FOREVER

FOREVER

Isnin, 2 September 2013

TIKAR EVAMATIK

Ari tu aku pernah citer kat blog ni yang aku tgh cari tikar evamatik yang corak abstrak kan? Hari ni ahkak lompat bintang sebab tikar tu ahkak dah jumpa kat Maidin....terus rempat dua.


Ini lah yang ahkak dah beli tu...satu lagi corak dia sama gak tapi kaler je yang lain iaitu coklat. Yang tu akak letak kat bilik tetamu...gambar tak ambik, pandai2 la korang bayangkan yeee sebab corak sama, yang lain adalah kaler sahaja. Baru nampak ruang menonton ni ada seri sikit.


Kasi zooom sikit....susah tau nak cari corak yang abstrak kat sini (ke aku je yang tak jumpa) asyik2 corak kartoon jee.



Dan akak beli ini juga....pelapik pinggan. Pilih yang ada warna merah sikit....bagi menaikkan seri.




Cantik kan???? Siapa cakap tak cantik nak kena lempang niii...huhuhu (sambil kesat air mata)








3 ulasan: