FOREVER

FOREVER

Selasa, 18 Mac 2014

PUNCA KEGEMUKAN


Kalau korang nak tahu, semenjak aku pindah ke Melaka, berat badan aku bertambah berkilo-kilo. Berapa kilo jangan tanya....sebab aku tak pernah timbang dan tak nak timbang pun sebab aku takut nak terima kenyataan. Yang pasti aku boleh rasa berat aku memang naik sebab perut aku makin boncit. Helllllppppppp  me please.

Aku dah kaji kenapa berat badan aku boleh naik. Salah satu puncanya ialah semenjak pindah sini aku n family suka sangat makan malam dan makan fast food. Kalau kau orang follow blog aku dari awal mesti korang tahu yang aku n husband just weekend husband n wife (weekend marriage). So hari minggu aje yang dapat spend time together. Maka masa tu kami akan habiskan masa dengan jalan2. Bila dah jalan2 tak kan tak makan pula kan???

Dah la kami ni jenis suka kuar rumah lepas Asar bawa ke malam.....jadinya makan pun belah malam la. Kalau dah gi jalan tu.....anak3 suka pilih fastfood restaurant. Itu je pun banyak dalam mall atau tepi highway sekalipun.

Gambar dibawah ialah contoh2nya. Kalau tak silap gambar ni masa chinese new year ari tu. Gigih aku cari dalam gobok album tau.



Set untuk anak3


Minuman bergasnya.....oh tidak...banyak gula ni


Comel kan 


Anak dan bapa sama naik


Budak peace tak dilupakan


Amboi kakak.....luasnya nganga


Tuan tanah yang tak bersalah makan fastfood malam2. Tengok pipi ai yang makin cubby tu.


Akhirnya.....selamat mendarat dalam perut masing2.


So, sekarang bila laki dah pindah n dah satle down kat sini, aku dah buat satu peraturan baru iaitu fastfood hanya sebulan sekali sahaja. Makan malam pula hanya light food saja. So aku hanya masak untuk dinner contohnya sandwich, roti n soup, mee goreng, mihun goreng, keuw teuw goreng, mee sup, sup sayur, tomyam sayur, roti sosej, scramble egg n sewaktu dengannya. No more nasi disebelah malam. Dan alhamdulillah setakat ni perut masing2 boleh terima rules n regulation yang aku buat tu. Hebat tak Kak Jah.

Kalau nak makan nasi sebelah malam pun hanya hujung minggu jee...itu pun aku tak masak tapi panaskan balance nasi n lauk siang tadi jeee......kejam tak.....hahahha.

Aku tak nak la kurus keding...just turun sikit berat badan pun jadi lah. Takut oii bila umur dah masuk 30 an ni macam2 penyakit akan kuar kalau tak dijaga....sekarang baru ada kesedaran kesihatan sikit. 

Itu je lah yang nak ceritanya....esok akak akan cerita tentang macamana ahkak jaga kesihatan pula yee.



Ok, bye.



Tulus Kasih,
Qasih Mama







Tiada ulasan:

Catat Ulasan