FOREVER

FOREVER

Khamis, 4 Julai 2013

RUANG SANTAI KELUARGA

Hallooooo kengkawan semua....sihat tak semua, ai memang sihat tapi anak2 yang kurang sihat....mula2 adam, lepas tu abangnya si Aniq pula. Dah musim demam nak buat camana ye...terima jelah....walaupun terpaksa kerap bercuti....demi anak2, ibu tetap berkorban janji anak2 sihat.

Dah 3 hari Aniq tak pergi sekolah....nampaknya mak dia terpaksa kerja keras sikit mengajar lepas daripada ni, kalau tak kesian dia, banyak yang ketinggalan matapelajaran kat sekolah.



Ini adalah ruang santai keluarga....merangkap tempat aku menjadi cikgu memantau anak2 membuat kerja sekolah dan mengajar mengaji. Tempat ini juga adalah tempat anak3 ku bermain selain dalam bilik mereka. Kadang2 aku pun tumpang main sekali contohnya main lego ke, sahiba ke....Aku memang melarang keras mereka bermain depan tv...mengganggu kosentrasi orang lain nak  tengok tv. Mulalah kakak dia terjerit2 suruh mereka ke tepi. Yang si kakak nak tgk tv, yang si adik2 pula nak main....jadi, bila dah ada ruang, walaupun kecil, aku cuba manfaatkan ruang yang ada supaya boleh digunakan.


Kat sini aku letakkan 2 biji bean beg, yang warna silver tu aku punya, dan yang warna coklat tu hubby yang punya....(kata cikgu, haruslah duduk beralas). Ruang santai ni aku buat di tengah2 bilik anak3 dan bilik aku. Senang...semua boleh berkumpul....lagipun keluarga kami ni taklah besar sangat.


Di bahagian dinding ruang santai ni kami letakkan gambar lukisan (handmade) sebagai penyeri. Lukisan ni bos aku yang hadiahkan masa aku kerja kat Shah Alam dulu. Coraknya adalah Pokok Tudung Periuk Kera....memang susah nak jumpa dah pokok ni...kalau ada pun kat kampung2....itu pun kat hutan.
Hari tu anakku tanya kat aku


Aniq : Mama, biasanya binatang yang makan tumbuhan,  ada tak tumbuhan yang makan binatang.
Mama : Ada...pokok tudung periuk kera.
Aniq : Dia makan macamana mama?
Mama : Dia buka penutup dia...kalau serangga masuk, dia pun tutup lah penutup dia...dan bila serangga masuk, dia dah tak boleh keluar sebab kat dalam dia ada pepsin iaitu sejenis bahan kimia untuk melarutkan serangga. Bila dah mati, serangga tu bertukar menjadi nutrien untuk pokok ni. Macam tu la cara dia makan
Aniq : Macam mana rupa dia ye mama?
Mama : Macam kat lukisan ni la.
Aniq : Ooooooooooooo (sambil pandang lukisan). Binatang lain dia tak boleh makan ke?
Mama : Contoh?
Aniq : Katak
Mama : Katak lagi besar dari pokok ni...macamana dia nak makan. dia hanya makn serangga je.
Aniq : Dia ada gigi ke?
Mama : Mana ada...dia hanya guna penutup dia tu je...macam org tua tak ada gigi...
Aniq : Hehehe
Mama : Dah. (Malas nak layan...makin dilayan makin banyak yang ditanya...maklumlah budak baru tgh nak belajar). Tp dalam malas tu aku layan juga apa yang dia tanya....binatang apa yang kita boleh makan dan binatang apa yang kita x boleh makan

Nampak tak lukisan yang aku gantung ni ada value yang tersendiri....boleh dijadikan bahan pengajaran dan pembelajaran. Bukan untuk cantik sahaja tapi sebagai khazanah yang diilhamkan dalam bentuk lukisan. 

Jadi cikgu la pula ari ni. Peweeeet.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan