Hari minggu baru-baru ni anak buah ai ada datang, so lepas Asar kita orang planning nak bawa dia gi jalan2 ke Bandar Hilir. Lebih kurang pukul 5.30 ptg kita orang sampai sana. Punyalah ramai manusia sampai nak parking pun susah (almaklumlah musim cuti sekolah). Jenuh jugalah kita orang pusing cari parking...akhirnya dapat. Oleh kerana semenjak duduk di Melaka ni kita orang sendiri pun tak pernah naik Kapal Samudera ni....so kita decide jalan2 dan menjelajah kat dalam kapal ni.
Tiket untuk naik kapal ni ialah RM 6 untuk dewasa dan RM 2 untuk kanak2. Sesiapa yang ada masa terluang rasanya eloklah datang ke sini...sambil2 melancong, kita boleh melihat peninggalan sejarah yang tak ternilai. Ada benda yang kita sendiri tak pernah tengok inikan pula anak2 kita....jadi eloklah kita dedahkan mereka dengan sejarah kita....(tiba2 perasan jadi cikgu sejarah pula).
Cakap banyak tak guna....jom kita cuci mata.....ini entry bergambar lah kiranya. Kalau murid2 dah bersedia, jom kita mulakan...hahaha....perasan cikgu padahal anak buah aku yang bakal cikgu...mak sedara dia ni perasan je lebih, almaklumlah cita2 nak jadi cikgu tak kesampaian dulu...
My Kiddos
Aniq dan Anak sedaraku a.k.a Abak
Me n Aufa...(OMG anakku sudah besar..bila aku nak tinggi lagi ni)
Me n Anak2
My Family (atas kapal)
Me n Hubby
My Kiddos
Kakak Aufa
Kami sekeluarga lagi
My Kiddos n Abak (sebelahnya Hang Tuah)
Auwww Me n Hubby lagi
Di atas kapal
Oh romantiknya couple tu...
Abak...masih single tau...
Busy berdiskusi...nape laki ai seksi tuu
Di Kota A Famosa
Sebenarnya malas nak panjat Kota A. Famosa...sebab dah byk kali naik...planning nak tunggu kat bawah je n suruh anak2 je teman sepupu dia orang naik...tapi laki ai ajak naik...katanya nak exercise...mak yang pakai super gojes ni pun terpaksa la ngikut...tak kuasa mak nak tunggu kat bawah ni sorang2. Kan ada orang ngorat sape nak jawab. Tapi kami naik sekejap je...tak terokai sangat pun...sebab dah nak manghrib.
Kita orang solat maghrib berhampiran Menara Taming Sari. Selepas selesai, kia orang bergerak pula ke Air Keroh...jalan-jalan cari makan lak. Malam tu kita orang dinner dengan Pizza jeee.
Ok itu je cerita untuk hujung minggu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan