FOREVER

FOREVER

Khamis, 16 Januari 2014

MAKAN CAMPUR-CAMPUR


Pelikkan baca tajuk entry tu....
Ha meh sini nak cerita. Pagi tu kami laki bini bersihkan kebun sekangkang kera kat belakang rumah. Suami mesin rumput, aku pula sapu sisa rumput dan kumpulkan satu tempat untuk dibakar. Petang tu sambung lagi kerja berkebun. Bakar sisa2 rumput yang telah kering sambil bajakan pokok. Anak2 semua lepak kat kebun petang tu. Memang penat la tapi cukup seronok. Terasa macam duk kat kampung pula. 

Kami laki bini ni, kalau dah kerja penat2, dan kerja itu telah selesai, mesti nak rewardkan diri ngan jalan2 dan makan2. Lagi pun kesian kat anak3, hujung minggu tak kemana pun sebab mak bapak sibuk berkebun. Maka petang tu kami suruh anak3 siapkan kerja sekolah awal2 dan kemaskan jadual sekolah siap2.

Lepas maghrib, kami pun keluar. Tempat yang dituju ialah AEON Bandaraya.


Beli burger dulu...Request dari Aniq n Adam 


Cari makanan tempat lain lak....Kali ni untuk Kakak Aufa pula


Mula2 kakak nak makan KFC, tapi mamanya cakap tak payah la coz selalu makan n tak elok makan malam2. Padahal mamanya takut gemokss.
Setelah berbincang, kakak putuskan nak beli donut di J.Co


Burger La Boheme. Aniq n Adam punya


Budak peace


Muka sedih tengah tunggu makanan 


Muka gembira nak makan


Yang ni mama n babah punya. Kami pergi lepak kat Burger King. So makanan lain pun makan kat situ gak la. Kami laki bini pilih Blackpaper Chicken Grill set.


Dinner Time


Habis makan burger, kami belasah donut lak. Bab melantak ni kitaorang memang hebat


Dan...akhirnya. Ini je lah yang tinggal.


Lepas makan, macam biasa aku akan rasa 1001 penyesalan dan buat ikrar tak nak makan malam2 lagi.
Bila langgar ikrar...aku akan sesal, lepas tu renew ikrar baru. Choii kan?

Entry kebun aku upkan esok ye. Bye.





Kasih Sayang,
Qasih Mama.

1 ulasan: