FOREVER

FOREVER

Khamis, 11 Disember 2014

BAWA KIDDOS JALAN-JALAN MALAM MINGGU


Ini kisah Hari Sabtu. Kami keluar awal dari rumah coz dah dapat agak yang jem akan berlaku dimusim cuti sekolah + malam minggu di Melaka. Petang kami gerak dari rumah.

Tempat pertama yang dituju ialah di Mahkota Prade, nak beli kasut untuk Aufa, dan nak ke Kaison beli alat rumah utuk mama.


 Biar bapa yang pilih...mama nak posing jap


 Jangan muntah...entry kali ni memang muka gojes ai yang banyak. Ek eleh...siapa pula yang main sorok-sorok belakang pintu stor kedai tuu.


Gambar tak jadi pun akak tepek juga kat sini. Malas akak nak pilih.


Dan lagi...hehhee...bersama tangkapannya. Ekceli, yang kat tangan tu adalah untuk dihadiahkan kepada anak buah yang baru, anak kakak aku.

Penantian bertahun akhirnya termakbul. Sebelum ni dia dah lahirkan tujuh putera dan yang terakhir ni adalah puteri. Aku tumpang happy untuk kakak aku.


Aku dan hubby....auwww gila berat tangan dia kat bahu akak. Ini makan nasi ke makan besi.


Setle beli apa yang dihajat...kami ke uptown pula.
Budak hero tu yang nak sangat datang sini. Nak beli apam nipis katanya.


Laki akak posing dengan kereta drift. Oleh sebab dia dah posing dan tolong promote, maka dapatlah sekeping tiket percuma untuk menyaksikan drift di Durian Tunggal


Kemain lagi eksen


Perut dah kenyang, pakaian dah beli, maka kita melintas ke Menara Taming Sari lak.
Layan Kiddos main pistol belon. Kemain happy diaorang.


Sambil layan anak, layan perasaan jap.


Kakak Aufa


Me n peace


Aniq dan mainan bergerak. 

Lebih kurang pukul 11.30 malam, kami pun bergerak pulang. Esok pagi2 nak teman bapanya pergi habiskan silibus...buat kelas ganti untuk student kokurikulum bola sepak.



Tulus Kasih,
Qasih Mama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan