FOREVER

FOREVER

Rabu, 25 September 2013

KISAH MALAM MINGGU

Hari Sabtu aku kerja dari pagi sampai petang. Balik umah, rehat n tidur jap...bangun memang dah agak petang....dalam kul 6.00 cam tu. My Laki ajak teman dia siram tanaman kat kebut...layanzzz je. Selesai menyiram bagai...tengok anak2 main depan rumah...kemain masing2 kegirangan....semua kawan2 berkumpul. Oleh kerana Aufa tak ada kawan yang sebayanya kat kawasan perumahan aku tu, jadi dia boring dan mulalah mengajak aku ke taman kat depan tu. Ajak bapak dia, bapak dia malas...tapi bila aku cakap nak teman Aufa....bersemangat pula bapaknya dan temankan sekali. Maka kami ramai2 pun bergerak lah ketaman....dengan anak2 jiran sakali ikut aku. Masa ni dah kul 6.30...so main kat taman tu tak lama sangat lakan...kul 7.00 kami balik umah. 

Anak3 masih tak puas main semuanyaa...masing2 cakap "alaaaahhhh dah nak balik ke?". Tapi sebagai parent of course la ada garis panduan...takkan magrib pun nak main lagi kat tengah padang tu. So aku cakap ngan diorang yang malam ni aku akan bawa diorang main kat Taman di Dataran Ayer Keroh....masing3 terloncat bila aku cakap cam tu. Lepas maghrib, anak3 bersiap semuanya. Hari tu adalah hari kelahiran Adam yang ke-4 sebenarnya. Kami planning nak beli KFC je utk makan kat sana....nak beli kek malam buta cam malas nak pusing la pula...lagipun kami bukannya jenis penggemar kek.


Hampar tikar...kita makan dulu


Anak daraku....aloollolo manisnya buat muka ngada gitu


Big boss tgh pantau anak main....
Bang...lau ai tanya jgn marah tau...U tu dah berapa bulan sebenarnya....pweettt mau mati kena tampar ni


Kat sini best tau...parent pon leh join main skali...outdoor gym
aku tgh tunggu giliran nii...nak tunggu kakak tu turun...aku nak naik lak. tapi mau tak dapat naik lagi ni...nak kena berebut ngan kanak2 rebena la pula...of course la dioarang laju gila berlari. Yang aku pula terkedek2 jalan....sah sah la tak dapat. Mau lepas ni aku tunggu sebelah kakak tu terus...sambil tgk dia main, sambil tengok jam...hahaha gila tak aku. Sah2 kakak tu sambil kayuh sambil nangis...takut kat orang gila disebelah dia.


Yang ni konpem aku tak naik la...bagi laluan kat anak3 je. Lau aku naik gak...aku yakin 100% laki aku tak ngaku ini bini siapa.Mau dia start enjin keta tinggalkan aku sorang diri duk main gelongsor tu. Choiii sangat.


Kat sebelahnya pula tempat air panjut.....ramai gila budak duk mandi...Adam asyik duk perhati jeee. Cuit air sikit2. Nak pegi main,takut mama marah. Yang aku pula tak bawa baju basahan.
Aku dah janji..next week datang lagi n bawa baju basahan utk main kat situ. Diorang seronok jee lau cakap nak bawa tempat ni.


Aku masih disini...menghabiskan apa yang ada....camana nak diet ni...tgk badan sendiri pun aku tak percaya yang itu aku. 


Tiga beranak tgh senaman


Adam n Frog



Mau patah pinggan katak tu anak oiii


Ada diorang kesah...bonceng jeee


Adam yang kegelisahan bila tgk budak lain main....air pula cantik...kejap tinggi...kejap rendah...kejap hilang...kejap kluar....


Tgk je lah


Kakak dibawah lampu hiasan


Adam lau ambil gambar dia, mesti mata pandang lain


Adam n Aniq


Sampai gitu sekali pose nya


Kakak pun nak juga


Peace. Selamat Hari Ulangtahun yang ke-4 buat anak ku Muhammad Syazwan Adam. Moga Kehidupan mu diberkati Allah di dunia dan di akhirat. Aminn


Posing jgn x posing


Mak gegirl n gegirl


Me n Kakak again


Mana satu anak, mana satu mak...cuba teka


Aku dan dia...auwwww lomantik sangat.


Tuan tanah yang over


Blurrr


Main jgn tak main...mainlah sampai muntah


 Cepat la turun mak ngan bapa  nak naik pula ni...


Laki aku gi lepak sebelah air pancut lak sebab nak tgk tv kt screen besar



Kemain anak teruna aku ni


Khusyuk tgk bola


Kat atas tu la letaknya screen besau


Ok....kat tgh2 tu adalah screen...dan dibawahnya adalah gambar bendera malaysia sempena merdeka tempohari...art ini diperbuat daripada pasir yeee kawan2. Ampun kan hamba...hanya ini yang hamba mampu snap....nak ambil gambar tinggi2 supaya boleh masuk semua art tak mampu sebab tuannya kurang ketinggian. 

Ok ....enjoy...




Tiada ulasan:

Catat Ulasan