FOREVER

FOREVER

Isnin, 7 April 2014

TEMAN ANAK RIADAH

Cerita dua minggu lepas tapi baru terhegeh2 nak update. 

Balik dari kerja, anak2 ajak aku temankan mereka main kat taman. Kemain lagi mereka merayu...cakap dah lama tak main taman. Kesian pula bila anak dah request tp kita tak tunaikan. Maka ahkak pun singgah la bagi mereka main kejap. Bagi mereka lepas gian. Lagi pun hubby balik lambat hari tu, so tak payah la nak masak awal2...kang sejuk pula makanan.



Makan snek sambil main. Suruh habiskan snek dulu baru main....tak dipedulikannya arahan mak. Teruja jumpa taman punya pasal.



Dua beradik yang riang. Dapat pergi main taman macam dapat pergi dating...punya la gembira.


Mak yang setia menunggu. Laki aku bebel dia kata aku ni ada masalah mental sebab suka sangat ambil gambar kaki. Kalau bukak HP aku, penuh dengan gambar kaki. Hahhaa. Laki aku dah nyampah la tu. Sibuk je dia nak kacau kita punya hobi tau. Dia punya hobby kita tak kacau pun .....sob..sob..sob.



My Kiddos. Im happy when u happy


Kakak yang ayu.






Tulus Kasih,
Qasih Mama

2 ulasan: