FOREVER

FOREVER

Rabu, 10 Disember 2014

MITC # SATU DAERAH SATU INDUSTRI

Alololo...lindunya kat blog ni....sorry cayang, mama teramat lah busy. Sampai nak update pun tak mampu. Hari ni baru lega sikit....boleh la nak belek-belek blog. 

Story banyak...tapi kita story aktiviti yang terbaru lah yeee. Story lama nanti lain kali. Itu pun lau jumpa gambar2nya. Malas nak cari sebenarnya.

Hari Jumaat petang, husband ajak pergi cari peralatan sekolah anak coz hujung bulan nanti nak balik kampung, takut tak sempat pula. Meh la kita menyoping. Setle shopping, suami ajak aku ke MITC...tempat dia beli seluar tidur kat aku. Masa dia beli tu dia tak bawa aku...just pergi ngan kawan2 ofis dia je. Dia belikan untuk aku satu, untuk dia satu. 

Berangkatlah kami ke sana pula. Rupa-rupanya ada ekspo Satu Daerah Satu Industri. Macam2 ada...yang berkaitan semua negeri di Malaysia. Ada Food, pakage pelancongan, homestay, kraf dan macam2 lagi la. Maka gigih la kami menjelajah dari satu negeri ke satu negeri. Amboiiii...bunyi cam jauh benor pengembaraannya, padahal dalam dewan je...hehhehe.


Bergambar dulu di pintu masuk


Masuk je dalam, terjumpa pula maskot. Sibuk je budak3 ni nak bergambar


Ke booth Negeri Perak....


Yang lain semua penakut...kecuali Adam je. Terbaik lah dear. Mama pun tak berani tau...yang abang lagilah...terjerit-jerit bila orang nak letakkan ular kat tangan dia.


Yang ni kat booth Negeri Sabah lau tak silap



Anak3 sibuk je perhatikan binatang tu...unit katanya.


Posing jap


Kesayangan hamba


Anak dara hamba...dia lagi besar dari mak sekarang ni.


Booth Negeri Kelantan. Kat atas ni ialah kain songket yang berharga 12 ribu. Mampu tengok je la nampaknya.



Singgah  main jap sementara tunggu mama shopping


Di booth Serawak



Setle membeli, maka kami pun blah. Sampai je rumah, gairah anak3 susun dan agihkan barangan masing


Malam tu hanya sempat beli beg dan kasut sekolah je. Baju kena pergi next week la nampaknya.


Hasil tangkapan anak3


Muka happy


Hasil tangkapan mak dan bapa. Baju batik sepasang seorang from Kelantan ke Terengganu ai is lupa.


Kain tudung for me. Hehehehe


Yang sempat di beli di ekspo


Trawbery n choclate from Cameron Highland


Jeruk from Penang


Kraf from Pahang



Itu kisah Jumaat. Kisah Sabtu ai story esok lak yee.


Bye.

Tulus Kasih,
Qasih Mama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan