FOREVER

FOREVER

Khamis, 28 Ogos 2014

KURSUS 2 HARI 1 MLM

Hari Ahad dan Isnin baru ni aku pergi kursus kat Shah Alam.Waaaaahhhh lama gilllsss aku tak outstation cam ni....rasanya semenjak pindah ke Melaka. Ialah,sebelum ni aku n anak2 je yang pindah....bapaknya belum lagi. Oleh kerana bapanya dah dapat pindah n stay bersama macam dulu....maka omaknya boleh la outing. Anak2 aku tinggalkan dengan apaknya je.

Masa nak pergi...aku dah maklumkan kat anak2 dua minggu lebih awal. Tapi boleh dikatakan hari2 mereka tanya bila mama nak pergi kursus? Kenapa mama kena pergi? Ai is rimas ok. Masa dah dekat dengan tarikh....Si Aniq tanya memang perlu ke mama pergi? Kalau tak pergi boleh ke? Aku tanya la kenapa? Dia cakap nanti kami nak makan apa? Abah tak pandai masak. Aku cakap abahnya tak pandai masak tapi pandai beli makanan bermasak....dont worry...takkan kebulur punya. Tapi mereka tetap tak puas hati...tak bagi aku pergi gak...alasan lainya ialah nanti tak ada orang nak ajar mereka buat homework....aku cakap la bapanya pun pandai gak...masuk universiti cam mama gak. Last2 mereka terpaksa redha....dalam keberatan. Alahai anakku .....jangan nak anje2 sangat lah...mama pergi berkursus je pun...bukan pergi berperang...lagi pun satu malam je...bukan satu bulan. 

Maka berangkatlah aku seawal kul 8.30 pagi. Sebelum pergi...aku dah siapkan nasi goreng dan telur dadar for them untuk breakfast. Aku pesan kat Hubby jangan lupa bagi makan kat anak3.


Masa aku sampai, sesi kursus baru bermula.


Sebelah petang selesailah kursus Profesional Learning Fasilitator. Conpem lepas ni boleh jadi penyampai yang baik. Student dalam kelas konpem tak tisdoooo. Hahaha....So macam biasa....habis jee program sesi bergambar. Cuba cari ahkak duk tang mana. Yang baju berjalur memanjang lah......yang gediks tuuu.


Malam tu ahpaknya cakap nak bawa kiddos makan. Dia wasap gambar anak2 kat aku. Takut aku cakap dia dera anak dengan tak bagi makan la tu. Itu yang hantar bukti bergambar. Baru ai niat nak saman tadi....huhuhu bajet retis sangatkan...nak saman menyaman dengan laki sendiri.


Kemain korang yeee...mama tak ada makin happy nampak. So yang merayu mama jangan pergi hari tu...cuma berlakonlah yeee. Hipokrit sangat tau. Lau macam ni mama pergi sebulan la....wawawawawa.


Yang si kenit ni sah kena dera kat bapak...nampak sangat kebulurnya....sampai phone pun nak telan. 
Malam tu aku n rakan sebilik kuar gi makan kat SACC Mall. Makan kat Restorant ala2 Vietnam gitu makanannya. Tapi kami tekak melayu....tetap order yang biasa tekak ni telan.


Mas punya ....kuey tiew kngfu...pun sedap


Yang ni aku tak rasa...coz aku tak berapa suka


Yang ni aku tak tahu namanya apa...tapi rasanya sedap dan uniq.....pisang yang digoreng dengan prawn dan disaluti tepung dan biji bijan


Yang ni aku punya....Hehehe...orang nak diet haruslah mencekik nasi malam2 buta...hahaha


Lepas makan menyesal gila...bukan sebab tak sedap...tapi sebab telah melanggar azam tak nak makan nasi malam.



Suasana restoranya


 Fresh orange + Asamboi


Paginya pula...sebelum meneruskan kursus pada hari yang kedua...aku breakfast dulu kat hotel. Aku ambil jus oren n susu segar


Mihun sup...yang ni tak berapa sedap....mihun dia agak keras.


So meh kita cari yang lembut...senang sikit nak hadam....bubur nasi. Sedap.


Setle makan...meh la kita meneruskan sesi berkursus kita...


Makin banyak kulit gula2 atas meja....hahah...nak hilangkan ngantuk.


Akhirnya....selesai sudah berkursus. Hari ni ai jadi manusia yang paling ayu....eh terpuji diri sendiri lak.



Sekian kisah berkursus....


Tulus Kasih,
Qasih Mama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan