FOREVER

FOREVER

Jumaat, 6 September 2013

MEJA COMEL KU DAH SAMPAI

Kalau lepak kat luar rumah, tak tahu nak duduk mana...cakap ngan Mr.B ...lau letak meja mesti nice....senang sikit nak pantau anak bermain....dia setuju dengan cadangan aku, apalagi....lompat bintang la ahkak.....teus pergi servay....dan terjumpa la meja comel ni....




Baru je sampai...ingatkan boleh sampai sblm open house ari tu...tp dia cakap lepas raya banyak stok dah habis...redha je la


Comelkan....pilihan of course la black n white


Kakak rasmikan....buat homework kat luar...sambil tengok Aniq main basikal


Tengah tekun jangan kacau....

Laki aku sebenarnya nak yang ada tempat sandar...tp tak jumpa.....pattern meja makan ada la tempat sandar. Lau beli meja makan letak kat sini nanti orang kata aku psyco pula....jadi ini la apa yang aku pilih...bang, lau u tak suka ai tak kisah...janji ai suka dan u bayar....hahahha...









Khamis, 5 September 2013

BASIKAL BARU UNTUK ANAK3

Kesian sungguh kat anak3 aku ni....semenjak pindah Melaka, diorang terperap je dalam umah...nak main basikal, basikal lak rosak. Lagipun masa kami tinggal kat umah sewa tempohari, kawasannya tak selamat untuk anak3 bermain.

Bila dah pindah umah baru ni rasa selamat la sikit sebab rumah yang kami pilih ni jalan mati, jadi tak sibuk dengan kereta yang lalu lintas...lagipun kat sini kawasan berpagar dan ada security. Bapaknya bercadang nak la baiki basikal yang ada tu....bila tanya kedai harganya agak mahal...lau tambah sikit je lagi dah boleh dapat basikal baru....so laki aku pun putuskan beli yang baru je terus...lagi senang.




Tiga biji basikal untuk 3 orang anak...melayang duit.
Lau beli satu nanti berebut dan dengki lak...jadi 3 adalah lebih adil.
Yang Purple untuk kakak Aufa, Oren Abang Aniq punya dan Hijau Adik Adam yang punya.


Posing depan basikal.... basikal ni dibeli dalam bulan puasa, seminggu sebelum balik raya rasanya.


Sebelum pegi sekolah naik basikal, balik dari sekolah...buka je pintu kereta...terus meluru kat basikal...ini dah tahap addic anak aku 2 oarang niii. Kakak ok jeee...ada masa dia nak naik dia naik...tak de lah sampai buka je pintu grill rumah terus pegang basikal.

Anak lelaki la katakan.......................






Rabu, 4 September 2013

TANAMANKU

Aku ada la menanam dua tiga jenis pokok kat bahagian depan dan belakang umah...nak buat penyeri la katakan!!!

Jom layan gambar dulu...


Pokok bongsai besar dihadapan rumah...yang ni bukan aku tanam, tp pemaju yang tanam

  
Ini baru hasil dari tangan ku....nama pokok aku tak tahu...masa beli pokok ni, semuanya kecil lagi....sekarang dah membesar dan segar bugar


Dan ini lagi...menghala naik ke kebun


Ada enam pokok semua sekali kat bahagian ni


Aku susun menghala naik ke kebun....tempat letak bunga ni adalah idea kontraktor


Pokok ni asalnya aku letak kat bilik air...tp anak2 aku bukan boleh diharap sangat....asal mandi je nak siram bunga....penuh air bertakung kat dalam pasu tu...dah la mereka mandi berkali2 sehari...mau mati kelemasan bunga aku ni. So aku pun pindahkan letak kat depan umah.


Yang tiga pokok lagi tu ialah pokok bongsai


Yang ni lak kat pagar depan umah....baru je tanam


Pokok bongsai kesayangan ku telah bertukar kekuningan sebab masa balik beraya ari tu aku lupa nak letak kat bahagian tak berbumbung...habis kering kontang....pokok lain ok, mungkin sebab aku letak kat tempat tak berbumbung dan kena la hujan. Sayang wooooo...sedihhhh...abang, tolong la gantikan pokok bongsai baru boleh tak??????


Cantik, suka, sayang........baru je berbunga.....


Sekarang ni tengah nak kumpul duit untuk beli pokok2 yang besar untuk ditanam di laman tepi umah....Ari tu dah tanya pokok bongsai yang besar....harganya adalah RM 500 ke atas...pengsan jap dengar...Bila la boleh dapat tu...ingat nak beli 4 batang pokok besar...Ini yang dipanggil garu tempat tak gatal niii...







Selasa, 3 September 2013

DEKO-DEKO DENGAN HUSBAND

Ini projek hari Sabtu lepas.....kami buat projek mengecat dinding. Pagi2 bangun buat sarapan untuk anak3 dulu, lepas tu kami laki bini pun memulakan operasi kami. Tengahari baru siap...masa tu baru teringat luch tak masak lagi....kelam kabut dibuatnya singsing lengan bersilat kat dapur pula.


Aku cat bahagian dapur L-Shape tu dengan warna kelabu gelap...aku buat design ala2 tile. Table top pula aku cat dengan kaler kelabu yang lembut sikit ....Mula2 aku bagi idea ni...kemain lagi laki aku kutuk aku....boleh dia kata aku meroyan n syok sendiri. Bila dah siap....kemain lagi senyum sampai ketelinga....cantik katanya...dah nampak sudut....nyampah tau.


Rak serbaguna...ini rak umah lama...nak buang sayang, so meh la kita manfaatkan apa yang ada.


Ini pula bahagian singki...view kat belakang lak adalah kebun kami. Cerita pasal kebun, lain kali pula la ahkak upkan entrynya yee.


Pandangan sudut L-Shape....tempat dapur basah ni kami nak letakkan tile...memandangkan ongkosnya masih belum ada...marilah kita mencantikkan dengan cat yang saki baki belum habis lagi ni. Pintu kabinet pun kami tak buat lagi selagi belum pasang tile. 

Harap dimurahkan rezeki untuk kami pasang tile kat tempat dapur basah kami ni....Aminnnn








Isnin, 2 September 2013

TIKAR EVAMATIK

Ari tu aku pernah citer kat blog ni yang aku tgh cari tikar evamatik yang corak abstrak kan? Hari ni ahkak lompat bintang sebab tikar tu ahkak dah jumpa kat Maidin....terus rempat dua.


Ini lah yang ahkak dah beli tu...satu lagi corak dia sama gak tapi kaler je yang lain iaitu coklat. Yang tu akak letak kat bilik tetamu...gambar tak ambik, pandai2 la korang bayangkan yeee sebab corak sama, yang lain adalah kaler sahaja. Baru nampak ruang menonton ni ada seri sikit.


Kasi zooom sikit....susah tau nak cari corak yang abstrak kat sini (ke aku je yang tak jumpa) asyik2 corak kartoon jee.



Dan akak beli ini juga....pelapik pinggan. Pilih yang ada warna merah sikit....bagi menaikkan seri.




Cantik kan???? Siapa cakap tak cantik nak kena lempang niii...huhuhu (sambil kesat air mata)








Jumaat, 30 Ogos 2013

ADAM SAMBUT MERDEKA

Si kecik aku ni kemain gembira bangun pagi2 minta nak mandi...nak pakai baju raya merdeka katanya, So pagi2 lagi aku siapkan dia dan pakaikan baju yang cikgu dia bekalkan. Semalam ada perarakan pelajar taska...mengelilingi UiTM bersama pelajar2 UiTM. Seronok kemain anak aku. Dia kata macam-macam baju ada...cina, india, askar, bomba, kadazan....dia pula cikgu bekalkan baju warna hitam...sebab yang tu je yang muat dengan dia...yang lain ada yang kecik dan ada pula yang terlebih besar.


Kemain senyum...gembira la katakan


Inilah baju yang bakal Adam gayakan masa perbarisan nanti


Sempat snap dari jauh je...nak turun bawah ambil gambar tak sempat sebab diorang dah sampai...ingat nak tunggu tepi jalan


Nampak je adam tengah berjalan, terus snap...tapi bila tgk dalam gambar, dah tak tahu mana satu adam....jauh sangat...lupa nak zooom kan kamera.




BUAT SAHABAT2 DAN WARGA MALAYSIA SEMUA, SAYA INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT HARI KEMERDEKAAN.



RUMAH TERBUKA 2013 @ HOUSE WARMING

Lambat benar nak update....mood malas melanda....citer ari ahad lepas...ari Jumaat baru terhegeh2 nk update. Aku bukan apa, malas nak transferkan gambar itu yang jadi pekasam dulu.

Korang dah sedia maklumkan yang aku naik umah sebelum puasa hari tu. Oleh kerana dah dekat masuk bulan puasa, maka kami tak buat house warming lagi la....sebab kami fikir lebih baik buat house warming sekali dengan majlis rumah terbuka. Majlis ni aku tak buat secara besar-besaran pun....just panggil officemate, jiran tetangga dan saudara terdekat jee.




Kerusi meja sampai kat umah pada pukul 12.00 tgh. So kami pun bergegas la menyusun coz majlis umah kami bermula pada pukul 3.30 petang.


Anak daraku tengah menyiapkan meja juadah


Kami juga susun kerusi tambahan


Pandangan dari arah pagar


Proses susun atur dah siap


Tetamu dah mula datang


Selepas makan, sesi borak2...jumpa sahabat2 lama


Kemain seronok lagi budak2 ....sampaikan mangkuk pun diorang jadikan topi


Tanah tepi yang belum ditanam rumput....orang nursery dah datang ukur keluasan tanah tepi sebelum puasa hari tu, sebab kami ada minta koatation dengan nursery tersebut.


Yang tengah dokong anak tu ialah bos ai....baik sesangat tau...cukup sporting.


Yang perempuan tu anak dia...dah chop untuk jadi bakal menantu


Suami melayan tetamu yang baru sampai


Yang ni pula majoritinya adalah sahabat daripada Pahang....buat reunion kat Melaka coz masing2 dah pindah ke Melaka macam aku la tuuu


Geng Pahang datang satu van



Makanan lupa nak snap....dah tetamu datang tak putus2....semua jadi lupa...gambar2 yang ada ni pun aku sempat snap yang datang kul 6.30 petang....mana yang datang awal2 tu semua aku tak snap...maklumlah tuan umah sibuk. Cikgu2 anak aku pun majoritinya datang....tapi lupa nak ambik gambar.

Masa orang tengah buat bacaan Yassin dan doa selamat aku tak snap coz takut jemaah2 yang hadir terkejut....nanti dia cakap bini siapa la yang over tuuu. 

Makanan boleh dikatakan semuanya aku tempah. Aku ada tempah nasi dagang, mee kari, rendang. Yang aku masak dan sediakan sendiri ialah nasi impit, agar2, buah-buahan dan air jeee...yang lain semua tempah....pandai tak ahkakkkk.

Itu je cerita tentang open house kami...ada masa kita gembang lagi ye. Bye...