FOREVER

FOREVER

Isnin, 31 Mac 2014

KEMAS RUMAH

Hari Selasa lepas aku cuti. Saja gatal nak minta cuti. Maklumlah anak3 cuti sekolah, mak pun opkos la gedik nak cuti sekali. Tapi aku cuti satu hari je la.....gila nak cuti banyak2, kerja tengah berlambak.

Bila cuti ingat boleh cuti daripada buat kerja, tapi rupa-rupanya lagi banyak kerja. Bila duk umah, macam2 benda nak dibuat. Nak mengemas la, nak mengemop la, nak membasuh la...macam2 lagi la....last2 aku yang kepenatan sendiri.


Walaupun rumah aku tak ada la kebabom besarnya, tapi tetap ada banyak ruang yang nak di bersihkan. Ruang tamu, ruang keluarga, ruang makan, dapur kering, dapur basah, porch...adoiiyaii penat weeh. Ini aku baru tunjuk ruang tamu yang aku bersihkan.

Bila jadi mak2 ni baru tahu erti penat. Masa kecik2 dulu asyik buat sepah patutlah mak asyik menjerit je. Sekarang giliran aku pula yang menjerit. Sebenarnya aku tak la menjerit sangat. Aku just bagi jelingan maut je....itu dah cukup buat anak3 aku rasa bersalah. Hahahhaa.





1 ulasan: