FOREVER

FOREVER

Khamis, 14 Ogos 2014

MAKAN2 DAN TELATAH ANAK

Hohoho...ini cerita last month punya...tapi wa baru nak update. Almaklumlah...bila puasa...semua harus puasa....dengan blog2 sekali berpuasa. Wa jadi malas tahap gaban masa tu...Gaban pun tak malas macam tu wa rasa. Kononnya letih la...mata berpinar la....lu percayakan je la dengan alasan tak berasas wa ni.

Ini adalah antara waktu2 wa berbuka puasa kat luar. Apa yang wa nak citer ialah anak wa ni...macam2 ragam...macam2 perangai.


Bos besar yang dapat durian runtuh yang belanja. Mem tumpang makan je la.


Sebelum ke restoran ni, aku dh call order siap2. So bila agak2 dekat nk berbuka baru aku datang. Lau datang waktu nak berbuka baru nak order...alamatnya kul 8.00 belum tentu kau boleh makan. 
Masa ni Adam dah lapar sangat...dia minta nak makan dulu sikit. So bagi lah budak tak puasa ni makan dulu. Yang tak menahannya....boleh pula dia makan dan buat gaya makanan tu teramat lah sedap...dan siap suruh abang dia rasa. Apa lagi....meroyan lah si Aniq marahkan Adam...kononnya goda dia untuk makan.


Cuba teka Adam tgh buat apa tu......
Hahaha....tgh menahan kentut katanya.



Anak2 yang pilih meja.....suka sangat diorang duduk sebelah mini waterfall ni. Senang nak tangkap ikan sebenarnya.


Aniq yang tak senang duduk......lapar katanya.....


Adik yang tengah menduga iman si abang.....kesian. Sampai nak nangis abang marahkan adik supaya makan elok2 janagan nak mengada2.


Inilah kisah puasa dan makan anak2 ku. Alhamdulillah.....Aniq dapat berpuasa dengan jayanya.....walaupun pelbagai dugaan dan godaan datang melanda. Syabas Abang Aniq. Adam tahun depan akan memasuki umur 6 tahun...so boleh la ajar dia pelahan-lahan. Bila dah masuk umur 7 tahun nanti harap dia boleh berpuasa penuh macam abangnya.

Ini lah keletah hero2 mama.



Tulus Kasih,
Qasih Mama


Tiada ulasan:

Catat Ulasan