FOREVER

FOREVER

Jumaat, 5 Julai 2013

RUANG KELUARGA/ MENONTON

Salam Jumaat buat sahabat2 ku. Moga hari anda dipenuhi dengan keberkatan pada hari ini. Ada gaya ustazah ke idok???? Jangan nak merepek lama2 lah kan...nanti kauorang mesti muntoh ijau. Jom kita citer pasal umah lagi. Tak habis lagi pasal umah kan? Malasssss...tapi terpaksa juga aku update...selagi tak update selagi itulah kakak ku seorang tu akan bertanya "bila nak update lagi"....siap post kat fb bila nak update...bila dah update, tak puas hati...katanya nak ngelat sebab post sikit je gambar....dasar tamak haloba sungguhhh...hahahaha. Ajak datang sini tak ada masa...mentang2 lah dah pindah jauh.

Hari ni kita bercakap pasal ruang keluarga pula ye kak....sharing is caring....seperti yang telah kita bincangkan dulu dan apa yang ai gambarkan kat u dulu. Dan sekarang ai dah terjemahkan...tengok lah gambar yang tak seberapa ni...kalau nampak kelabu atau tak clear tu, maafkanlah hamba....gambar snap waktu malam+guna hp cap ayam jeee.


Inilah ruang keluarga/ menonton kami...comel jee


Hanya diletakkan L-Shape....kat bahagian sekali tu merangkap coffee table....senang, tak payah nak letak coffee table kat tengah, buat menyemak je. Aku jenis suka kalau ruang keluarga ni nampak lapang sikit kat tengah tuuu.


Yang ni gambar agak jelas sikit. Kat bahagian tengah asalnya aku letakkan karpet, tp kurang sesuai sebab kat ruang ni, anak3 aku suka makan sambil menonton, itu belum kira mereka makan kuaci...takkan 3x sehari aku nak vakum...tak sanggup den...so aku deside nak letak tikat evamatik je....lembut, senang dilap dan disapu. Dah jumpa tikar ni kat kedai pak syekh di tesco...tapi gambar kartun la pula....ingat nak cari corak abstrak....ari tu masa on the way nak balik kampung ada jumpa kat tempat makan digombak......tp tak terbeli la pula. Nanti lau nak balik kg lagi, nak singgah jap, kut2 ada lagi corak yg aku tengok hari tu.


Pandangan dari arah ruang makan. Tv tu belum digantung lagi...anak3 tak bagi. Katanya lau gantung dah tak boleh nak pusing lagi. Mereka lau nak makan kt dining, mereka pusing je tv tu...makan sambil tengok tv....bernas tak idea mereka. Mata masing3 kalau tak pandang tv sambil makan tak sah.


Wallpaper sebagai penyeri (wall). Kalau kami nak menonton, kami padamkan semua lampu dan hanya pasagkan eyeball kuning sahaja....baru best...ala2 pawagam


Jam yang beli hari tu....kan dah citer pasal jam....lau nak tahu tgk entry terdahulu.
Wallpaper ni ada kesan shining sikit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan