FOREVER

FOREVER

Khamis, 25 Julai 2013

BILIK TETAMU

Minggu lepas baru siap kemas bilik tetamu. Rupanya pindah rumah bukan senang yeee...penat tuhan sahaja yang tahu...dah berbulan pun masih belum siap sepenuhnya mengemas. Buat slow2....siapkan satu tempat ke satu tempat...nak siapkan sekaligus tak mampu den.


Almari pakaian disediakan untuk tetamu...alamak...ternampak pula toto kat atas almari tuu...buat spoil gambar jee.


Hanya katil bujang coz bilik ni sempit sedikit berbandig dgn bilik anak2. Kalau nak letak katil queen pun muat...tp agak sempit la. So pilih je lah katil bujang...lagi pun bilik ni aku buat tempat solat...jadi ada la ruang bila letak katil bujang.


Drawer....tempat aku simpan tuala, kain sarung, cadar dan selimut


Almari solek dan side table


Langsir yang bertemakan hijau berbunga turqois


Bilik ni aku cat dua ton warna...hijau dan hijau gelap sikit di bahagian kepala katil. Itu jeee...bilik ni memang simple...ialah, bukan selalu pun orang guna bilik ni...bila tetamu datang baru la bilik ni digunakan.

Bila bilik ni dah siap...baru lega sikit hati aku...mana tak nya, setiap kali Usu dia datang sini, mesti anak bujang dan anak dara aku bergaduh..masing2 nak tidur ngan Usu dia. Bila Usu masuk bilik kakak, aniq yang melalak...bila Usu masuk bilik Aniq, kakak pula tak puas hati...dah nak buat camana?. Bila bilik ni dah siap...Usu tidur dalam bilik ni...masing2 tak boleh nak bising...kalau rasa nak tidur ngan Usu...Pandai2 la hampar toto kat bawah, tidur berjemaah...lagi kerrrlasss. Fuhhhh lega sesangat.

Ada keja sikit ni...lau ada masa lagi...nanti aku riakkan pula pasal makanan yang aku masak....Boleh? Tak boleh pun ada aku kesahhh...dah bloq aku, ikut suka hati aku la nak letak apa kan..Tak gitu?

Ok...minta izin untuk undur diri dulu yeee...(mood:perempuan melayu terakhir) pttt.

Ok. Bye...

Rabu, 24 Julai 2013

BILIK ANAK LELAKI

Halllloooooooooooooo semua teman2. Ayat klise sangat kan? Tapi tak apa lah....janji kita happy. Wokeyyyy ari ni kita cerita pula pasal bilik anak lelaki (Aniq dan Adam). Oleh itu marilah kita menjamu mata dengan gambar2 nya.




Kepala langsir warna hjau, dicampurkan dengan polkadot dan berlatar belakangkan putih


Aku letakkan rak buku kat bahagian ni....tapi lain pula yang diletakkannya atas rak tu...dah buku sikit katanya......Perabut aku yang pilih warna coklat coklat gelap....mana boleh bagi warna putih kat depa ni...mahu satu hari guna dah jadi kelabu asap....kalau kakak lain la sikit, budak pompuan...........


Set meja solek kat sebelahnya...lelaki pun tetap nak berhias kan?


Kotak mainan Aniq dan Adam...beli sorang satu. Mainan lama diaorang yang berkotak2 tu aku dah sedekahkan kat jiran tetangga sebelum pindah hari tuu. Yang mereka betul2 sayang je yang tinggal +  yang beli baru. aku dah cakap awal2 kat diaorang...bilik ni aku tak nak jadi gudang simpanan mainan...jadi terpaksa la mereka turuti perentah mamanya.


Dibahagian kepala katil aku letakkan sedikit wallpaper sebagai penyeri. Bilik ni bertemakan hijau...tengoklah dinding tuuuu.


Cadar pilihan hati diaorang....sebenarnya dia nak cadar ben10 tapi masa tu x ofer..mahal nak mam...jadi kita beli yang ofer je lah nak yeee. Kita harus jadi pengguna yang bijak.


Kotak mainan ni aku letak kat bahagian kaki katil....sementara tak letak meja study abang Aniq lagi, kita letaklah dulu kat sini...lau dah ada meja study, bolehlah kita letak bawah meja lak.... hahaha.


Lampu ladybird dari ikea.....RM 29.90


Alas kaki juga warna hijau...mengikut tema bilik


Pandangan dari hujung katil. Bilik anak2 ni sebenarnya kecil jeee. Jadi kena pandai susun atur supaya nampak kemas.

Si Aniq ni cukup sayang akan bilik dia ni....hanya dia ngan adik dia je yang boleh masuk...kalau kakak dia yang masuk...mahu dia menjerit sebab kakak suka nyakat dia dengan buat2 sepahkan barang dia....mulalah dia melalak dan halau kakak dia keluar. Dia memang jenis pantang tengok bilik dia bersepah...dia jaga sesangat.

Sekian cerita bilik anak lelaki ku...kalau ada masa, nanti aku cerikan pula tentang bilik tetamu yeee......tunggguuuuuuuuuu



Selasa, 23 Julai 2013

BILIK ANAK PEREMPUAN

Malas nak cerita pungpang pungpang...marilah kita tengok gambar je yee...1 keping gambar lebih bermakna daripada 1000 patah perkataan...tak gitu?



Ini adalah bilik kakak (Aufa). Seperti permintaanya agar bilik bertemakan pink dan purple...perabut pula nak berwarna putih....jadi mama pun tunaikanlah apa yang dihajati...asalkan mereka selesa.
Dia memang fanatik dgn pink n purple....sampaikan ke cadar pun terpaksa layan kehendak dia...nak match katanya.....Anak dara aku sorang ni punya citarasa tinggi...kuat berangan pun ya....ikut perangai sape la tu?


Bilik aku warnakan dengan warna pink manakala di kepala katil pula aku warnakan dengan warna purple.


Sebelahnya katil ada side table dan rak buku...tak lupa juga aku belikan alas kaki ...juga berwarna pink!!!!


Meja belajar....gabungan warna putih pink. Tengoklah atas meja dia....semuanya berasaskan warna kesukaanyan tu...


Lampu bunga beli kat ikea yang berharga RM 29.90 sahaja...cantikkan....bila on lampu pada waktu malam...bilik si kakak ni dah macam bilik dalam cerita fairytale....pencahayaan memang memaikan peranan.


Almari kain baju dia...warna putih bercerminkan hitam


 Langsir aku tempah kat jakel....warna yang dipilih ialah yang bertepatan dengan tema bilik ni.


Meja solek aku letakkan di kaki katil


Inilah langsir itu....aku suka sangat warna dia...ceria.


Aku cantumkan langsir ni dengan warna purple...supaya warna dia naik sikit


Tempat beradu puteri hamba.....Bila fikir2 balik....kenapa aku cuba sempurnakan impian anak aku adalah sebab....aku juga mempunyai impian yang sama seperti beliau...tapi impian aku tak tertunai kerana faktor ekonomi keluarga...tambahan aku duduk kat kampung...kalau aku dapat bilik cam ni masa waktu tu....konpem...menangis 40 hri 40 malam kengkawan aku. Jadi, hajat yang tak tertunai itu...aku tunaikan lah untuk anak aku. Sweet kan aku.....(mati kena kutuk kat laki ni...dapat isteri spesis perasan)


Sekian, terima kasih kerana anda sudi membaca! Jumpa lagi. Bye....


Isnin, 22 Julai 2013

KITCHEN CABINET @ KABINET DAPUR

Proses pemasangan kc ni berlaku ialah ada hari kedua kita berpuasa . Aku pilih Syarkat NIKKO untuk buat kc kat umah....memandangkan pada bulan April, aku ada pergi ke Home Dec dan dia ada buka both kat sana....aku agak tertarik dengan promosi yang diberi sebab bayak free gift yang dapat. Sebenarnya dah banyak kedai yang aku laki bini buat servay....harga yang diberikan rata2 sama dengan Nikko ni tapi tak ada free gift...kalau ada pun satu atau dua je.

Setelah berbincang2, maka aku n hubby pun setuju dengan pakej yang ditawarkan. Plan dan design yang Nana (designer Nikko) buat adalah berdasarkan permintaan aku. Setelah kedua2 pihak bersetuju, dan last plan yang dia bg kat aku memenuhi apa yang aku inginkan, maka proses seterusnya pun bermulalah.


Proses pemasangan bermula. Mereka sampai kat rumah aku lebih kurang pukul 11.30 pagi dan berakhir pada pukul 6.30 petang....lama tuu.
Nampak tak betapa bersepahnya peralatan dapur aku sebelum pemasangan kabinet.


Budak indon yang tengah khusyuk menjalankan tugas.... lagi dua orang adalah chinese...mereka memang expert la dalam pemasangan kc ni....mereka buat dengan cukup teliti.


Peti yang masih belum ada rumah. Semasa proses pemasangan ini berlangsung, suami aku kejap2 call tanya dah siap ke belum....cantik tak....ai is rimas tau. Aku cakap ngan dia, susah nak cakap...lau nak tahu balik tgk sendiri.....laki ai teruja la tu....tak sabar nak nengok kc idaman kami.


Dah siap pun....tengok...aku dah rasmikan dah pun....Masa dah siap orang Nikko pasang tu...laki aku beria2 minta aku snap gambar n send kat dia....aku malas...saja nak buat surprise...biar dia tengok sendiri...biar dia pula meroyan .....teruja punya pasal....laki ai ni pelik sikit...lau dia meroyan lagi teruk...hahaha (mati la kutuk laki sendiri)


Pandangan arah pintu dapur basah/ tempat jemuran. Malam minggu tu laki ai balik, dia cakap kc ni macam ada kekurangan la...nampak lopong jeee. Aku tanya la nape...dia kata sebab tak ada microwave and ovan pasang siap....mulalah dia pasang angan2...nak cari duit untuk pasang semua tu....aku apa lagi, besar tapak tangan lah menadah. Kan aku dah kata laki aku ni pelik sikit......kalahkan pompuan.....semua dia nak nampak perfect....dia pula yang beria-ria. Angan2 tu tinggi. Mak suke jeeee (tepuk tangan 14 juta kali...hahaha). Tapi aku memang minta designer tu buat ruang ovan n microwave tu ikut saiz "built in'...senang esok2 lau dah cukup duit, masukkan jeee.Sementara tu...kita letak la apa yang ada dulu.



Pandangan sebelah dia pula. Aku beli Hood n hob jenaba Rubine. Pintu glass warna kehijuan tu...adalah tempat display. Nikko ada bg percuma rak botol kicap....sebelahnya pula aku minta Nana buat 3 laci...senang nak letak rempah ratus, gula garam...semua mak nenek perencah dan perasan untuk memasak. Macam terrer sangat memasak bunyinya kan??? Padahal.......(malas nak kutuk diri sendiri)


Pandangan dari arah hadapan. Aku ada buat tall unit untuk restok barang2 dapur. kat dalam tu ada rak yang boleh ditarik2 sebanyak 3 unit...itu pun dapat percuma. Pintu yang warna putih tu adalah tempat dishrack. Biasa aku tgk tempat tu tak ada pintu...tapi si Nana ni buat berpintu supaya orang tak nampak pinggan yang kita sejatkan tu......katanya!!!!!! Mak ok jeee...sangat suka. Rak stainlesteel dia yang kat dalam tu dia tak bagi percuma...tapi singki 2 bowl, dia bg percuma. Singki tu aku dah servay kat kedai, harga dia RM 399...jadi marilah kita bersyukur bila dapat free....dan tak sia2 pergi homedec.



Pandangan dari arah ruang menonton lah pula....nampaklah meja makan dan kc dari jarak jauh. Kalau perasan, aku ada letak pokok, tisu n gelas...itu sebenarnya counterbar mini kami...tapi aku tak guna pun sebab ruang tu sempit nak letak 2 ketul kerusi tinggi tu...jadi marilah kita letak apa yang kita guna.


Ini lah rak yang boleh ditarik2 yang aku cerita tadi tuuuu


Kaunterbar ni aku letakkan pokok hidup sebagai penyeri dapur....sejuk jee mata memandang...mood perasan


Ini lah pokok yang aku beli tu...RM10 sahaja pasunya pula RM 5 beli kat kedai Hinode Shop

Sekian tentang kc idaman kami laki bini....semua idea ni aku yang buat bermula dari design sehinggalah dekorasi. Aku amat2 bersyukur sebab mempunyai suami yang sporting dan sentiasa menyokong apa yang aku buat. Walau apa2 pun...aku tetap rujuk dengan dia untuk minta pandangan dan yang paling penting, persetujuan. Kami sebenarnya mempunyai karekter yang amat berbeza, citarasa yang berbeza tetapi mempunyai impian yang sama. Suami aku jenis manusia yang sukakan keselesaan, kekemasan sebab itulah dia support aku kalau bab2 rumah cam ni...sebab dia tahu bini dia ni jenis suka search apa yang terkini, apa yang patut dan apa yang tak patut....

Moga lepas ni...perjalanan hidup kami dipermudahkan lagi....Amin.

Mood: Amat bersyukur impian telah tercapai.



Isnin, 8 Julai 2013

GRILL RUMAH

Salam penuh ceria  buat sahabat2 ku semua....Moga hari ni adalah hari yang baik untuk anda semua.Wallaweiii skema gila ayat ai. Hari Isnin la katakan....mood lemau nak kerja ...kena la ceriakan diri sikit....tak gitu.

Hari ni tak nak citer panjang....just nak share gambar grill umah je. Layanzzzzzzzzzzzzzzzz.......



Pintu pagar.....yang asal kosong n warnanya kelabu....aku minta tauke grill ni cat balik kaler putih n buat sedikit deko seperti grill umah aku. Permintaan ditunaikan seperti yang diminta. Besi kat bawah tu hubby yang minta tambahkan supaya tak masuk kucing atau anjing.....yang penting sekali ialah free coz dah buat grill satu umah ngan dia.Tapi abang ni memang baik....senang berkerjasama...dia tahu apa yang kita nak...harga pun boleh dirunding.


Pandangan dari dalam umah. 


Grill tingkap. Ai pilih material wrought ion tp ai tak nak cat warna yang biasa rought iron guna ala2
gold+suasa+hitam tu...tp ai minta brader ni cat warna putih. Dan hasilnya memang memuaskan hati...warnanya putih shining coz aku minta besi ini di powdercoatkan dan masukkan kedalam oven sekali agar tahan berbelas tahun.


Bahagian sliding.....konsept autumn in my heart....Sebelum ni puas juga la aku duk pikirkan corak macamana yang nak....nak yang nice n simple. Puas juga aku duk design n tanya pendapat Kak Azila......corak ni sebelum ditercemahkan dalam bentuk grill, aku ada design n tunjuk kat beliau....beliaukata cantik...tunjuk lak drawing yang aku buat tu kat hubby, dia pun setuju....dah semua setuju, maka aku pun tempahlah seperti yang kita idamkan. Masa pekerja brader ni tgh dalam proses buat, aku ada gak jenguk kat kedai dia, sama ada memenuhi apa yang aku gambarkan atau tidak......dan alhamdulillah sangat2.....memang cantik dimata aku.


Pintu utama....ingat kaler pintu tu nak tukar kepada kaler putih gak....lau ada masa+rajin mengecat la.


Grill tingkap gak


Itu je nak share untuk hari ni.....i love white....look so suci sangat. Kalau nak tahu lebih detail...review balik entry yang ai buat sebelum ni...."Pemasangan Grill Rumah".


Tata...

Jumaat, 5 Julai 2013

RUANG KELUARGA/ MENONTON

Salam Jumaat buat sahabat2 ku. Moga hari anda dipenuhi dengan keberkatan pada hari ini. Ada gaya ustazah ke idok???? Jangan nak merepek lama2 lah kan...nanti kauorang mesti muntoh ijau. Jom kita citer pasal umah lagi. Tak habis lagi pasal umah kan? Malasssss...tapi terpaksa juga aku update...selagi tak update selagi itulah kakak ku seorang tu akan bertanya "bila nak update lagi"....siap post kat fb bila nak update...bila dah update, tak puas hati...katanya nak ngelat sebab post sikit je gambar....dasar tamak haloba sungguhhh...hahahaha. Ajak datang sini tak ada masa...mentang2 lah dah pindah jauh.

Hari ni kita bercakap pasal ruang keluarga pula ye kak....sharing is caring....seperti yang telah kita bincangkan dulu dan apa yang ai gambarkan kat u dulu. Dan sekarang ai dah terjemahkan...tengok lah gambar yang tak seberapa ni...kalau nampak kelabu atau tak clear tu, maafkanlah hamba....gambar snap waktu malam+guna hp cap ayam jeee.


Inilah ruang keluarga/ menonton kami...comel jee


Hanya diletakkan L-Shape....kat bahagian sekali tu merangkap coffee table....senang, tak payah nak letak coffee table kat tengah, buat menyemak je. Aku jenis suka kalau ruang keluarga ni nampak lapang sikit kat tengah tuuu.


Yang ni gambar agak jelas sikit. Kat bahagian tengah asalnya aku letakkan karpet, tp kurang sesuai sebab kat ruang ni, anak3 aku suka makan sambil menonton, itu belum kira mereka makan kuaci...takkan 3x sehari aku nak vakum...tak sanggup den...so aku deside nak letak tikat evamatik je....lembut, senang dilap dan disapu. Dah jumpa tikar ni kat kedai pak syekh di tesco...tapi gambar kartun la pula....ingat nak cari corak abstrak....ari tu masa on the way nak balik kampung ada jumpa kat tempat makan digombak......tp tak terbeli la pula. Nanti lau nak balik kg lagi, nak singgah jap, kut2 ada lagi corak yg aku tengok hari tu.


Pandangan dari arah ruang makan. Tv tu belum digantung lagi...anak3 tak bagi. Katanya lau gantung dah tak boleh nak pusing lagi. Mereka lau nak makan kt dining, mereka pusing je tv tu...makan sambil tengok tv....bernas tak idea mereka. Mata masing3 kalau tak pandang tv sambil makan tak sah.


Wallpaper sebagai penyeri (wall). Kalau kami nak menonton, kami padamkan semua lampu dan hanya pasagkan eyeball kuning sahaja....baru best...ala2 pawagam


Jam yang beli hari tu....kan dah citer pasal jam....lau nak tahu tgk entry terdahulu.
Wallpaper ni ada kesan shining sikit.

Khamis, 4 Julai 2013

RUANG SANTAI KELUARGA

Hallooooo kengkawan semua....sihat tak semua, ai memang sihat tapi anak2 yang kurang sihat....mula2 adam, lepas tu abangnya si Aniq pula. Dah musim demam nak buat camana ye...terima jelah....walaupun terpaksa kerap bercuti....demi anak2, ibu tetap berkorban janji anak2 sihat.

Dah 3 hari Aniq tak pergi sekolah....nampaknya mak dia terpaksa kerja keras sikit mengajar lepas daripada ni, kalau tak kesian dia, banyak yang ketinggalan matapelajaran kat sekolah.



Ini adalah ruang santai keluarga....merangkap tempat aku menjadi cikgu memantau anak2 membuat kerja sekolah dan mengajar mengaji. Tempat ini juga adalah tempat anak3 ku bermain selain dalam bilik mereka. Kadang2 aku pun tumpang main sekali contohnya main lego ke, sahiba ke....Aku memang melarang keras mereka bermain depan tv...mengganggu kosentrasi orang lain nak  tengok tv. Mulalah kakak dia terjerit2 suruh mereka ke tepi. Yang si kakak nak tgk tv, yang si adik2 pula nak main....jadi, bila dah ada ruang, walaupun kecil, aku cuba manfaatkan ruang yang ada supaya boleh digunakan.


Kat sini aku letakkan 2 biji bean beg, yang warna silver tu aku punya, dan yang warna coklat tu hubby yang punya....(kata cikgu, haruslah duduk beralas). Ruang santai ni aku buat di tengah2 bilik anak3 dan bilik aku. Senang...semua boleh berkumpul....lagipun keluarga kami ni taklah besar sangat.


Di bahagian dinding ruang santai ni kami letakkan gambar lukisan (handmade) sebagai penyeri. Lukisan ni bos aku yang hadiahkan masa aku kerja kat Shah Alam dulu. Coraknya adalah Pokok Tudung Periuk Kera....memang susah nak jumpa dah pokok ni...kalau ada pun kat kampung2....itu pun kat hutan.
Hari tu anakku tanya kat aku


Aniq : Mama, biasanya binatang yang makan tumbuhan,  ada tak tumbuhan yang makan binatang.
Mama : Ada...pokok tudung periuk kera.
Aniq : Dia makan macamana mama?
Mama : Dia buka penutup dia...kalau serangga masuk, dia pun tutup lah penutup dia...dan bila serangga masuk, dia dah tak boleh keluar sebab kat dalam dia ada pepsin iaitu sejenis bahan kimia untuk melarutkan serangga. Bila dah mati, serangga tu bertukar menjadi nutrien untuk pokok ni. Macam tu la cara dia makan
Aniq : Macam mana rupa dia ye mama?
Mama : Macam kat lukisan ni la.
Aniq : Ooooooooooooo (sambil pandang lukisan). Binatang lain dia tak boleh makan ke?
Mama : Contoh?
Aniq : Katak
Mama : Katak lagi besar dari pokok ni...macamana dia nak makan. dia hanya makn serangga je.
Aniq : Dia ada gigi ke?
Mama : Mana ada...dia hanya guna penutup dia tu je...macam org tua tak ada gigi...
Aniq : Hehehe
Mama : Dah. (Malas nak layan...makin dilayan makin banyak yang ditanya...maklumlah budak baru tgh nak belajar). Tp dalam malas tu aku layan juga apa yang dia tanya....binatang apa yang kita boleh makan dan binatang apa yang kita x boleh makan

Nampak tak lukisan yang aku gantung ni ada value yang tersendiri....boleh dijadikan bahan pengajaran dan pembelajaran. Bukan untuk cantik sahaja tapi sebagai khazanah yang diilhamkan dalam bentuk lukisan. 

Jadi cikgu la pula ari ni. Peweeeet.