FOREVER

FOREVER

Selasa, 8 April 2014

FOTOSHOOT

Hari Ahad lepas bawa anak3 jalan kat Pantai Klebang...nak main layang2 kata mereka. Oleh kerana tak ada buat apa2 kat rumah, petang tu kami gerak la ke sana. Lagi pun this year aku tak pergi lagi pun ke Pantai Klebang.

Cerita pasal anak3 n layang2 ahkak cerita lain kali ye. Hari ni nak story pasal fotoshoot dulu. Kahwin dah berbelas tahun tp tak pernah buat fotoshoot kt tepi pantai. Mari lah kita tunaikan hasrat hati. Gedikss kan?


Auwww...lomantiknya.
Nak dapat pic cam ni pun penat tau aku arah dia posing. Kayu betul la laki aku ni. Apa2 pun, ai tetap sayang u till jannah. Moga kita kekal bahagia n happy ever after. Amin


Bie...jangan la pandang ai lama2...malu ai. Ai tahu la ai jelita. (Tolong jangan muntah)


Menunggu hari nan senja, melontarkan pandangan , mengira usia. Perjalanan masih jauh....sampai bila ia terhenti, kita sendiri tak pasti. 
(Agak2 aku boleh jadi sasterawan tak...hahaha)


Cantikkan pemandangannya.


Gambar daku...muka nak senyum tak nak senyum


Me again versi jarak jauh



 Aku yang perasan


Dan tak lupa....gambar kaki. Bang, maaf kan dinda....memang hobby ai ambil pic kaki.



Gaya harus kalahkan anak dara....Mak dara tak sedar diri


Kami yang ingin bahagia hingga hujung nyawa





Selesai sudah fotoshoot poyo kami.




Tulus Kasih,
Qasih Mama

Isnin, 7 April 2014

TEMAN ANAK RIADAH

Cerita dua minggu lepas tapi baru terhegeh2 nak update. 

Balik dari kerja, anak2 ajak aku temankan mereka main kat taman. Kemain lagi mereka merayu...cakap dah lama tak main taman. Kesian pula bila anak dah request tp kita tak tunaikan. Maka ahkak pun singgah la bagi mereka main kejap. Bagi mereka lepas gian. Lagi pun hubby balik lambat hari tu, so tak payah la nak masak awal2...kang sejuk pula makanan.



Makan snek sambil main. Suruh habiskan snek dulu baru main....tak dipedulikannya arahan mak. Teruja jumpa taman punya pasal.



Dua beradik yang riang. Dapat pergi main taman macam dapat pergi dating...punya la gembira.


Mak yang setia menunggu. Laki aku bebel dia kata aku ni ada masalah mental sebab suka sangat ambil gambar kaki. Kalau bukak HP aku, penuh dengan gambar kaki. Hahhaa. Laki aku dah nyampah la tu. Sibuk je dia nak kacau kita punya hobi tau. Dia punya hobby kita tak kacau pun .....sob..sob..sob.



My Kiddos. Im happy when u happy


Kakak yang ayu.






Tulus Kasih,
Qasih Mama

Jumaat, 4 April 2014

POKOK LAGI

Semenjak dua tiga hari ni Akak asyik post pasal pokok bunga je kan? Hari ni pun akak nak post pasal pokok lagi. Nasib la kalau korang nak nyampah ke apa. 

Ok hari ni akak kongsi pokok idaman hubby. Last month akak belikan lah pokok ni untuk dia. Pokok ni agak mahal sebenarnya...boleh cecah ratusan ringgit. Buat permulaan akak beli yang sederhana besar dulu....kalau yg besar mahal sangat.



Akak ada beli dua. Ini lah rupa pokok tu. Tak tahu tang mana yang mahal pun aku tak tahu. Kalau yang besar cecah ribuan ringgit ....tengok macamana bentuk pokok tu la . Lagi unik lagi mahal. Yang aku tanya hari tu 500 ratus....tapi mak sayang duit, so beli yang sederhana besar je la.


Ini ialah pokok yang kedua. Pasu hitam tu harganya kalau tak silap RM25 sebiji. Pokok dan pasu harga berasingan. Pokok ni kalau yang kecil pun harga dalam lingkungan RM50. Kat rumah ni ada 4 pokok kecil. Tapi aku dapat harga murah sebab masa aku jalan2 ke Seremban, ada satu nurseri tu nak tutup so dia buat jualan lelong. Masa beli tu aku tak tahu yang pokok ni mahal. Masa pergi kat pasar tani kat rumah aku, aku tanya la berapa harga satu pokok, dia kata dalam RM50. Tanjat mak gegirl....aku cakap kat dia aku dapat dengan harga RM10. Dia kata kenapa aku tak borong banyak, sebab tu harga yang teramat lah rendah. Dia kata dia beli pun dah RM25, sebab tu dia jual RM50. 


Hubby target, kalau ada duait lebih suatu hari nanti, dia nak juga beli pokok yang besar tu. Amin, moga dimurahkan rezeki.





Tulus Kasih,
Qasih Mama

Khamis, 3 April 2014

POKOK BUNGA INDOOR

Kawan ofis aku akan balik kampung bercuti panjang ....3 bulan. Teka sendiri la cuti apa yang sampai 3 bulan tu. Oleh kerana dia nak bercuti panjang, maka pokok2 yang ada kat umah dia, dia tumpangkan kat umah aku dan dia minta aku tolong jagakan.

Aku suka jee....boleh la sejukkan rumah aku sikit dan pokok2 kat rumah aku ada kawan baru. Lagi pun bukanya susah pun nak jaga pokok....setakat siram n letak baja je pun. 

Pokok indoor yang kat rumah dia pula dia bagi terus kat aku. Lagi la aku suka. Melompat2 aku...hahaha itu tifuuu.



Nama pokok ni aku tak tahu


Semua pokok ni asalnya dia letak dalam plastik n lepastu plastik tu dia letak dalam pasu macam tuu je...tapi aku dah buang plasti n terus tanam dalam pasu. Harap akan lagi subur la.


So, pokok2 ni aku letak kat dapur ku yang simple tu. Pokok yang kat tengah tu memang aku punya. So sekarang pokok ku dah tak kesepian lagi. Dah ada teman mengiringi. Amboiii ayat sasterawan sungguh.





Tulus Kasih,
Qasih Mama





Rabu, 2 April 2014

POKOK BUNGA

Sekarang mood tengah gedik nak menanam pokok bunga. Nak deco garden tak pandai. Ada dua tiga ketul pokok bunga pun kira ok la....saja nak sejukkan mata sikit.


Dua tiga ketul pokok ku. 


Aniq cakap, kalau mama letak batu putih2 lagi cantik. Tabur kat sekeliling pasu. Betul juga apa yang dia cakap tu. Nak kena pergi beli ni.


Ini pula pokok berjuntai. Aku letak kat pembahagi rumah aku n jiran sebelah.
Homeikan....mati la kena kutuk sebab puji pokok sendiri. Nanti lau aku beli pokok lagi aku akan riakkan lagi kat kawan2 yeee. 

Bye...muah...muah.



Tulus Kasih,
Qasih Mama

Selasa, 1 April 2014

FAMILY TIME

Ini cerita weekend kami anak beranak. Boring tak tahu nak buat apa....terus sel2 otak bersambung dan buat keputusan kuar bersiar2 tanpa tujuan. Hahahhaa.


Adam


Aku siap pesan awal2 kat dia agar tangan tu jangan peace


Kata layan anak3....maka marilah kita terjah kedai candy


Pilih jangan tak pilih ye


Kakak dah jumpa apa yang dia nak


Selesai beli gula2 kat tingkat bawah, naik tingakat atas terjah kedai handmade candy lak. Yang bestnya ialah candy yang ada dijual di sini dia buat depan mata kita. 


Cantik kan maskot kat kedai ni....cute gila kot


Kakak kegirangan dapat beli candy banyak


My dear kiddos. Decoration kedai ni memang meletoppsss u all


Aniq pose


Adam pun nak posing gak


Lepas beli candy....lepak kat dataran Pahlawan sambil menikmati candy


Tatut mama tau bila Adam bagi jelingan menggodacam tu


Aniq budak suka nyakat adik


Nampak tak kelibat budak yang tengah berlari tu....Itu anak aku la tu


Hubby yang setia melayan karenah anak3


Seronok korang yeee


Suasana malam di dataran


Selesai beriadah kat Dataran Pahlawan, kami menuju ke Mahkota Prade pula.
Sebelum tu Aniq n Adam nak bergambar dengan elephant jap.



Dah tak ada gaya lain agaknya anak aku sorang ni. Macam ni pun boleh la


Giliran Adam pula


Kami ke Mahkota Prade sebab nak pergi ke Mc D. Jangan salah sangka yeee...kami tak makan. 
Just nak beli ice-cream jee. Kan aku dah janji tak nak makan fastfood malam hari. Lau nak makan just sebulan sekali jeee. Oleh kerana dah makan KFC this month, maka this day kita makan ice- cream je la.



Sambil makan ice-cream, sempat lagi anak2 ku main kat taman Mc D. Layan je laaa


Aku tak paham la budak2 ni...pantang nampak taman mainan mesti nak main.
Apa yang seronok sangat pun aku tak tahu. setakat naik atas n turun gelongsor. Lepas tu naik balik n turun lagi.....lepas tu ketawa sambil berlari....(+____________+)



Kakak n Mama layan ice-creame...lagi best. Apa yang comot sangat tu kakak....makan ice cream je kot.


Hubby yang setia melayan karenah kami. Tq sayang.


Bang...tengok lelaki sebelah ai ni....gatal nak bergambar dengan ai. Ke aku yang gatal nak bergambar ngan dia. Hahhahaha

Sekian kisah weekend kami anak beranak.





Tulus Kasih,
Qasih Mama