Masa hari minggu bulan puasa....banyak aktiviti goyang kaki berlaku. Ye lah...biasanya bangun je pagi2...terus bersilat kat dapur. Kul 10.30 pula continue bersilat untuk hidang makan tengahari lak. Tapi bila masuk je bulan puasa....aktiviti di dapur terhenti sekejap. Bila petang baru aktiviti bermula.
Bila dah tak tahu apa nak buat...mula la aku buat susun atur. Nak hilangkan rasa boring benornya. Dah setle membasuh, mengemop dan mengemas...aku buat susun atur kat bahagian loundry umah lak.
My laundry memang duk kat bahagian dapur...yang pintu hitam bercorak putih itu adalah stor
Pandangan tepi......aku buat kawasan laundry ni menghala ke wet kitchen. Kat wet kitchen tu aku letakkan sidaian yang melekat kat dinding. Sedang elok masa gambar ni di snap, aku baru je selesai sidaikan pakaian sekolah anak3. Plan tempat nak letak mesin basuh ni memang aku yang design awal2 semasa nak buat renovation dulu. So kontraktor dah siap2 la buat paiping dan wiring.
Para hitam tu aku beli kat Jusco. Harga dah lupa tp rasanya dalam RM50 je kut. BAkul putih lak beli kat Ikea harganya ialah RM9.90. Pemasangan para ni opkos la my cinta hati beta yang buat. Asalnya laki aku dah minta Taukeh cina aluminim datang ukur masa dia datang pasang pintu kabinet (bahagian oven n microwave..... Pasal yang tu nanti aku cerita next episod ye). Tapi aku cakap kat laki aku tak payah la nak membazir sangat....guna para pun cantik n senang sikit nak ambil barang...tak payah nak buka tutup. So niat tu kita kuburkan je lah dulu ye. Tunggu adinda terbuka pintu hati nak buat kabinet, baru kita gali balik niat tu.
Nak naikkan seri kat kawasan ni, aku lekatkan board frame dan frame gambar.
Kat atas para lak aku susunkan keperluan membasuh. Simple je kan? Tapi yang pasti hiasan bunga tak boleh dilupakan. Bunga hiasan ni aku beli kat kaison. Ini pun murah gak....rasanya dalam RM 2 lebih je kut setiap satu tu.
Ok ni ialah frame board yang aku buat
Frame kaca dan Frame gambar yang berbentuk baju tu aku beli kat kaison gak. Saje je aku beli frame baju comel sebagai simbolik tempat laundry area aku n family....sweet kan. Eppppsss...jangan korang nak muntah ye bila aku puji diri sendiri. Macam la korang tak pernah puji idea sendiri.Hehehhee.
So maka wujudlah small laundry kat umah aku. Simple but sweetttttt....hahaha jangan pandai2 nak bagi kutukan atas pujian ku tadi.
Kawasan ni pun tetap bertemakan hitam putih.
Itu jelah cerita about my laundry area.
Ok lah uolllsss....ai nak sambung buat keja jap. Nanti esok kita membebel lagi ye.
Bye.
Tulus Kasih,
Qasih Mama
suka ruang camni kat umah...:))
BalasPadamSaya pun suka tengok rumah awak...cantik
Padam