FOREVER

FOREVER

Isnin, 8 Julai 2013

GRILL RUMAH

Salam penuh ceria  buat sahabat2 ku semua....Moga hari ni adalah hari yang baik untuk anda semua.Wallaweiii skema gila ayat ai. Hari Isnin la katakan....mood lemau nak kerja ...kena la ceriakan diri sikit....tak gitu.

Hari ni tak nak citer panjang....just nak share gambar grill umah je. Layanzzzzzzzzzzzzzzzz.......



Pintu pagar.....yang asal kosong n warnanya kelabu....aku minta tauke grill ni cat balik kaler putih n buat sedikit deko seperti grill umah aku. Permintaan ditunaikan seperti yang diminta. Besi kat bawah tu hubby yang minta tambahkan supaya tak masuk kucing atau anjing.....yang penting sekali ialah free coz dah buat grill satu umah ngan dia.Tapi abang ni memang baik....senang berkerjasama...dia tahu apa yang kita nak...harga pun boleh dirunding.


Pandangan dari dalam umah. 


Grill tingkap. Ai pilih material wrought ion tp ai tak nak cat warna yang biasa rought iron guna ala2
gold+suasa+hitam tu...tp ai minta brader ni cat warna putih. Dan hasilnya memang memuaskan hati...warnanya putih shining coz aku minta besi ini di powdercoatkan dan masukkan kedalam oven sekali agar tahan berbelas tahun.


Bahagian sliding.....konsept autumn in my heart....Sebelum ni puas juga la aku duk pikirkan corak macamana yang nak....nak yang nice n simple. Puas juga aku duk design n tanya pendapat Kak Azila......corak ni sebelum ditercemahkan dalam bentuk grill, aku ada design n tunjuk kat beliau....beliaukata cantik...tunjuk lak drawing yang aku buat tu kat hubby, dia pun setuju....dah semua setuju, maka aku pun tempahlah seperti yang kita idamkan. Masa pekerja brader ni tgh dalam proses buat, aku ada gak jenguk kat kedai dia, sama ada memenuhi apa yang aku gambarkan atau tidak......dan alhamdulillah sangat2.....memang cantik dimata aku.


Pintu utama....ingat kaler pintu tu nak tukar kepada kaler putih gak....lau ada masa+rajin mengecat la.


Grill tingkap gak


Itu je nak share untuk hari ni.....i love white....look so suci sangat. Kalau nak tahu lebih detail...review balik entry yang ai buat sebelum ni...."Pemasangan Grill Rumah".


Tata...

Jumaat, 5 Julai 2013

RUANG KELUARGA/ MENONTON

Salam Jumaat buat sahabat2 ku. Moga hari anda dipenuhi dengan keberkatan pada hari ini. Ada gaya ustazah ke idok???? Jangan nak merepek lama2 lah kan...nanti kauorang mesti muntoh ijau. Jom kita citer pasal umah lagi. Tak habis lagi pasal umah kan? Malasssss...tapi terpaksa juga aku update...selagi tak update selagi itulah kakak ku seorang tu akan bertanya "bila nak update lagi"....siap post kat fb bila nak update...bila dah update, tak puas hati...katanya nak ngelat sebab post sikit je gambar....dasar tamak haloba sungguhhh...hahahaha. Ajak datang sini tak ada masa...mentang2 lah dah pindah jauh.

Hari ni kita bercakap pasal ruang keluarga pula ye kak....sharing is caring....seperti yang telah kita bincangkan dulu dan apa yang ai gambarkan kat u dulu. Dan sekarang ai dah terjemahkan...tengok lah gambar yang tak seberapa ni...kalau nampak kelabu atau tak clear tu, maafkanlah hamba....gambar snap waktu malam+guna hp cap ayam jeee.


Inilah ruang keluarga/ menonton kami...comel jee


Hanya diletakkan L-Shape....kat bahagian sekali tu merangkap coffee table....senang, tak payah nak letak coffee table kat tengah, buat menyemak je. Aku jenis suka kalau ruang keluarga ni nampak lapang sikit kat tengah tuuu.


Yang ni gambar agak jelas sikit. Kat bahagian tengah asalnya aku letakkan karpet, tp kurang sesuai sebab kat ruang ni, anak3 aku suka makan sambil menonton, itu belum kira mereka makan kuaci...takkan 3x sehari aku nak vakum...tak sanggup den...so aku deside nak letak tikat evamatik je....lembut, senang dilap dan disapu. Dah jumpa tikar ni kat kedai pak syekh di tesco...tapi gambar kartun la pula....ingat nak cari corak abstrak....ari tu masa on the way nak balik kampung ada jumpa kat tempat makan digombak......tp tak terbeli la pula. Nanti lau nak balik kg lagi, nak singgah jap, kut2 ada lagi corak yg aku tengok hari tu.


Pandangan dari arah ruang makan. Tv tu belum digantung lagi...anak3 tak bagi. Katanya lau gantung dah tak boleh nak pusing lagi. Mereka lau nak makan kt dining, mereka pusing je tv tu...makan sambil tengok tv....bernas tak idea mereka. Mata masing3 kalau tak pandang tv sambil makan tak sah.


Wallpaper sebagai penyeri (wall). Kalau kami nak menonton, kami padamkan semua lampu dan hanya pasagkan eyeball kuning sahaja....baru best...ala2 pawagam


Jam yang beli hari tu....kan dah citer pasal jam....lau nak tahu tgk entry terdahulu.
Wallpaper ni ada kesan shining sikit.

Khamis, 4 Julai 2013

RUANG SANTAI KELUARGA

Hallooooo kengkawan semua....sihat tak semua, ai memang sihat tapi anak2 yang kurang sihat....mula2 adam, lepas tu abangnya si Aniq pula. Dah musim demam nak buat camana ye...terima jelah....walaupun terpaksa kerap bercuti....demi anak2, ibu tetap berkorban janji anak2 sihat.

Dah 3 hari Aniq tak pergi sekolah....nampaknya mak dia terpaksa kerja keras sikit mengajar lepas daripada ni, kalau tak kesian dia, banyak yang ketinggalan matapelajaran kat sekolah.



Ini adalah ruang santai keluarga....merangkap tempat aku menjadi cikgu memantau anak2 membuat kerja sekolah dan mengajar mengaji. Tempat ini juga adalah tempat anak3 ku bermain selain dalam bilik mereka. Kadang2 aku pun tumpang main sekali contohnya main lego ke, sahiba ke....Aku memang melarang keras mereka bermain depan tv...mengganggu kosentrasi orang lain nak  tengok tv. Mulalah kakak dia terjerit2 suruh mereka ke tepi. Yang si kakak nak tgk tv, yang si adik2 pula nak main....jadi, bila dah ada ruang, walaupun kecil, aku cuba manfaatkan ruang yang ada supaya boleh digunakan.


Kat sini aku letakkan 2 biji bean beg, yang warna silver tu aku punya, dan yang warna coklat tu hubby yang punya....(kata cikgu, haruslah duduk beralas). Ruang santai ni aku buat di tengah2 bilik anak3 dan bilik aku. Senang...semua boleh berkumpul....lagipun keluarga kami ni taklah besar sangat.


Di bahagian dinding ruang santai ni kami letakkan gambar lukisan (handmade) sebagai penyeri. Lukisan ni bos aku yang hadiahkan masa aku kerja kat Shah Alam dulu. Coraknya adalah Pokok Tudung Periuk Kera....memang susah nak jumpa dah pokok ni...kalau ada pun kat kampung2....itu pun kat hutan.
Hari tu anakku tanya kat aku


Aniq : Mama, biasanya binatang yang makan tumbuhan,  ada tak tumbuhan yang makan binatang.
Mama : Ada...pokok tudung periuk kera.
Aniq : Dia makan macamana mama?
Mama : Dia buka penutup dia...kalau serangga masuk, dia pun tutup lah penutup dia...dan bila serangga masuk, dia dah tak boleh keluar sebab kat dalam dia ada pepsin iaitu sejenis bahan kimia untuk melarutkan serangga. Bila dah mati, serangga tu bertukar menjadi nutrien untuk pokok ni. Macam tu la cara dia makan
Aniq : Macam mana rupa dia ye mama?
Mama : Macam kat lukisan ni la.
Aniq : Ooooooooooooo (sambil pandang lukisan). Binatang lain dia tak boleh makan ke?
Mama : Contoh?
Aniq : Katak
Mama : Katak lagi besar dari pokok ni...macamana dia nak makan. dia hanya makn serangga je.
Aniq : Dia ada gigi ke?
Mama : Mana ada...dia hanya guna penutup dia tu je...macam org tua tak ada gigi...
Aniq : Hehehe
Mama : Dah. (Malas nak layan...makin dilayan makin banyak yang ditanya...maklumlah budak baru tgh nak belajar). Tp dalam malas tu aku layan juga apa yang dia tanya....binatang apa yang kita boleh makan dan binatang apa yang kita x boleh makan

Nampak tak lukisan yang aku gantung ni ada value yang tersendiri....boleh dijadikan bahan pengajaran dan pembelajaran. Bukan untuk cantik sahaja tapi sebagai khazanah yang diilhamkan dalam bentuk lukisan. 

Jadi cikgu la pula ari ni. Peweeeet.

Rabu, 3 Julai 2013

PERABUT RUMAH

Cerita bulan lepas, tapi kita update juga lah...buat kenang-kenangan. Ini cerita berkaitan masa pindah umah hari tu....malas nak menaip...kita layan gambar je lah yee.


Rumah yang masih kosong


Lori perabut dah sampai (jgn tgk langsir tu, nanti tak nampak....tengok kat luar tu baru ada lori)


Ruang yang kosong...langsir pun tak sempat pasang lagi masa ni.


Perabut dari FurniPlus dah sampai.... ramai designer yang tempah perabut kat kilag ni. Kita boleh tempah ikut citarasa kita.


Proses buka balutan


Perabut dalam bilik yang dah siap dipasang


Tengah pasang meja makan


Tekun adik ni buat kerja...tak sedar aku snap gambar dia


Yang ni pula perabut diruang menonton...dari kedai Cavenzi....nasib baik diorang datang belah petang, kalau tak pasti bertembung...mahu kena ambil no giliran....ialah, umah aku bukanya besar sangat....mesti sesak giles.


Sofa L-Shape yang belum dicantum. Kami pilih jenis kulit Mc Larren


Akhirnya siap...


Selamat jalan....tengok depan rumah ku.....berpasir....tak sempat nak sapu lagi.



Perabut yang udah siap dipasang, aku tutup dengan kain dahulu...sebab masa ni kami tak pindah sepenuhnya lagi, takut berhabuk tambahan dapur tgh buat renovation...lagi la habuknya berleluasa


semua aku balut.....habis kain labcoat hubby aku guna


Petang tu, aku siapkan pasang langsir .


Ok, ini sahaja lah cerita untuk kali ni....lau ada masa, aku apdate lagi yeeee....tengah mood nak mengemas umah ni.....Bye.

Selasa, 2 Julai 2013

WALL PAPER

Ok, ni sambungan episod cerita pagi tadi....wah2....berepisod pula blog ai ni kan...hahaha..memang dasar gila glamour. Tapi yang ni ada penambahan watak selain watak jam iaitu watak wallpaper pula.

Whatever lah...janji blog ni terupdate....jom kita sambung cerita.....

Ai sebenarnya dah berangan lama...kalau dapat beli umah, ingat nak letakkan wallpaper kat rumah. So, bila dah ada umah sendiri dan duduk sendiri (sebenarnya aku ada umah lain kat Selangor tp sewakan) ...niat tu subur kembali. Apalagi, bila loan dah ditandatangani jeeee...kami laki bila pun jalan2 kat mana2 kedai yang buat promosi atau pun kami akan jenguk fair/ homefestival/ dan yang seangkatan dengannya. Kami akan buat penilaian yang mana lagi murah dan berkualiti....kalau dah berkenan, kami akan booking dulu dan buatlah bayaran sikit2 sehinggalah selesai. Macam wallpaper ni kami beli masa HomeDec tahun lepas...dan rasa berbaloi2 sgt sebab kebiasaannya, harga wallpaper yang jenis korea (saiz besar) ni harganya RM 350-400 (Harga yang aku selalu servay) satu gulung...tp kami dapat dengan harga RM880 untuk 3 gulung. Berbaloi2.

Cakap byk x guna...jom cuci mata.....




Proses pemasangan wallpaper di dalam bilik (yang ni laki ai yg pilih)....kawan2 hubby yang tolong pasangkan


Pemasangan ni ruang menonton


Wallpaper di ruang tamu....yang ni ai pilih corak yang simple dan warna yang lembut serta sesuai nak masuk dan dimatchkan dengan langsir atau perabut. Kalau jenis yang berwarna.....mungkin agak susah kita nak tukar langsir atau perabut...kalau nak tukar pun kena warna yang sama....nanti orang akan kata "tiap2 tahun tukar langsir...tp warna sama, yang lain cuma corak". Habis kalau wallpaper warna purple, takkkan langsir nak warna oren...tp kalau berani mencuba tak salah. Pilihan yang aku buat mengikut citarasa dan pemahaman aku....lain orang lain citarasa...tak gitu? 


Yang ni adalah wallpaper diruang menonton. Wallpaper ni ada shining...teruma apabila lampu dipasang...tp x adalah sampai menyakitkan mata....sebagai penyedap mata jeee. Yang dibahagian ini aku pilih warna yang boleh dikatakan gelap...sebab sesuailah untuk tempat menonton...supaya ada feel menonton kat pawagam...hahhahaha. Lagi satu, kalau kita pilih warna yang agak terang....boleh menyebabkan mata kita sakit apabila menonton akibat biasan warna didinding tadi...nanti tak fokus pula nak menonton kan?

Buat makluman kawan2...wallpaper ni kami pasang sendiri je, kalau upah, biasanya RM150-200 satu gulung orang akan ambil...sayang duit wooo. Kalau boleh dibuat sendiri, lebih baik kita buat sendiri. Sebelum pasang ni...jenuh juga la aku search kat internet cara2 pemasangan wallpaper ni. Dan hasilnya alhamdulillah bagi kami yang amatur ni.

Dan.....


Aku sambung cerita yang tengahari tadi iaitu.....jam di dinding.....akhirnya kami laki bini sepakat pilih jam ini....bulat, ada keta antik....dan masuk dengan wallpaper kami....Hooooreeeyyy umah dah ada jam.



P/S : Sorry gambar kelabu, guna hanphone cap ayam serama je.


JAM DINDING

Hari tu pergi kedai peralatan perhiasan....niat dihati nak beli jam. Semenjak pindah ni....umah kami ni tak berjam...nak tengok waktu pun susah. Masuk je kedai, terus menuju ke bahagian jam. Aku cakap ngan staf kat situ nak jam yang tak ada konsep bunga2...simple tapi cantik....lau boleh ada unsur2 old school sikit. Pilih punya pilih.....terberkenan lah 2 jenis ni.....




Unsur2 yang aku mahu dah ada ni...


Yang ni pun sama look elegance and old but ada unsur english sikit.


Tengah sakit kepala...tak tahu nak pilih yang mana satu. Call hubby tanya pendapat dia...dia minta send gambar dia nak tgk...aku pun sendlah seperti yang diminta.

Dan akhirnya kami sepakat nak pilih yang.........


Tunggu..............................nanti aku update lagi yang mana satu pilihan kami.

Bye.

Selasa, 25 Jun 2013

LANGSIR DAN SUSUN ATUR RUANG TAMU

Ok kawan2, ari ni ai akan share kan pasal langsir di ruang tamu dan susun atur ruang tamu rumah ai dulu....
Hari tu dah janji ngan Kak Zila yang akan share dan update apa2 saja pasal umah...untuk kogsi idea...tp kesibukkan dan kemalasan tahap gaban yang membuatkan blog tak terupdate...sorry ye akak.

Bagi tak menghampakan sahabat ku seorang tu....meh la layan bebrapa keping gambar....


Langsir kat bahagian sliding door ni aku buat jenis eyelet.....campuran hitam dan silver.....masa nak buat gabungan kaler cam ni...laki aku punya la tak setuju, takut tak cantik katanya....tp aku tak layan...aku cakap tunggu siap dan tgk hasilnya....aku buat mengikut citarasa dan imaginasi sendiri...janji cantik dimata aku...walaupun dalam hati harap2 la cantik...lau tak mati aku kena kutuk kat laki ai...


Ini bahagian tepi...buat pattern biasa je sebab tak boleh nak buat eyelet coz dia bercantum bahagian tepi...tak boleh nak pasang kayu....so kita buat railing jeee...yang ni pun aku gabung...tp bahagian atas...lau nak buat macam kat sliding tak boleh...takut buruk pula hasilnya sebab dia kecik jeee (satu keping kain)


Yang ni pula yang sebelah dinding menuju ke ruang santai keluarga


Ini ruang  berhadapan sofa.....ai just letak 2 gambar dan dua lukisan yang telah diframkan di atas meja tv....di atasnya pula lukisan bunga....ambil mood merah bagi menceriakan suasana dan biar ada mix n mach


Tempat bekas kunci diruang sebelah pintu utama...lagi merah....


Tempat rak kasut....atasnya ai letakkkan bunga hidup...bagi ada mood tenang kat situ (perasan eric leong sangat)


Gambar dari sudut jauh


Kat atas ni aku pasangkan lampu eyeball....untuk dipancarkan terus ke arash lukisan dan hiasan....waktu siang tak nampak apa la....lau malam cantik...ala2 romantik gitu


Pandangan dari arah pintu utama....
ada wallpaper di dindig....berkaitan wallpaper nanti aku update di lain enty...yang ni berkaitan langsir dan ruang tamu je

Kalau perasan kat belakang sana ada bean beg 2 ketul, karpet dan lukisan di dinding...yang tu pun aku update lain kali...itu ruang santai


Pandangan dari arah pintu utama.....oleh kerana warna tema ai adalah hitam, putih dan silver (modern style)....maka bagi menghilangkan mood bosan maka ai padankan dengan bantal warna merah dan karpet juga ada sentuhan warna merah.....baru ada seri sikit


Ini adalah coffee table...sepasang dengan rak tv yang aku buat rak hiasan...hahaha....kat ruang tamu ni aku tak letak tv lagi (tak ada bajet)....tapi aku tak adalah kejam sgt tak bagi anak2 menonton....aku ada buat khas tempat menonton iaitu kat ruang keluarga....yang ni pun lain entry aku cerita.

Pandangan dari arah ruang santai
yang ni versi langsir yang telah diikat


Kembang pula day curtain aku dek ditiup angin.....oh ya....day kurtain ni pun aku yang pilih walaupun bukan kehendak hati sgt sebab tak byk pilihan. Tapi bila siap dipasang, cantik pula aku tgk match dgn wallpaper, coffee table n rak tv....semua corak bulat2.......ssedapkan hati sendiri....hahahaha....janji bahagia, tak gitu.


Ok itu je yang ai boleh kongsi kali ini....tunggu next entry berkaitan ruang santai, ruang keluarga, bilik anak lelaki, anak perempuan, bilik tetamu, bilik ai, dining area, dapur, kitchen kabinet, dapur basah, laman dan juga kebun......seee u again...bye muahx3....perasan retis sangat kan? Hahahaha


P/S : Sorry...gambar tak clear...waktu mlm plus jerubu.....