Patik pacar yang hina ingin menyusun 10 jari mohon keampunan kerana hamba sudah lama tidak berkunjung ke laman blog ini. Rupa-rupanya blog ini sudah bersawang. Maafkan hamba semuanya. Hamba bukannya apa, cuma terkena penyakit sawan malas sahaja. Pada mulanya hamba ingatkan penyakit ini biasa2 sahaja....rupanya ia makin merebak sehinggakan hamba malas nak jeling blog sendiri apatah lagi membukanya.
Sebagai mukaddimah pertama, izinkan hamba kongsikan semangat deco2 raya hamba yg tak seberapa ini.
Balik je dari tempat kerja.....terus aku mengadap benda ni....
Laki balik pun aku tak hirau...nak makan pandai2 lah senduk sendiri. Eh aku masak ke ari tu ek....aku pun lupa. Ke laki aku membebel sebab aku tak masak. Abaikan je lah kisah laki aku tu yee.. bila benda dah lama tp baru nk update, cam ni la jadinya....semua boleh lupa.
Proses menggunting dan menampal bermula. Khusyuk sampai meleleh air liur buat benda alah ni. See...ayat yg aku tampalkan....hehehe...kononnya la operation start since 2013 tapi laki aku cakap kitchen aku ni jarang buka...tutup je memanjang. Lau buka pun hujung minggu je. Cisss....berani dia kutuk aku depan2.
Lagi.....menarik kan kata2 dia? Yang ni pun laki aku komen gak....katanya lau masak sedap setaraf 5 bintang baru la happiness. Lau setakat apa yang aku hidangkan kat dia, laki aku cakap setakat senyum kambing je la...nak senyum buka mulut nampak gigi tu tak la.... Hampehhh terus remuk hati aku. Sebagai balasan, seminggu aku boikot dapur...tak masak. Padan muka. Eh biasa pun 5 hari tak masak, 2 hari je masak...jadi dia tak terkesan sangat...hahahah.
Yang ni simbolik
Dan....inilah hasilnya. Baru ada seri sikit.
Yang buat spoil ialah wayar kipas tu....sakitnya mata.
Laki aku cadangkan alihkan plug tu. Nanti lau ada masa panggil org wiring buat. Tapi tunggu2 lah.
Ok. Anggaplah entry ni mukaddimah pertama aku. Nanti aku update lagi. Byk deco2 raya dan cerita yang aku nak share.
Moga aku terus istiqamah dlm update blog ye.... Hehehe
Peace no war.
Tulus Kasih,
Qasih Mama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan