FOREVER

FOREVER

Khamis, 20 Mac 2014

ANAKKU DAN CIKO

Ini kisah Aniq & Adam. Mereka ni memang animals lover. Ada seekor kucing tu...dia selalu datang kat rumah kami. Anak2 pula rajin melayan n bagi makan...maka lagi keraplah dia buat kuncungan. Aniq dan Adam mnamakannya CIKO. 

Aku perasan si Ciko ni akan datang kat rumah bila dia terdengar suara kita orang. Contohnya bila aku balik kerja, dia tak ada...tapi bila dah bunyi riuh rendah kat open kitchen tu...pasti dia akan datang. Paling tak pun dia akan tunggu tepi pagar rumah, nampak je kereta aku masuk pagar, dia akan ekori kami.

Yang bestnya, dia tak berak dan tak tidur kat rumah aku. Dia hanya akan datang bila kami ada kat rumah jeee. Comelkan.


Aniq n Ciko.
Waktu ni aku ajak Aniq buat kerja sekolah kat laman rumah coz sekarang ni bila duk kat dalam rumah rasa bahang jeee. So kami ambil angin luar. Masa kami keluar, Ciko tak ada lagi...bila dah dengar riuh suara kami anak beranak, dia pun datang. Aku rasa kucing ni kesepian.



Nama saya CIKO


Melingkau jee duduk kat atas meja tu.


Aniq, Adam dan Ciko. 

Adam ajar Ciko buat peace...macam la Ciko tu faham.
Mereka ni pun pasti akan resah kalau dalam sehari tak nampak kelibat Ciko.
Sebab dah biasa Ciko mengekor kat kaki bila kami ada.

Aniq kata dia ialah tuan angkat Ciko. Kalau Ciko tak ada tu, maknanya Ciko ada kat rumah tuan sebenarnya. Tapi sampai sekarang pun aku tak tahu siapa tuan sebenar Ciko ni.








Tulus Kasih,
Qasih Mama




Tiada ulasan:

Catat Ulasan