FOREVER

FOREVER

Selasa, 16 April 2013

SEGALA-GALANYA AKU

Kehidupan harian aku amat padat ye kawan2. Bangun pagi2, siapkan diri, kejutkan anak2, pastikan mereka bersiap untuk ke sekolah...bantu apa yang patut dibantu contohnya pakaikan tie, sediakan stoking mereka dll. Pada masa yang sama buatkan susu untu si Adam, kemas dan loadingkan beg anak2 masuk kereta, pastikan semua barang mereka cukup...beg sekolah pagi, beg sekolah petang, baju sekolah petang, kelengkapan taska. Selesai semua tu, pastikan semua suis tertutup dan rumah berkunci. Naik keta pergi kedai beli sarapan untuk mereka dan terus hantar mereka ke sekolah. Selesai hantar Aufa dan Aniq, hantar pula Adam ke Taska. Semua barang loading kat situ sebab Aniq dan Aufa akan balik makan minum, mandi dan bersiap kat situ untuk pergi ke sekolah agama lak. Baru aku pergi ke ofis. Habis urusan anak2 sebelah pagi aku memulakan pula tugas aku sebagai pekerja. 
 
Sebelah petang pula, balik je dari tempat kerja terus pergi ambil Adam kat Taska. Balik semula kat ofis untuk tunggu Aniq dan Aufa balik dari sekolah petang. Mereka balik 6.15 petang. Aku malas nak balik umah lepas tu pergi semula ke sekolah untuk ambil anak2...penat weiii rumah aku jauh dari sekolah. Sekolah anak2 dekat dengan tempat kerja...so bagi jimatkan masa dan tenaga, lepak je la kat ofis. Sampai waktu aku drive pegi ambil anak2 dan dalam perjalanan pulang ke rumah, aku akan singgah belikan makanan untuk mereka. Mesti kau orang fikir bila aku masaknya asyik beli jeee. Bukan aku tak nak masak, tapi balik dah la lewat mana sempat nak masak. Kalau masak pun setakat mereka bertiga je yang makan...tak berbaloi, tak padan dengan peluh yang keluar. Buat penat cuci kuali je kan??? (dasar pemalas memang cam tu alasan). Tapi aku akan pastikan hari minggu mereka makan masakan dari air tangan aku tau. Balik je terus loading semua barang masuk umah. Tutup pintu tutup grill.
 
Suruh mereka mandi dan bagi  mereka makan. Siap makan bagi peluang mereka tgk tv jap sementara aku pegi mandi dan gosok baju kerja dan sekolah untuk esoknya. Lepas maghrib atau Isyak, aku akan pastikan mereka buat kerja sekolah. Masa ni aku kena sitdown sekali...lau tak, pukul berapa nak siap...sambil buat kerja sklh mata sambil tgk tv. Kalau aku ada sebelah lain sikit...ai is garang yeee. Kalau Aufa aku tak kisah sangat sebab dia dah boleh berdikari dan boleh buat kerja sekolah tanpa bantuan. Kalau dia tak tahu sangat baru dia tanya. Tapi kalau Aniq....aku kena monitor dan aku kena jadi cikgu maklumlah dia baru darjah satu. Kita tak boleh nak harapkan cikgu 100%. Bila kat rumah kita perlu memainkan peranan sebagai cikgu...kalau tidak anak kita akan tertinggal. Aniq ni sensitif sikit. Hari tu dia ada homework matematik....ok, fine dia boleh buat....sampai tang soalan gandaan 2 dan gandaan 5, dia jadi blurrr. Aku pun ajar lah dia cam biasa....ajar punya ajar aku tgk dia macam tak faham. Bila suruh buat tak boleh buat. Sekali aku terangkan lagi, dua kali aku terangkan lagi, kali ketiga aku bagitahu lagi formula yang senang untuk dia buat....dah lima, enam kali aku kena ajar benda yang sama....terus maknya bertukar menjadi singa betina, suara makin tinggi....muka Aniq pandai lantai...mata dah berair. La...budak tu sentap rupanya....sensitif gila tu....nyampah ai. Bila tgk dia cam tu...kesian la pula. So, aku aku pun turunkan balik volume suara aku dan ajar dia satu2 dgn lemah lembut....so dia boleh la buat sikit2. aku pun puji la dia n cakap "Good...pandai pun. Macam ni la anak mama". Terus muka bercahaya. Anak aku ni nak kena puji baru idea datang mencurah2. Aku bukan nak jadi garang pun sebenarnya...tp faktor kepenatan tuuu.


 
 
Ok, kita sambung cerita....selepas anak dah siapkan kerja sekolah, aku akan pastikan mereka susun buku (jadual untuk sekolah esok). Setelah setle, pastikan pula kelengkapan dan beg untuk esok siap dikemas dan diletakkkan di satu sudut supaya tak tertinggal. Kalau kerja sekolah mereka siap awal...aku bagi mereka peluang tgk tv tapi sampai pukul 10 sahaja. Lepas pukul 10, suruh mereka masuk tido. Bila mereka dah tido, aku ambil peluang untu kemas rumah,sapu sampah, basuh pinggang mangkuk sebab kalau tak buat malam, pagi memang tak sempat. Aku jenis manusia yang tak boleh kalau balik dari tempat kerja, tgk rumah bersepah.....lagi penat jadinya...dah la penat badan, penat otak takkan mata pun nak penat kot.
 
Nampak tak kat situ yang aku ni seorang ibu, seorang bapa, seorang pekerja, seorang driver, dan seorang guru....penat weehhh bila laki duk jauh....semua kita yang kena handle. So, kalau laki balik aku cukup pantang kalau berkira pasal kerja...sebab kita lagi penat...kita buat semua benda. Betul tak? Sib baik laki aku jenis ringan tulang membantu....lau tak, ribut petir juga. Love U la sayang. Motif puji lebih2 ni????? Nak suruh bertambah rajin...Kuangx3.
Sekian cerita seoarang aku.

1 ulasan:

  1. Kehidupan yang sangat memenatkan...Semoga setiap amal perbuatan mendapat ganjaran yang besar daripada Allah...

    BalasPadam