FOREVER

FOREVER

Rabu, 8 Januari 2014

HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN ADAM

Anak3 dah bersekolah hampir seminggu aku baru terhegeh2 nak update. Tak apa la...janji ada.

Tahun ni Adam dah masuk 5 tahun, so aku dah start hantar Adam ke Pra Sekolah. Adam memang berkobar2 nak pergi ke sekolah. Pagi2 lagi dah bangun. Hari ni aku dan bapanya bercuti semata2 nak bagi sokongan moral untuk anak3 menghadiri hari pertama persekolahan.

Aniq dan Aufa macam biasa....dah boleh berdikari. Yang nak dipantau lebih sikit ialah Adam...almaklumlah ini adalah hari pertama dalam hidup dia merasai nikmat bersekolah...***nikmat ke***


Suasana hari pertama persekolahan


Kami suruh Adam masuk dalam kelas dia. Rilek je dia masuk cari tempat duduk


Kat meja lain dah penuh, jadi aku suruh dia duduk meja ni. 


Siap peace lagi tu. Kalau korang perasan, asal tangkap gambar jeee mesti adam naikkan dua jari comel dia tu. Peace la sangat.


Oleh kerana dia duduk sorang2 kat meja tu, aku pun suruh la dia pindah duduk kat meja depan dia...sebab kat sini ada murid lain dan masih ada satu kosong.

Dia tak nangis...seronok lagi adalah. Ada la juga 3-4 orang yang duk nangis dan nak kena mak ayah tunggu...tapi Adam alhamdulillah....boleh bawa diri. Siap bye2 lagi bila aku cakap nak balik.

Mama dan Abah doakan Adam akan menjadi seorang yang berjaya didunia dan diakhirat suatu hari nanti. Belajar rajin2 tau. Mama dan Abah tak mampu nak bagi harta kekayaan yang melimpah ruah...hanya sekadar ilmu untuk menjadi penyuluh dan bekal di hari esok.




1 ulasan:

  1. Wahhhh!!! anak dah sekolah..hehe... sama2 doakan.. In Shaa Allah..
    muka pun mmg hepi...

    BalasPadam