FOREVER

FOREVER

Jumaat, 22 Mac 2013

PERPISAHAN

Hari ni rasa sedih sangat...sayu je hati. Hari ni adalah hari terakhir sahabat baik aku bertugas di Melaka. Dia akan berpindah ke Puncak Alam. Rasa kehilangan sangat...ialah, dialah tempat aku berbual, mengadu,bercerita, bergossip, berkongsi hobi, berkongsi angan-angan....dan macam2 lagi yang kami kongsi bersama. Dialah sahabat, dialah kakak...
 
Kami jadi rapat mungkin sebab kami ni masing-masing anak rantau di Melaka ni, tak kenal sesiapa...n dia pun sama nasib macam aku...laki duk jauh... "weekend husband n wife"...so apa jua cerita kami selesa kongsi bersama. Tapi nasib dia baik sebab dia dapat pindah n duduk bersama husband dia...aku tumpang gembira untuk itu walaupun aku sudah kehilangan dia...ialah...itu adalah yang terbaik untuk dia...sampai bila nak berjauhan dengan laki kan. Aku???? Entah bila dapat duduk bersama dengan laki...hope tahun depan suami dapat pindah ke Melaka.
 
Masa mula-mula kenal makcik ni, aku ingat dia sombong...rupa-rupanya satu kepala (gila-gila n sama gonjeng). Kami ni jenis yang berterus terang...lau nak cakap tu terus cakap je...tak de nya nak pendam2, simpan2. Masing-masing jenis mulut puaka (tapi... itu antara aku ngan dia je tau) ngan orang lain kami ni jenis yang sopan tau (tangan didada mata keatas). Kami tak pernah terasa antara satu sama lain walaupun cakap main "sound je. Sebab itu adalah kami.
 
Satu lagi tabiat buruk makcik ni ialah...lau shopping tu...dia meroyan sikit. Semua benda dia nak beli. lau beli satu tu aku boleh terima tau...tapi ini tidak ye kawan2, lau dia beli berdozen2....tak ingat nak tinggalkan kat customer lain tau. Pernah la aku teman dia shopping...mak aiiiiii....tak terkata mak. Memang boros.
 
Tapi satu la sikap makcik ni yang aku puji....dia cukup pemurah...tak pernah berkira pasal duit, bab belanja makan, bab buat makan2. Sampai satu tahap tu...aku marahkan dia tau...sebab dia senang2 je bagi orang pinjam duit dia...bukan sikit tau...ribu riban. Dia dah nak pindah dah ni...tapi ada lagi duit dia yang orang tak pulangkan.
 
Aku tak pasti samaada aku dapat cari pengganti atau tidak Sahabat Sehebat DIA. Banyak yang telah kami kongsi bersama...suka duka, tawa tangis.....dan segalanya. Walau pun aku tahu dia tak munggin dapat ku cari ganti....tapi jauh dilubuk hati agar temukan aku sahabat sepertinya lagi.
 
Di Melaka kami bertemu....dan di Melaka kami berpisah. Moga kenangan bersama tidak pernah pudar diingatan. Aku akan SAYANG dan RINDU kamu selalu KAK ZILA.
 
 
 



 
DIA LAH ORANG ITU....SELAMANYA DIHATI.....
 
 
 
UNTUK MU....
 
 
 
 
 
 
KAK...KAU MEMANG GONJENGGGGGGG!!!!!
AKU PASTI RINDU AKAN KEGONJELANMU....
 
 



 
 

1 ulasan: