Hari Sabtu petang, ai ajak Hubby pergi ambil langsir kat Astana Moda (Jakel). Amat berpuas hati dengan jahitan dan layanan staf kat sana. Lepas daripada ni...memang kat sini la nampaknya lau ai nak tukar langsir baru. Gambar langsir ai tak nak letak lagi....nanti dah siap pasang baru ai tepek kat sini langsir ai yg super gojes itu...motif? Nak menunjuk2 la (jgn marah yeee). Sebenarnya ai tempah langsir untuk satu rumah, tapi dua kedai yang berbeza....maksud aku, ruang tamu aku tempah kat kedai berhampiran MITC dan kat dalam bilik pula di Jakel. Nanti aku apdet pasal langsir untuk tatapan korang semua.
Ok, itu bukan cerita utama yang nak diceritakan di sini. Selepas pergi ambil langsir, kita orang tak tahu nak pergi kemana...my kidddos pula asyik merenget nak g jalan2 tapi kemana? Last kita orang decide pergi ke Air Keroh (Jusco). So operasi jalan2 n makan2 pun bermula la.....anak2 request nak makan roti di La Boheme....so kita bagi dulu perut kiddos ketat baru best nak jalan2. Sambil Jalan, sambil makan, sambil borak n kaki laju je menuju ke bahagian pakaian. Sebenarnya tujuan datang tak terlintas pun nak beli pakaian dalam tapi kaki tiba2 terhenti di bahagian itu...alang2 dah berhenti haruslah mak sambar. Si Kakak pun tak kalah...dia nengok mak dia tengah memilih dia pun sibuk memilih juga...dan akhirnya dia sambar satu baju tidur n satu first bra. Tapi adengan shopping tak berakhir di situ ye kawan2....bapaknya pun sibuk nak juga. ok kita pun belikan lah dia sehelai baju-t.Nasib baik si abang dan si adik tak melalak nak juga...lau tak, kopak mak bapaknya.Selepas daripada tu, kita orang merayap pula ke Mydin, pergi beli barang dapur. Ding dong ding dong akhirnya selesai dan kita orang pun gerak balik ke rumah.
Moral of the story... jangan pegi kemana2 lau tidak tahu tujuan...coz nanti duit melayang entah kemana2 bila keluar...macam2 nak beli walaupun tiada dalan planning asal. Apa2 pun...duit boleh dicari, kegembiraan anak2 tidak boleh di beli....kita pasti bahagia lau mereka gembira.
Bergambar sementara menunggu bapaknya bayar parking
Tiada ulasan:
Catat Ulasan