FOREVER

FOREVER

Khamis, 25 Julai 2013

BILIK TETAMU

Minggu lepas baru siap kemas bilik tetamu. Rupanya pindah rumah bukan senang yeee...penat tuhan sahaja yang tahu...dah berbulan pun masih belum siap sepenuhnya mengemas. Buat slow2....siapkan satu tempat ke satu tempat...nak siapkan sekaligus tak mampu den.


Almari pakaian disediakan untuk tetamu...alamak...ternampak pula toto kat atas almari tuu...buat spoil gambar jee.


Hanya katil bujang coz bilik ni sempit sedikit berbandig dgn bilik anak2. Kalau nak letak katil queen pun muat...tp agak sempit la. So pilih je lah katil bujang...lagi pun bilik ni aku buat tempat solat...jadi ada la ruang bila letak katil bujang.


Drawer....tempat aku simpan tuala, kain sarung, cadar dan selimut


Almari solek dan side table


Langsir yang bertemakan hijau berbunga turqois


Bilik ni aku cat dua ton warna...hijau dan hijau gelap sikit di bahagian kepala katil. Itu jeee...bilik ni memang simple...ialah, bukan selalu pun orang guna bilik ni...bila tetamu datang baru la bilik ni digunakan.

Bila bilik ni dah siap...baru lega sikit hati aku...mana tak nya, setiap kali Usu dia datang sini, mesti anak bujang dan anak dara aku bergaduh..masing2 nak tidur ngan Usu dia. Bila Usu masuk bilik kakak, aniq yang melalak...bila Usu masuk bilik Aniq, kakak pula tak puas hati...dah nak buat camana?. Bila bilik ni dah siap...Usu tidur dalam bilik ni...masing2 tak boleh nak bising...kalau rasa nak tidur ngan Usu...Pandai2 la hampar toto kat bawah, tidur berjemaah...lagi kerrrlasss. Fuhhhh lega sesangat.

Ada keja sikit ni...lau ada masa lagi...nanti aku riakkan pula pasal makanan yang aku masak....Boleh? Tak boleh pun ada aku kesahhh...dah bloq aku, ikut suka hati aku la nak letak apa kan..Tak gitu?

Ok...minta izin untuk undur diri dulu yeee...(mood:perempuan melayu terakhir) pttt.

Ok. Bye...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan