FOREVER

FOREVER

Rabu, 26 Mac 2014

BERAT MATA MEMANDANG, BERAT LAGI BAHU MEMIKUL # MH370

Allahuakbar...tak tahu nak cakap apa. Masa dengar berita yang diumumkan PM, terus air mata ni mengalir. Tiap2 hari aku ikuti perkembangan MH370 dan dalam hati ni tak putus berdoa semoga mereka semua selamat. Tuhan lebih menyayangi mereka. Salam takziah buat semua ahli keluarga mangsa.

Pada malam Jumaat lepas, aku kuar pergi beli barang dapur bersama Hubby....ada satu papan "Pray For MH370" ramai yang duk tulis harapan kat situ...tak terkecuali aku dan Hubby.


Suami dulu yang tulis


Dengan penuh harapan


Ini apa yang aku tulis (tulisan purple)


Dari Dia kita datang, kepada Dia kita kembali. Yang pasti, mati itu pasti.





Tulus Kasih,
Qasih Mama

Jumaat, 21 Mac 2014

DINNER


Gambar waktu bila aku dah tak ingat. Restoran ni namanya Sri Pricik. Suasananya macam resort. Santai dan tenang.....bila waktu malam dilimpahi cahaya lampu dan pokok2 yang mendamaikan jiwa. Makanan dia boleh la tahan. Harga pun boleh la tahan tapi yang tak boleh tahan ialah airnya....mak aiii mahal gillss kot. Air Teh O ais RM2.50.


Kakak pilih nasi ayam percik


suami pula order asam pedas ikan pari


Aniq pilih nasi goreng percik


Adam nasi goreng cina


Nak makan pun sempat bergambar lagi


Amboi.....tak pandang kat orang depan pun mentag2 jumpa makanan.


Yang pastinya....kami dinner kat sini sebelum kami putuskan tak nak makan heavy pada sebelah malam.

Sekarang, no more heavy at night.......



Tulus Kasih,
Qasih Mama

Khamis, 20 Mac 2014

ANAKKU DAN CIKO

Ini kisah Aniq & Adam. Mereka ni memang animals lover. Ada seekor kucing tu...dia selalu datang kat rumah kami. Anak2 pula rajin melayan n bagi makan...maka lagi keraplah dia buat kuncungan. Aniq dan Adam mnamakannya CIKO. 

Aku perasan si Ciko ni akan datang kat rumah bila dia terdengar suara kita orang. Contohnya bila aku balik kerja, dia tak ada...tapi bila dah bunyi riuh rendah kat open kitchen tu...pasti dia akan datang. Paling tak pun dia akan tunggu tepi pagar rumah, nampak je kereta aku masuk pagar, dia akan ekori kami.

Yang bestnya, dia tak berak dan tak tidur kat rumah aku. Dia hanya akan datang bila kami ada kat rumah jeee. Comelkan.


Aniq n Ciko.
Waktu ni aku ajak Aniq buat kerja sekolah kat laman rumah coz sekarang ni bila duk kat dalam rumah rasa bahang jeee. So kami ambil angin luar. Masa kami keluar, Ciko tak ada lagi...bila dah dengar riuh suara kami anak beranak, dia pun datang. Aku rasa kucing ni kesepian.



Nama saya CIKO


Melingkau jee duduk kat atas meja tu.


Aniq, Adam dan Ciko. 

Adam ajar Ciko buat peace...macam la Ciko tu faham.
Mereka ni pun pasti akan resah kalau dalam sehari tak nampak kelibat Ciko.
Sebab dah biasa Ciko mengekor kat kaki bila kami ada.

Aniq kata dia ialah tuan angkat Ciko. Kalau Ciko tak ada tu, maknanya Ciko ada kat rumah tuan sebenarnya. Tapi sampai sekarang pun aku tak tahu siapa tuan sebenar Ciko ni.








Tulus Kasih,
Qasih Mama




Rabu, 19 Mac 2014

SENAMAN SANTAI PETANG

Ok hari ni aku share apa yang aku buat untuk jaga kesihatan. Maklumlah, dah tua baru nak ada kesedaran......maka buat senaman sikit pun haruslah riuh sekampung.

Buat makluman semua, balik kerja, sampai rumah dalam 5.30 petang....solat Asar, masak untuk family dan aku pun siapkan diri untuk pergi jogging....biasanya aku start dalam kul 6.15 hingga kul 7.00. Aku jogging kat taman permainan kawasan permahan aku jee. Kat taman permainan tu ada trek untuk jogging...jadi bolehlah aku riadah sikit.

Gambar ni ialah waktu hujung minggu.


Me n anak saudara sebelah husband. Sebelum gi jongging kita ambil gambar dulu


Aku jogging dia just teman sambil tengok anak3 aku main kat taman


Adam pun sibuk nak jogging. Biasanya aku buat 7 pusingan larian


Pusingan pertama....berhenti jap untuk ambil gambar


Pusingan kedua...bergambar lagi........asal lalu je kat taman, mesti berhenti untuk ambil gambar. Sebenarnya banyak lagi gambar. Mana tak nya, asal cuku satu pusingan, berhenti untuk bergambar...Aku tepek sikit je  kat sini, takut korang muntah hijau.


Akhirnya siap...moh la kita balik, hari pun dah gelap.


Cantik kan backgroud tuu. Abaikan gambar perasan aku tu yee.  Aku sendiri pun gelak terguling2 bila tengok gambar ni...siap tangan buat love bagai, kaki terkangkang.



Korang perasan kan kasut yang aku pakai tu...
Sebenarnya kasut tu ialah kasut NIKE untuk jalan2 tapi aku terpaksa pakai sebab masa aku nak pindah rumah hari tu, aku tinggalkan rak kasut lama aku kat rumah sewa. Rupa2 nya aku bukan tinggal rak kasut saja tau, tapi ngan kasut2 sekali aku tinggal. Bila nak guna sport shoes baru sedar yang aku telah kehilangan nya. Maka aku pakai la apa yang ada sebelum pergi beli baru. 

Kasut ni sakit bahagian belakang kaki tau bila kita pakai untuk jogging sebab kasut ni direka khas untuk santai je. Yang aku pula pergi balun buat jongging. Bagi mengelakkan kaki aku sakit, aku pinjam stokin anak dara aku. Bila laki aku tengok aku pakai kasut ni ngan stokin, dia cakap aku macam nak pergi menoreh getah. Kuangajo tau laki aku tu. Sampai hati cakap aku pergi jogging versi makcik2 nak pergi menoreh.




Inilah aku...insan nak sihat. Tak tahu la sampai bila aku boleh consisten dalam berjogging.....takut hangat2 tahi ayam jee. Itu yang laki aku tak nak beli sport shoes lagi kat aku tu....
Dia nak tengok aku bertabah atau tak. Dia kata takut tak berbaloi beli kasut baru kemudian buat pameran dalam rak kasut *pernah ada sejarah* hahhaa.









Selasa, 18 Mac 2014

PUNCA KEGEMUKAN


Kalau korang nak tahu, semenjak aku pindah ke Melaka, berat badan aku bertambah berkilo-kilo. Berapa kilo jangan tanya....sebab aku tak pernah timbang dan tak nak timbang pun sebab aku takut nak terima kenyataan. Yang pasti aku boleh rasa berat aku memang naik sebab perut aku makin boncit. Helllllppppppp  me please.

Aku dah kaji kenapa berat badan aku boleh naik. Salah satu puncanya ialah semenjak pindah sini aku n family suka sangat makan malam dan makan fast food. Kalau kau orang follow blog aku dari awal mesti korang tahu yang aku n husband just weekend husband n wife (weekend marriage). So hari minggu aje yang dapat spend time together. Maka masa tu kami akan habiskan masa dengan jalan2. Bila dah jalan2 tak kan tak makan pula kan???

Dah la kami ni jenis suka kuar rumah lepas Asar bawa ke malam.....jadinya makan pun belah malam la. Kalau dah gi jalan tu.....anak3 suka pilih fastfood restaurant. Itu je pun banyak dalam mall atau tepi highway sekalipun.

Gambar dibawah ialah contoh2nya. Kalau tak silap gambar ni masa chinese new year ari tu. Gigih aku cari dalam gobok album tau.



Set untuk anak3


Minuman bergasnya.....oh tidak...banyak gula ni


Comel kan 


Anak dan bapa sama naik


Budak peace tak dilupakan


Amboi kakak.....luasnya nganga


Tuan tanah yang tak bersalah makan fastfood malam2. Tengok pipi ai yang makin cubby tu.


Akhirnya.....selamat mendarat dalam perut masing2.


So, sekarang bila laki dah pindah n dah satle down kat sini, aku dah buat satu peraturan baru iaitu fastfood hanya sebulan sekali sahaja. Makan malam pula hanya light food saja. So aku hanya masak untuk dinner contohnya sandwich, roti n soup, mee goreng, mihun goreng, keuw teuw goreng, mee sup, sup sayur, tomyam sayur, roti sosej, scramble egg n sewaktu dengannya. No more nasi disebelah malam. Dan alhamdulillah setakat ni perut masing2 boleh terima rules n regulation yang aku buat tu. Hebat tak Kak Jah.

Kalau nak makan nasi sebelah malam pun hanya hujung minggu jee...itu pun aku tak masak tapi panaskan balance nasi n lauk siang tadi jeee......kejam tak.....hahahha.

Aku tak nak la kurus keding...just turun sikit berat badan pun jadi lah. Takut oii bila umur dah masuk 30 an ni macam2 penyakit akan kuar kalau tak dijaga....sekarang baru ada kesedaran kesihatan sikit. 

Itu je lah yang nak ceritanya....esok akak akan cerita tentang macamana ahkak jaga kesihatan pula yee.



Ok, bye.



Tulus Kasih,
Qasih Mama







Isnin, 17 Mac 2014

AKHIRNYA DIA KEMBALI

Alhamdulillah......syukur pada Mu Tuhan kerana engkau buat perjalanan hidupku lebih indah. Sepanjang dua tahun ini aku cuba kuatkan hati dan semangat untuk meneruskan hidup di perantauan tanpa suami disisi.

Akhirnya penantian aku tak sia-sia. Kembalinya dia kepangkuan aku dan anak3  melengkapkan lagi kehidupan kami sekeluarga. Aku cukup bahagia. Aku cukup bersyukur. Bukan kebendaan yang ku pinta tapi pelengkap keluarga yanga ku damba......bahagia yang ku cari telah ku temui. Terima kasih Ya ALLAH.

Akhirnya pada 3 Februari 2014 suami ku selamat melaporkan diri ditempat kerjanya di UiTM Kampus Jasin. Sekarang bermulalah semula tugasku sebagai isteri. Sebelum ni hanya handle anak3 je...sekarang handle suami dan anak3 pula. Beban tugas memang sah la bertambah......tapi ada ringannya juga.

Rindu nak gaduh2 manja ngan dia, nak gurau bodoh, nak kena marah, nak membebel kat dia, nak buli, nak kena buli, banyak lagi lah.......banyak yang aku rindu. 

Dia seorang bapa yang penyayang dan seorang suami yang caring.



I LOVE U SAYANG.

Thank u coz be a part of my life. Without u i lost my heart, disappear my soul.




Tulus Kasih,
Qasih Mama

Jumaat, 14 Mac 2014

KEMALASAN MELANDA

Dalam banyak2 penyakit, penyakit ni yang paling bahaya dan paling susah diubati. Datanglah pakar perubatan dari luar negara sekalipun, conpem tak boleh rawat....kecuali empunya badan sendiri yang berusaha untuk sembuhkannya. Dasyat kan???

Dan penyakit itu lah yang sedang melanda aku sekarang. Buka blog, tutup blog...updatenya idokk. aku pun tak tahu kenapa lately ni leh jadi cam ni....may be now in busy position. Sekarang ni pun aku cuba gagahkan jariku yang cumel ni untuk menaip. Nasib baik dia nak juga....hahahaha.

Cerita yang nak di kongsi berkepuk-kepuk....idea yang tak ada ditambah pula kemalasan yang melanda diri. Apa pun tak boleh. Harap minggu depan aku bertabah untuk update every day. Dalam bulan 4 dan 5 aku rasa aku tak mampu nak update coz memang busy gila waktu tu. Banyak projek/program ditempat kerja yang nak di run.Huuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuh, mesti hela nafas panjang.

Anggaplah hari ini ialah permulaan update yeee. 



Salam Jumaat semua. Bye. Love U muah..muah....





Tulus Kasih,
Qasih Mama