FOREVER

FOREVER

Khamis, 16 Januari 2014

MAKAN CAMPUR-CAMPUR


Pelikkan baca tajuk entry tu....
Ha meh sini nak cerita. Pagi tu kami laki bini bersihkan kebun sekangkang kera kat belakang rumah. Suami mesin rumput, aku pula sapu sisa rumput dan kumpulkan satu tempat untuk dibakar. Petang tu sambung lagi kerja berkebun. Bakar sisa2 rumput yang telah kering sambil bajakan pokok. Anak2 semua lepak kat kebun petang tu. Memang penat la tapi cukup seronok. Terasa macam duk kat kampung pula. 

Kami laki bini ni, kalau dah kerja penat2, dan kerja itu telah selesai, mesti nak rewardkan diri ngan jalan2 dan makan2. Lagi pun kesian kat anak3, hujung minggu tak kemana pun sebab mak bapak sibuk berkebun. Maka petang tu kami suruh anak3 siapkan kerja sekolah awal2 dan kemaskan jadual sekolah siap2.

Lepas maghrib, kami pun keluar. Tempat yang dituju ialah AEON Bandaraya.


Beli burger dulu...Request dari Aniq n Adam 


Cari makanan tempat lain lak....Kali ni untuk Kakak Aufa pula


Mula2 kakak nak makan KFC, tapi mamanya cakap tak payah la coz selalu makan n tak elok makan malam2. Padahal mamanya takut gemokss.
Setelah berbincang, kakak putuskan nak beli donut di J.Co


Burger La Boheme. Aniq n Adam punya


Budak peace


Muka sedih tengah tunggu makanan 


Muka gembira nak makan


Yang ni mama n babah punya. Kami pergi lepak kat Burger King. So makanan lain pun makan kat situ gak la. Kami laki bini pilih Blackpaper Chicken Grill set.


Dinner Time


Habis makan burger, kami belasah donut lak. Bab melantak ni kitaorang memang hebat


Dan...akhirnya. Ini je lah yang tinggal.


Lepas makan, macam biasa aku akan rasa 1001 penyesalan dan buat ikrar tak nak makan malam2 lagi.
Bila langgar ikrar...aku akan sesal, lepas tu renew ikrar baru. Choii kan?

Entry kebun aku upkan esok ye. Bye.





Kasih Sayang,
Qasih Mama.

Rabu, 15 Januari 2014

ROTI SUMBAT TELUR HANCUR

Mesti korang tanya, dah tak ada cerita lain ke, sampai nak share resipi bagai...padahal?????. Hahaha....biasa la, mesti la nak tunjuk air tangan yang terhasil ni. Sarapan di hujung minggu....simple but sodap. Sedap kat tekak aku la...orang lain aku tak berapa kisah sangat. Hahaha ayat kejam kan?


Inilah gerangan...Roti Telur Hancur
Memang hancur pun


Nak buat ni, of course la kena ada roti....Ini adalah watak utama
Terpulang la nak roti camni or roti sandwich


Ini adalah sebagai intinya. 
Daging burger n telur bergabung meletup terus hancur. Hahaha...
Nak buat senang je, tumiskan bawang merah sehingga naik bau, masukkan daging burger yang telah dipotong dadu. Nampak daging dah halfcook, masukkan telur lak dan kacau biar hancur. Kemudian masukkan sos cili, sedikit garam dan serbuk perasa. Kemudian angkat. Siap.


Ini ialah timun sebagai bahan penyeri dan penyedap. Akak buat sikit je yang ni sebab anak3 tak makan...yang makan dua orang je. Sebab tu lau uolls tgk, ada suku pinggan je.


Dan akhir sekali ialah mayonis n chesse. Boleh juga lau nak letak sos lada hitam...terpulang pada citarasa masing3. Sos cili akak dah tak letak sebab dah diletakkkan kat dalam inti kat atas.




Selamat mencuba ya.....jom makan.




Jumaat, 10 Januari 2014

PENYERI RUANG DI RUMAH


Entry ni memang bangga gila akak nak enteprem sebab akak sendiri yang mengecat tanpa bantuan suami. Biasanya, apa yang ada tu ialah cetusan idea aku tapi hasil keras tangan suami. Yang ni memang lain sebab memang dari keringatku tanpa bantuan orang lain. Hahahaha...mood riak dah datang *baru ngecat dah kecoh seantero dunia*


Ini lah benda yang akak duk kecohkan tu. Side table ni asalnya warna coklat...tapi sebab nak matchkan dengan tema rumah...aku putihkan dia dengan cat. Bunga tu akak beli kat Romantika. Rege dah lupa berapa.


Biasa la...amatur yang mengecat...lau nampak cacat cela tu, sila tutup mata lah yee.


Ku tempatkanya disudut itu

Cantik ke idok???






Khamis, 9 Januari 2014

SARAPAN BERSAMA SI DIA

Jarang tau kami dapat bersarapan berdua tak macam 2 tahun lepas masa kerja ditempat yang sama. Sekarang bila duduk berjauhan, hanya hari minggu dapat bersarapan bersama...itu pun ditemani anak3.

Oleh kerana hari pertama persekolahan jatuh pada hari Khamis, maka suamiku ambil cuti pada hari Jumaat terus...senang boleh sambung cuti Sabtu Ahad sekali katanya. Dan dengan rasa tak bersalah, dia hasut aku bercuti sekali. Maka bercutilah kami laki bini pada hari Jumaat tu. 

Pagi2 lagi aku bangun siapkan anak3 untuk ke sekolah. Lepas tu aku kejutkan dia dan tanya dia nak hantar sorang aku kena ikut sekali. Dia cakap aku ikut sekali la (baru planning nak sambung tidur..coii sungguh) Anja tau laki ai ni...nak kena berteman bagai.

Dah alang2 aku teman, kami putuskan untuk b/fast bersama. Berkobar2 nak gi b/fast bersama tau...sekali laki den buat spoi. Apa yang spoi tu.....kena la baca blog ni sampai habis dulu.


Masing2 order roti canai n teh o ais


Aku punya roti canai sardin...tapi tak habis pun....laki ai yg tolong habiskan...dia kan Badang


Dialah Badang ku.....muka bersepah tak mandi lagi


Laki siapakah itu.....konpius nak ngaku ke tak.....Keluar makan roti canai dengan pakai kain pelikat. Gila punya bagus (tepuk tangan semua)


Kalau tengok dari belakang macam pendatang haram je kan. Dari negara mana??? Lu pikir la sendiri.

Mampus aku kena sekeh kepala kat dia ni. Ampunkan isterimu yang jelita ini ya bang. Sekali sekala kita bergurau...apa salahnya kan. U pun apa kurangnya...kutuk muka ai tanpa ada belas kasihan . U kata muka ai yang gojes ni bergerutu macam karpet bila muka ai naik jerawat. Nasib baik isterimu ni cool.



Jom cabutttttttttttttttt







Rabu, 8 Januari 2014

HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN ADAM

Anak3 dah bersekolah hampir seminggu aku baru terhegeh2 nak update. Tak apa la...janji ada.

Tahun ni Adam dah masuk 5 tahun, so aku dah start hantar Adam ke Pra Sekolah. Adam memang berkobar2 nak pergi ke sekolah. Pagi2 lagi dah bangun. Hari ni aku dan bapanya bercuti semata2 nak bagi sokongan moral untuk anak3 menghadiri hari pertama persekolahan.

Aniq dan Aufa macam biasa....dah boleh berdikari. Yang nak dipantau lebih sikit ialah Adam...almaklumlah ini adalah hari pertama dalam hidup dia merasai nikmat bersekolah...***nikmat ke***


Suasana hari pertama persekolahan


Kami suruh Adam masuk dalam kelas dia. Rilek je dia masuk cari tempat duduk


Kat meja lain dah penuh, jadi aku suruh dia duduk meja ni. 


Siap peace lagi tu. Kalau korang perasan, asal tangkap gambar jeee mesti adam naikkan dua jari comel dia tu. Peace la sangat.


Oleh kerana dia duduk sorang2 kat meja tu, aku pun suruh la dia pindah duduk kat meja depan dia...sebab kat sini ada murid lain dan masih ada satu kosong.

Dia tak nangis...seronok lagi adalah. Ada la juga 3-4 orang yang duk nangis dan nak kena mak ayah tunggu...tapi Adam alhamdulillah....boleh bawa diri. Siap bye2 lagi bila aku cakap nak balik.

Mama dan Abah doakan Adam akan menjadi seorang yang berjaya didunia dan diakhirat suatu hari nanti. Belajar rajin2 tau. Mama dan Abah tak mampu nak bagi harta kekayaan yang melimpah ruah...hanya sekadar ilmu untuk menjadi penyuluh dan bekal di hari esok.




Selasa, 7 Januari 2014

PANGKOR DAY 3


Ha...ini ialah cerita hari terakhir percutian kami di Pangkor. Hari ini tak ada bengkel bagai....aktiviti bebas katanya. Aku pakat ngan isteri bos aku untuk jalan2 sekitar pangkor.
Selesai je sarapan...masing2 naik bilik untuk siapkan diri....kami janji nak tunggu kat lobby hotel.


Untuk ronda2 kat Pangkor ni, kami menaiki van iaitu RM 80 untuk pusing2 ke tempat menarik kat sini


Kami dibawa menikmati keindahan hutan dan jalan yang berbukit terlebih dahulu


Kemudian kami dibawa pula ke tempat perusahaan membuat kapal dan boat. Kata pemandu pelancong tu, harga boat yang dah siap tetapi not add furnish ialah 780 ribu....kalau fully furnish ialah 1 juta lebih


Selepas itu kami dibawa pula ke kilang memproses makanan laut.


Pekerja tengah menyiang ikan


Laju gila dia buang tulang ikan


Sebelah kilang tu, ialah kedai untuk kita beli dan borong hasil laut yang dah siap


Hasil borongan pertama. Ini just untuk makan2 masa ronda2 n naik feri masa balik je ni.


Suasana kedai


Selesai je memborong kat kilang tadi, kami di bawa ke Tembok Besar Cina versi Malaysia pula....
Kat tepi2 jalan tu ada dijual magnet n keychain. Memang murah.


Magnetik binatang ni ialah 7 biji RM 10 ringgit + free 2 magnetik comel. Kat Pangkor ialah 3 biji RM 10. Berbeza yang amat harganya kan?


Inilah tembok besar yang aku cerita tu. Kami semua tak naik pun sebab nak kejar masa untuk balik hotel sebelum 12.30.


Pemandangan dari bawah. Just ambil gambar je.


Dalam nak cepat tu, sempat lagi singgah di Galeri Sejarah Pangkor


Adam dan lampu ajaib


Me n anak terunaku


Tajamnya jelingan anak daraku...setajam mata gambar puteri dalam potret tu.


Tiga orang lelaki yang penting dalam hidupku


Oh...ayunya wanita itu....dan handsomenya lelaki sebelah itu (kena puji gak dia..kan tak pasal2 hentak kaki sentap ngan ahkak lak)


Aku Cinta Kamu Seorang


Dah habis gaya posing ke kak? Macam nak tahan berak je mama tengok


Me yang gojes..auwww. mati la kena kutuk ..puji diri sendiri


Akhirnya kami sampai semula kat hotel ngam2 kul 12.30 tgh. Sebenarnya banyak tempat yang pemandu pelancong tu nak bawa kami tapi kami skip kan je sebab masa tak ada.


Bye2...itulah van yang kami naiki. Pink colour gitu. 


Selesai makan, van datang pik up kami dan bawa ke jeti.
Masa ni kat jeti jem sebab semua yang datang holiday dah nak balik...lagipun waktu tu 29 haribulan (Ahad) dah penghujung tahun bebenor....masa nak sambut tahun baru dan buka sekolah pula.


My laling tengah tunggu giliran


Akhirnya kami sampai juga ke Jeti Lumut. Perjalanan yang memenatkan.


Sambil tunggu bas datang pick up kami, beli ais krim dulu untuk basahkan tekak.

Kami menaiki bas lebih kurang pukul 5.00 petang dan sampai ke Melaka lebih kurang kul 1.00 pagi.

Penat wehhh...tapi ok la sebab anak3 happy.

Ok itu je cerita pasal Pangkor