FOREVER

FOREVER

Jumaat, 23 Ogos 2013

STEAMBOAT & GRIL DI RESTORAN API-API


Cerita ni dah lama...malas punya pasal...gambar2 terperuk je dalam hp. Oleh kerana minggu ni ada sifat kerajinan sikit, maka marilah kita berkongsi cerita sedikit.



Masa kami pergi ni ada harga promosi iaitu RM 19.99 seorang


Inilah restorannya


Macam2 ada....ketam, kerang, daging, ayam, kambing, segala jenis seafood, segala jenis mee, ais krim, ...dan macam2 lagilah


Aniq pilih mushroom soup...tak berbaloi bawa budak ni tau...tak makan sangat. Adam lak asyik duk pusing meja jee...


Kakak memang makan bersungguh2. Berbaloi2 bawa dia


Mr.B tengah fokus menjamah makanan


Tuan tanah (nape jerawat banyak lak timbul ni...dah la musim perayaan ni...buat spoil sungguh)


Ai makan bubur nasi lak


Makanan yang sedang dibakar dan dimasak bersama tom yam n soup


Makan jangan tak makan


Banyak gila kami ambil....macam orang gila nak habiskan semua ni...


Budak ni minum air je...adam lak asyik gi merayap dalam kedai je...nak ambil gambar pun tak sempat.


Keseluruhannya, kat sini memang banyak makanan berbanding dengan tupai2...tetapi kat sini rasa tom yam dia kurang menyengat berbanding di Tupai2. 

Makanan = Api2 lagi meriah dan banyak
Rasa = Tupai2  lagi sedap + suasana yang tenang macam resort

Itu je komen yang boleh aku bagi...tapi apa2 pun korang boleh cuba kat sini....rasanya taklah rugi.

Ok...bye...nanti kita jumpa lagi...banyak lagi yang ai nak riakkan pasal makanan ni. Tungguuuuu....






Tiada ulasan:

Catat Ulasan