Minggu lepas laki aku cakap dia balik keja lambat sikit coz dia nak pergi makan ikan bakar ngan geng pensyarah kat tempat keja dia. Nak makan ikan bakar kat Alai katanya. Sedih....terpaksa dinner ngan anak2 je la malam tu.
So, malam tu aku bawa la anak2 makan kfc kat Tesco. Aku ni jarang drive malam2.....nerbes mak tau.
Tengok....sedih kan....ini je makanan kami malam tu. Dia kemain lagi berbakar bagai....terus terbakar hati mak yang sensitip niii.
Kakak cakap suruh ambil gambar diorang n hantar kat abah....bagi abah dia rasa bersalah sikit....hahaha
Mak borek, anak rintik.
Adam suruh ambil gambarnya tengah makan. Siap nganga luas2 lagi. Pandai budak kecik ni lau bab berlakon.
Abang Aniq lak siap menjilat jari....semua ini poyooo.
Hakikat yang sebenar...muka kesedihan sebab dinner tanpa bapa di sisi. Oh ini memang aku yang lebih2kan cerita....padahal mereka ok jeee. Lagi pun bapanya memang jarang2 sekali kuar melepak dengan kawan2 bila habis waktu bekerja....so biarkanlah dia dengan dunia jarang2 sekali. Tapi kalau hari2.......aku akan bertukar menjadi singa jadian.
Ini dulu yang habis....wadges
Mama tak lalu makan lau suami tiada disisi....tengoklah hanya makan secubit jeee (sila jangan percaya yeeee....hehehee)
Ini gambar yang kawannya hantar kat moment wechat.....laki ku tengan tersadai kekenyangan.... licin semua pinggan. Terus bawa hati.......ajak anak2 pergi kat kedai baju....maka terembatlah dua helai dress dan dua helai baju basahan. Baru puas hati dan hilang sakit hati. Hahhahaa....penyakit sawan menyoping dah datang.
Oleh kerana semalamnya dia dah makan dengan kawan2...malam esoknya, dia bawa aku n anak2 makan kat restoran seafood...dinner together-gether. Nak hilangkan rasa bersalah la tu....
Hari ni dia pergi berkursus selama 3 hari di Perak. Tapi dia janji bila dia balik, dia akan bawa kami makan ikan bakar tempat dia makan hari tu.
Bang...u jangan nak buat lupa yeee...balik ni ai tuntut janji tau. Simpan sikit space memori tu untuk janji yang u dah cakap ni....jangan nak penuhkan dengan ilmu berkursus tu yeee.
Alamak.......bermulalah episod kesunyian dalam episod hidup ai selama 3 hari ni.....oh sedeeeehhhnya. Bang...I Love U.....Take care...I Will Always Miss U.
Anja sangatkan. Hehehehe.
Tulus Kasih,
Qasih Mama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan