FOREVER

FOREVER

Jumaat, 26 Julai 2013

PERMATA HATI MAMA

Pagi Jumaat yang indah ni...tiba2 aku rasa sayu sangat...dan teramat-amat bersyukur kerana dikurniakan anak3 sebagai penyeri hidup kami suami isteri. Tanpa mereka, pasti hidup aku akan sunyi. Indahnya ciptaan mu Tuhan...Aku amat2 bersyukur....tak mampu untuk aku luahkan dengan kata2 mahupun bisikkan dalam hati....betapa aku amat mensyukuri kurniaan Mu ini.

Setiap anak, pasti akan mempunyai karekter yang berbeza. Memang sudah itu lumrah kehidupan, jadi kita kena terima dan belajar untuk menerima seadanya. Dari bayi, meniarap, merangkak, bertatih, berjalan dan berlari....semua itu berlaku depan mata kita...sebagai seorang ibu, sudah tentu kita boleh baca karekter anak2 kita....dan kitalah yang kena pandai melayan karenah mereka kerana hanya kita yang tahu kelemahan dan kelebihan mereka.

Sebagai seorang ibu, aku cuba memberi galakkan apa yang mereka minat...dan aku akan berada di sebelah mereka untuk menyokong mereka. Kasih seorang ibu tak mampu untuk aku gambarkan...hanya orang yang bergelar ibu sahaja yang tahu...betapa kasihnya mereka terhadap anak2. Baru aku tersedar dari lamunan....betapa ibu aku juga menyayangiku sepertimana aku menyayangi anak3 ku. Baru aku tahu kasih sebenar seorang ibu apabila kita sendiri yang jadi ibu. 

Kalau zaman kecik2 dulu selalu merungut dan kata ibu tak sayang kat kita....sayang kat adik lebih...apa2 asyik suruh kita jeee, tak nak pun suruh adik....asyik2 kita je yang kena mengalah....sebenarnya dah kita kakak...dah cerdik, jadi sudah tentu ibu akan suruh kita sebab dia dah harap kat kita..kita je yang emo lebih kan? Itu semuanya emosi. Bila kita dah jadi ibu baru tahu kenapa? Aku amat menghargai saat2 indah bergelar ibu dan saat2 indah bergelar anak kepada seorang ibu.

Aku berusaha untuk menjadi ibu yang terbaik untuk anak3 walaupun aku tahu aku tak sempurna. Aku akan cuba untuk mengembirakan hati anak3 ku....menjadikan mereka insan yang berguna di dunia dan di akhirat. Amin

 Kakak @ Aufa
**************

Kakak adalah anak sulung...dia memang seorang anak yang matang, berdikari, berani menyahut cabaran, yakin dengan diri, petah berkata2 dan berani mencuba. Di sekolah, dia memang tak aktif sangat bersukan...sebab badan dia memang dari kecil semangat tetapi dia aktif dalam kurikulum yang lain contohnya becerita, bersajak....dia memang cukup suka. Kat sekolah dah banyak kali juga la dia dapat tempat pertama pertandingan bersajak...dan pernah cikgu hantar pertandingan bercerita peringkat sekolah. Dia memang jenis yang yakin dengan diri sendiri....itu memang aku tak nafikan. Walaupun kakak jenis yang degil dan berdikari, tapi sebenarnya kakak ni anak yang manja dan suka nak bermanja2.

Bila dah besar sikit skrg ni....dia cepat sangat dengki ngan adik....cakap mama lebihkan adik, sayang adik....ala...macam aku dulu2 la tu. Padahal dia tak tahu yang kita ni sayang kat dia...apa2 suruh dia yang tolong buat dan suruh dia mengalah sebab dia dah jadi kakak...dan dia lah harapan kita untuk tolong kita.
Sekarang dah pandai melawan cakap...ialah, budak baru tgh nak membesar dan berhijrah ke alam remaja....dah ada dunia sendiri...aku pun mungkin macam tu juga dulu2 agaknya. 
Kakak ni agak malas sikit berbanding dengan adik dia...dan sekarang waktu dia pula yang buli adik...sikit2 dia suruh adik dia yang tolong buatkan...guna kuasa la kononnya tu. Aku perhatikan jeee gelagat dia....hahaha. Aufa ni aku perhatikan jenis yang nak cepat dan careless...dan suka buat kerja last minute. Kakak...kakak....!!!!
Semua makanan dia suka...tolak batu dan kayu jeee.
Mama sentiasa doakan kakak agar menjadi anak yang solehah...dan menjadi insan yang berjaya suatu hari nanti. Mama tahu kakak mampu.Amin



 Aniq
******

Seorang yang manja, tak banyak kerenah, senang nak handle, sensitif, tak yakin dengan diri sendiri, tak berani, tak lasak dan takut untuk mencuba sesuatu. Best friend dia ialah adiknya sendiri iaitu Adam...hahaha...dengan adiklah dia bermain, bercerita, bergaduh..dan kadang2 boleh menangis sebab adik. Si kakak pula tukang usik, dan dia pula tukang nangis...memang sepadan dan secocok lah sangat.

Aniq jenis yang ringan tulang, penyayang, tak suka buat kerja last minute dan seorang yang pengemas. Bila tidur suka sangat hisap jari walaupun sekarang dah darjah satu. Bila tanya kenapa suka hisap jari?...dia boleh cakap "mamalah yang lahirkan abang macamni"....pulakkkkkk kita yang disalahkan. Pernah dia cuba untuk tak hisap jari...dia pakaikan stokin kat tangan dia...tp bila pagi je, stokin hilang entah kemana, jari dalam mulut....kesian, dia dah cuba tapi belum berjaya lagi. Mungkin tunggu besar sikit lagi kot....mesti malu punya bila besar pun masih hisap jari.

Lagi satu...Aniq tak suka makan masakan Malaysia terutama nasi...suka yang western, mee, mihoon...ngada2 btul tau. Aniq berhati lembut dan senang di pujuk. Kadang2 bila kita dengar percakapan dia, memang kelakar...ada2 je cerita dia.



Adam

Nakal, suka cakap banyak, tak boleh ditegur, bila merajuk suka masuk bilik, suka nangis bila disakat oleh abang dan kakak, manja, sederhana lasak, suka ikut kepala sendiri, suka dipuji, fanatik altraman, perasan dia handsome, berani.

Karakter dia tak boleh nak cerita banyak sangat lagi sebab tak nampak sisi sebenar dia lagi tapi yang perasan ialah si Adam ni suka orang bagi perhatian kat dia....kalau abang dia ta nak main ngan dia, mulalah dia merajuk. Siap atang mengadu cakap abang tak nak main ngan dia.Ada-ada je!!!



******************************************************************************

Ini lah permata hati mama. Mama harap semua anak mama akan berjaya suatu hari nanti...dan mama sentiasa doakan anak3 mama agar menjadi anak yang soleh dan solehah...dipermudahkan oleh Nya kehidupan didunia mahupun diakhirat. Amin.

Mama tak mampu untuk cerita atau terjemahkan kasih sayang mama kepada anak3 mama...kerana mama amat menyayangi kalian...tiada harta yang bernilai selain kalian. Kalau mama marah, membebel atau apa sahaja yang mama lakukan, jangan sesekali simpan dalam hati tau...sebab mama buat semua tu kerana mama sayang sangat3 kat kalian. Mama nak tengok anak mama menjadi orang yang berguna sebenarnya. Setiap kesalahan mama dalam membimbing kalian, harap kalian maafkan. Dan..........setiap apa yang kalian telah lakukan, mama sentiasa akan maafkan...sehinggalah mata ini tertutup.

Sayang kalian ketat-ketat wahai anakku. Sayang dia muahhh muahhh.


*********************************************************************************




Tiada ulasan:

Catat Ulasan