FOREVER

FOREVER

Rabu, 10 Disember 2014

MITC # SATU DAERAH SATU INDUSTRI

Alololo...lindunya kat blog ni....sorry cayang, mama teramat lah busy. Sampai nak update pun tak mampu. Hari ni baru lega sikit....boleh la nak belek-belek blog. 

Story banyak...tapi kita story aktiviti yang terbaru lah yeee. Story lama nanti lain kali. Itu pun lau jumpa gambar2nya. Malas nak cari sebenarnya.

Hari Jumaat petang, husband ajak pergi cari peralatan sekolah anak coz hujung bulan nanti nak balik kampung, takut tak sempat pula. Meh la kita menyoping. Setle shopping, suami ajak aku ke MITC...tempat dia beli seluar tidur kat aku. Masa dia beli tu dia tak bawa aku...just pergi ngan kawan2 ofis dia je. Dia belikan untuk aku satu, untuk dia satu. 

Berangkatlah kami ke sana pula. Rupa-rupanya ada ekspo Satu Daerah Satu Industri. Macam2 ada...yang berkaitan semua negeri di Malaysia. Ada Food, pakage pelancongan, homestay, kraf dan macam2 lagi la. Maka gigih la kami menjelajah dari satu negeri ke satu negeri. Amboiiii...bunyi cam jauh benor pengembaraannya, padahal dalam dewan je...hehhehe.


Bergambar dulu di pintu masuk


Masuk je dalam, terjumpa pula maskot. Sibuk je budak3 ni nak bergambar


Ke booth Negeri Perak....


Yang lain semua penakut...kecuali Adam je. Terbaik lah dear. Mama pun tak berani tau...yang abang lagilah...terjerit-jerit bila orang nak letakkan ular kat tangan dia.


Yang ni kat booth Negeri Sabah lau tak silap



Anak3 sibuk je perhatikan binatang tu...unit katanya.


Posing jap


Kesayangan hamba


Anak dara hamba...dia lagi besar dari mak sekarang ni.


Booth Negeri Kelantan. Kat atas ni ialah kain songket yang berharga 12 ribu. Mampu tengok je la nampaknya.



Singgah  main jap sementara tunggu mama shopping


Di booth Serawak



Setle membeli, maka kami pun blah. Sampai je rumah, gairah anak3 susun dan agihkan barangan masing


Malam tu hanya sempat beli beg dan kasut sekolah je. Baju kena pergi next week la nampaknya.


Hasil tangkapan anak3


Muka happy


Hasil tangkapan mak dan bapa. Baju batik sepasang seorang from Kelantan ke Terengganu ai is lupa.


Kain tudung for me. Hehehehe


Yang sempat di beli di ekspo


Trawbery n choclate from Cameron Highland


Jeruk from Penang


Kraf from Pahang



Itu kisah Jumaat. Kisah Sabtu ai story esok lak yee.


Bye.

Tulus Kasih,
Qasih Mama

Khamis, 13 November 2014

BUDAK KACA MATA


Tengah aku lepak2 dalam bilik dengan bapaknya....ada la budak dua ketul tu datang mengacau. Saje je korang ni...tak boleh tengok mama nak beromantik sikit. Si Adam selalu tegur bila kami berdua dalam bilik sambil peluk2...dia akan cakap " OOOO MAMA SEDANG BERCINTA EEEEEKKKK". Gitu la kekdahnya perangai anak2 aku ni.


Ok berbalik kepada kisah anak2. Cerita last week. Lepas maghrib kami kuar dinner. Setle makan, sempat lagi Adam request main mainan...dah la nak cepat coz abang Aniq ada homework yang perlu disiapkan. Tapi layan je la dulu sikenit ni main satu round. Apa yang best pun tak tahu....duduk atas binatang tu sambil terhangguk2.


Sila abaikan gambar bersepah kat bawah tu yee....kat bawah katil ni ekceli aku hamparkan karpet tempat untuk solat...tapi Aniq nak buat homework dalam bilik mama...so hamparkan toto untuk dia...bagi selesa sikit meniarap kat situ.


Tgh buat homework...Aniq jumpa spek bapanya kat atas lantai..terjatuh agaknya. Terus dia pakai. Dia tanya hensem ke.....selamberrr je Si Adam jawab...tak hencem sangat sebab abang hitam...macam budak india kat depan gate tu je. Hoiii...mengamuk la kawan dengar.


Tengok la tu kelatah Si Adam menyakat abang dia kat belakang.


Dia kata...meh Adam pula yang pakai. Mama, hencem kan Adam...macam cina kan....sebab Adam putih tak macam abang. Hoi.....tak sayang mulut......berombak je dada abang tu bila pandang dia...kecik besar kecik besar.


Siap posing lagi tu bila tengok aku pegang phone nak snap gambar.
Nak redakan keadaan .....Aku cakap Adam ecem macam apek yang jual sayur tu....Terus masing2 gelak terbahak2. Tak jadi abang nak marah. Perasan betul yang seketul ni. Dah la mulut tak ada insurnce. Lau nak cakap, main belasah jeee.

Boleh satu hari tu masa atas kereta dia cakap tuhan tak sayang kat abang sebab abang hitam. Ni gara2 bergaduh dan berlawan mulut ngan abang la. Terkedu abang dengar...nak marah tak jadi...terus gelak.

Macam2 tau budak-budak ni....
Yang pasti, mereka lah penyeri hidup.....kami.
Mama sayang kamu sampai bila-bila.









Rabu, 12 November 2014

MOOD RAJIN # JUADAH MINUM PETANG

Minggu ni akak rajin sikit...boleh dikatakan everyday akak sediakan juadah minum petang utk keluarga. Thats why la akak tak ada masa nak update blog...busy memasak (relevant sangat kan alasan ini...kuikuikui).

Bukan apa...akak rajin coz skrg ni akak balik awal sikit sebab anak2 akak tak hantar ke sekolah agama...almaklumlah baru habis exam...ponteng la jarang2 sekali. Oleh yang demikian, (ayat nak tulis karangan sekolah sangat dah ni) maka akak sempat la main masak2 kat dapur tu haahh.

Antara juadah this week.....



Ini menu semalam....request dari apaknya....egg salad bread...helth menu katanya...


Yang dah siap........yang ni versi cun sikit.


Keropok lekor...for me n kiddos


Lama bebenor dah akak teringin nak makan keropok lekor Terengganu....akhirnya dapat juga merasa. Kawan yang tinggal kat sana bagi. Sedap...terangkat...licin.


Yang ni sah2 for kiddos.


Yang ni Isnin punya menu...mee goreng.



Ok , tu je akak nak story hari ni. Lau rajin nanti petang akak update lagi. Pagi ni terajin sikit ni pun sebab perut lapar. Aku ni jenis yang tak boleh lapar...mula la nakcari makanan, paling tidak pun gambar makanan. Bila dah digodek2 dalam telefon...terjumpa la gambar2 ni...terus blog pun terupdate. Lapoorrr punya pasal.


Ok bye uoolllsss. Nak gi tapau makanan jap,




Tulus Kasih,
Qasih Mama








Isnin, 3 November 2014

PAMERAN STUDENT.... PROJEK FINAL YEAR


Lepas breakfast, aku n the gang singgah jap kat Dewan (dalam kampus je)....tujuan nya nak tengok hasil kerja dan kreativiti student art n design.

Ada yang woww dan ada yang biasa2 je. Walau pun aku tengok biasa2 je...tapi aku tetap tak boleh nak buat seperti yang mereka buat....sebab ni bukan bidang aku. Mereka memang berbakat.

Barang2 yang dinilai ni boleh di beli setelah lecturer mereka buat penilaian tapi aku datang ni just nak bagi support kat pelajar2 dan pensyarah mereka. 


Parent pun ada datang.


Macam2 ada. terkagum kagum aku. Kreatif sungguh depa ni.


Ke bahagian fotogafi pula.
Model tu ialah sahabat aku. sila abaikan yeee. Hahahaha


Lau nak ikutkan, banyak section lagi...tapi aku tak ambil gambar. Nyesal pula tak ambil gambar kat bahagian lukisan....cantik2.


Ok itu dulu lah Kak Jah bebel untuk pagi ni. Lau ada kerajinan, Kak Jah update lagi yeee.


See u soon.






Tulus Kasih,
Qasih Mama








Jumaat, 31 Oktober 2014

GAMBAR MAKANAN JEE


Oleh kerana hari ni hari Jumaat dan kebetulan perut tengah lapar, jom la kita cuci mata tengok makanan yang telah selamat aku makan .



Chicken Chop makan di foodcourt dalam Tesco


Sup sayur makan di Cafetaria depan kampus ni jeee.


Spagheeti...ini masak sendiri


Mihun tomyam makan di Restoran Naiman di Ayer Keroh. 


Makan Nasi goreng paprik di Restoran depan Bomba Alor Gajah...lupa nama restorannya.


Makan di Ayer Keroh


Mee Bandung di Restoran Rahmat Seafood




Ohhhhh laparrrr.......ok lah uollsss aiolls nak gi cari makan dulu.



Salam Jumaat.



Tulus Kasih,
Qasih Mama


Khamis, 30 Oktober 2014

SELFUS


Ini semalam punya cerita....Sementara menunggu anak bujang aku habis kelas agama, aku ngan anak daraku berselfus dulu. Kakak tak pergi kelas agama sebab dia kata dah tak belajar sangat sebab dia baru habis periksa UPKK...jadi waktu dia bersuka ria la..

Abang Aniq pula tengah buat Ujian akhir tahun sekolah agama...so tak boleh nak ponteng2.
Sementara menunggu...kami anak beranak bergambar perasan la dulu.

Adoiii ini idea anak dara aku la ni. Aku sebenarnya tak suka nak berselfie. Thats why mana ada gambar berselfie dalam fb aku....dalam blog lak...baru sekali rasanya.

Tapi demi anak...maknya ngikut laa.....



Kakak kata aku tak cantik pakai tudung ni.....nampak tua dari usia katanya. Ada ke macam tu....
Siap warning aku lagi...lain kali mama tak payah pakai tudung ni. Amboii...ini sudah lebih...kau kutuk mak kau depan2 yee. Sungguh kurang asam di situ.



Me n Kakak Aufa.....sedang berselfus atas kereta.


Sekian daaaaa





Tulus Kasih,
Qasih Mama






MAT REMPIT VS MINAH REMPIT


Minggu lepas aku ada pergi Johor Bharu rumah adik beradik aku. Kalau korang ikut blog aku, pasti korang tahu yang adik beradik, sepupu sepapat, saudara mara aku ramai tinggal kat sana. Aku pergi sana atas urusan kekeluargaan. Pergi pun satu malam je. Tak gi jalan mana2...melepak dalam rumah, bagi anak3 bermain dgn their cousin...mengeratkan silaturrahim. Kemain seronok budak3 tu.

Tengah-tengah dia main, sempat aku curi snap gambar anak bujang aku ngan anak dara adik aku merempit....kemain korang yee.



Amboi, amboi....kemain bonceng anak dara orang yee



Ek eleh....main jeling2 lak. Lempang nak...gaya menggoda sangat tu Adam oiii.



Adam tengah kontrol macho bila dia dah perasan aku snap gambar dia.
Siap suruh si Zara ni pegang pinggang dia lagi. Yang si Zara lak ngikut je arahan abang sepupunya. Ini sudah lebih. Ini tak adil...Abang, bila kita nak bonceng motor cam ni juga yeee. Uwaaaa...Ayang nak juga.



Tarik napas dalam2 mak kau ni.


Wau aksi manja dari Zara pula...abang macho tetap kontrol kemachoannya.


Sempat lagi si Adam jeling tengok tv. Hehehe...cerita hagimaru je pun.


Gaya yang tersangat la awesome dari mereka berdua. Teringat pula zaman muda2 dulu. Auww gedikss sangatkan.


Ok lah...itu je nak cerita. Akak nak sambung mengimbau kembali nostalgia zaman bonceng membonceng ni....lallalaalalala.






Tulus Kasih,
Qasih Mama