FOREVER

FOREVER

Selasa, 24 September 2013

LANGKAH PERTAMA

Hoiiiiii....lama gila tak update blog....busy yang melanda diri ini....nak jenguk blog sendiri pun tak semmpat. Sehinggalah ada seorang insan itu telah memerliku....bila nak update blog....siap post kat fb lagi tu....kerrrlasss kau kak.

Sekarang ni nak mula dari mana pun aku tak tahu. Rasa macam lama gila tak menulis....dan dah tak pandai dah pun....(ehhh terover pula). Padahal kat ofis tu selalu je menaip surat...tapi takkan blog pun nak tulis versi surat rasmi...gila apoooo. Mau feeening and fitam semua orang bila baca blog aku.

Oleh kerana tak tahu apa nak cerita walaupun cerita bapak punya banyak yang nak diceritakan (see, ayat pun dah tunggang langgang)....meh la kita korek kisah2 yang dah lama dijeruk tapi tak diterbitkan sahaja dulu yeee.

Kisah zaman bila aku lupa tapi yang pasti bukan zaman jepun la....Ini kisah lepas hari raya tempohari.
Paginya rancang ngan Mr.B nak gi nursery kat Sg. Duyong. Tak ada niat nak beli apa2 pun sebenarnya...just nak cuci mata je...and nak servay cara nak buat lanskap jeee. Tapi bila sampai je sana.....syaitooon yang amat jahat itu telah bisikkan ditelinga ini agar beli pokok....mula2 tu ingat nak beli satu je....tapi bila di fikir2 balik...pokok yang aku nak beli tu agak besar...lau nak letak dalam kereta tak muat...tp lau beli banyak, dia boleh tolong hantarkan.....tanpa sempat syaitan bisikkan apa2 kat telinga ni, terus aku buat keputusan beli banyak pokok sekali. Dah alang2 kan. 

Jadi pada hari itu aku pun belilah 2 pokok krismas, 2 pokok kemboja, 2 pokok bongsai, pokok jambu batu, pokok mangga delite, pokok longang...dan lupa apa lagi....kata citer dah lama, haruslah mak lupa.

Dalam duk memilih pokok tu...laki aku pula kata nak sponsor kerusi batu....katanya tempat utk minum petang...aku cakap la kat dia yang aku kan dah beli meja comel yang aku letak kat porch...tapi dia kata itu utk lepak malam2 sambil hisap rokok...takkkan malam buta nak berembun kat taman. So...aku pun tak kisah la dia nak beli janji dia bayar. Aku lak bayar utk pokok2 je. Tongtong duit la aku laki bini....almaklumlah baru je buat open house kan.

Selesai je urusan kat sana, kami singgah pula kat La Boheme beli roti...anak2 request...lapar katanya. Selesai segala urusan maka sampai la kami dirumah. Dalam kul 5.00 petang cam tu, pokok yang kami beli itu pun sampai.

Ingat nak tanam esoknya jeee sebab hujan renyai2 masa ni...tapi oleh kerana laki gueee begitu bersemangat...jadi aku pun bagilah sokongan moral untuknya bergardening. Dalam duk tolong laki menanam tu...pandang jugalah kat rumah jiran kut2 diorang tgk laki bini yang sewel menanam dalam hujan. Sib baik tak ada orang tengok, lau tak mati la aku kena kutuk kat jiran. Kalau tak pasti kuar ayat kat mulut diorang..."INGATKAN OK, RUPANYA SEWEL LAKI BINI TU"


Pokok pertama telah berjaya ditanam


Inilah kerusi batu tu...WARNA ADALAH PILIHAN BERSAMA


Perasmi telah datang untuk mrasmikan kerusi tersebut


Pokok kemboja pilihan hatiku


Mandur tengah memerhatikan pekerjanya membuat kerja


Bos besar dah datang...nak buat pemeriksaan. Siap peace lagi tu...maknanya ok la tuuuu


Waktu ni hari dah mula nak gelap...gila syco kami laki bini menanam sampai ke waktu maghrib



Pandangan dari arah dapur basah......langkah pertama kami dalam usaha nak buat landskap rumah. Kami memang tak nak gunakan khidmat designer landskap sebab kami nak biarlah bermula dari awal...sikit demi sikit kami buat sendiri. Baru rasa kepuasan di situ. Tanah ni luas...banyak lagi benda yang perlu dibuat untuk menjadikan ianya landskap sebenar. Tak apa, kami akan usahakan sikit demi sedikit mengikut kemampuan. Dalam kepala ni macam2 dah fikir...nak buat apa,camana...tapi ongkos belum mengizinkan.

Harap semuanya akan jadi kenyataan suatu hari nanti. Aminnnn.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan