FOREVER

FOREVER

Jumaat, 30 Ogos 2013

ADAM SAMBUT MERDEKA

Si kecik aku ni kemain gembira bangun pagi2 minta nak mandi...nak pakai baju raya merdeka katanya, So pagi2 lagi aku siapkan dia dan pakaikan baju yang cikgu dia bekalkan. Semalam ada perarakan pelajar taska...mengelilingi UiTM bersama pelajar2 UiTM. Seronok kemain anak aku. Dia kata macam-macam baju ada...cina, india, askar, bomba, kadazan....dia pula cikgu bekalkan baju warna hitam...sebab yang tu je yang muat dengan dia...yang lain ada yang kecik dan ada pula yang terlebih besar.


Kemain senyum...gembira la katakan


Inilah baju yang bakal Adam gayakan masa perbarisan nanti


Sempat snap dari jauh je...nak turun bawah ambil gambar tak sempat sebab diorang dah sampai...ingat nak tunggu tepi jalan


Nampak je adam tengah berjalan, terus snap...tapi bila tgk dalam gambar, dah tak tahu mana satu adam....jauh sangat...lupa nak zooom kan kamera.




BUAT SAHABAT2 DAN WARGA MALAYSIA SEMUA, SAYA INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT HARI KEMERDEKAAN.



1 ulasan: