yang kena beli. Merokok pandai....beli tak pandai. Bak sini duit ganti balik. Apa????? upah jadi driver bawa ke MP. Ok, fine...bolehlah.
Setle sudah kehendak di hati. Boleh tidur aman ni. Hiihihi.
Tulus Kasih,
Qasih Mama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan